Skip to main content
Pameran era keemasan

Era keemasan seni dan kebudayaan dinasti Ming ditengahkan dalam pameran yang unik

Terdapat perkara menarik di sebalik pameran musim luruh di Muzium British. Pameran musim luruh antara lain mempamerkan barangan dinasti Ming bernilai tinggi yang dipinjam dari koleksi muzium dan koleksi peribadi dari seluruh dunia. Terlindung di sebalik barangan ini adalah paparan perkara sebenar mitos Barat mengenai sejarah negara China.

Saya tertarik dengan pameran ini yang diadakan di London dengan imej seekor naga pada sebuah balang berwarna-warni - apabila anda menyebut perkataan "Ming", imej pasu-pasu yang berwarna biru dan putih bernilai tinggi muncul di fikiran. Dan, kita menganggap barangan porselin bernilai tinggi ini dibuat di tanur empayar adalah sama yang dibawa balik oleh orang Mandarin Eropah dan para penjelajah. Ternyata, anggapan kita salah kerana kebanyakan barangan ini berasal dari zaman dinasti Qing dari kurun ke 16. Dinasti Ming memerintah sebelum dinasti Qing iaitu dari kurun ke 14.

Artifak Ming sudah lama berada di Eropah sebelum Portugis menemui laluan laut ke benua timur : Portugis tiba melalui perantara orang Timur Tengah. Seawal tahun 1495, porselin biru dan putih diabadikan oleh pelukis Itali Renaissance bernama Andrea Mantega dalam lukisannya bernama Adoration Of The Magi, memaparkan Christ sewaktu kecil ditawarkan syiling emas dalam secawan Ming oleh salah seorang daripada tiga orang raja.


Gambar : Lukisan Andrea Mantegna bertajuk Adoration of the Magi
Sumber : The Star - 20hb Disember 2014

Gambar : Cawan ikonik porselin biru dan putih dinasti Ming dalam lukisan Adoration of the Magi

Cawan Ming sama seperti dalam lukisan Mantegna, kini dipamerkan di Muzium British bersama-sama dengan lukisan Mantegna untuk pelawat arif membuat perbandingan. Cawan Ming tersebut mempunyai tanda empayar pemerintah Maharaja Yongle (1402 - 1424) menunjukkan cawan itu dibuat di antara 1403 dan 1424. Ceramik Ming dikatakan ceramik terbaik yang pernah dihasilkan di negara China.

Pameran ini dikurator bersama oleh wakil Muzium British, Jessica Harrison-Hall dan Prof. Craig Clunas dari Universiti Oxford meliputi tahun keemasan pemrintahan Ming, dari 1400-1450. Artifak pameran ini dipinjam daripada koleksi muzium dan koleksi peribadi dari seluruh dunia membawa kita ke bahagian istana, kesenian peperangan, kesenian perdamaian, kepercayaan dan perdagangan dan diplomasi.

Kami difahamkan bahawa maharaja Ming pertama adalah Hongwu. Beliau dilantik sebagai maharaja pada 1368 setelah mengetuai pemberontakan para petani terhadap dinasti Mongol Yuan. Hongwu mempunyai 26 orang anak lelaki (dan 16 orang anak perempuan), telah melantik kesemua anak lelaki beliau mengetuai institusi pemerintahan daerah di seluruh negara. Setiap anak lelaki beliau dihantar bersama 15,000 orang tentera. Ini membolehkan keluarga Ming memerintah sebuah empayar seluas negara Eropah hampir 300 tahun iaitu selama empat generasi.

Ketiadaan serangan memdadak atau perang saudara membolehkan para maharaja mengembangkan kesenian serta perdagangan dan diplomasi. Dua orang maharaja yang meninggalkan legasi adalah maharaja ketiga, Yongle dan cucunya, Xuande (1426-1435).

Sutera kekal mejadi simbol kemewahan budaya orang China - daripada jubah putera-putera hingga ke lukisan sutera pada skrol sepanjang 8m hingga 11m (masih dalam keadaan baik seperti baru) berusia 600 tahun, kami terpesona dengan pameran ini yang menonjolkan kain diraja ini. Pada satu skrol, memaparkan Xuande sedang bermain sukan atau sedang melihat sida-sidanya sedang bermain. Ini memberi gambaran bahawa orang China bermain variasi sukan bola sepak, memanah, polo dan golf.

Sembilan tahun pemerintahan maharaja kelima, Xuande menyaksikan kemuncak tahun-tahun keemasan dinasti Ming. Beliau adalah sorang seniman dan penyajak yang berbakat, juga seorang penaung kesenian dan sering mengumpulkan seniman dan penulis di istana beliau. Lukisan yang dilukis beliau termasuk lukisan yang dilukis pada kedua-dua bahagian kipas lipat dan sebuah skrol lukisan pokok pain dan bunga teratai juga dipamerkan.

Gambar : Lukisan pada kedua-dua bahagian kipas lipat oleh Maharaja Xuande

Dalam tempoh masa inilah, porselin berwarna biru dan putih mula diusahakan di tanur empayar di Jingdezhen yang dikhususkan untuk istana. Bilangan tanur bertambah daripada 20 ke 58 buah. Bahan utama untuk perbuatan porselin ini adalah kobalt dari Parsi (kini dikenali sebagai Iran) boleh ditemui di negara China tetapi mula digunakan dalam pembuatan ceramik semasa dinasti Ming. Lain-lain penggunaan ceramik China berwarna biru dan putih - seperti barangan loyang Mamluk - sudah mula menggabungkan rekabentuk Islam menyaksikan tanda-tanda awal globalisasi.

Gambar : Kobalt

Juga dipamerkan, sepasang balang bewarna biru dan putih dengan lukisan menggambarkan kaum lelaki dan kaum wanita melakukan aktiviti kebudayaan yang harus mereka mahiri - bermain qin (ziter), weiqi (catur), menulis seni khat dan ini memperolehi penghargaan lukisan klasik orang China.

Gambar : Sebuah qin (ziter)


Gambar : Sebuah weiqi (catur)

Sebuah ziter berasal dari dinasti Tang (618-906) ditanam di makam Putera Huang of Lu yang meninggal dunia pada 1389, sempurna dengan skru penala (tuning peg) diperbuat daripada jade dan inskripsi, mengingatkan kita betapa lama dan berharga barangan pameran ini. Kebanyakan barangan pameran ini tidak pernah meninggalkan negara China.

Harta-harta yang ditemui dari makam-makam putera-putera daerah termasuk sebuah set askar bersaiz miniatur, model kereta kuda dan model perabut bilik tidur yang rumit buatannya termasuk rak tuala dengan tuala dibuat daripada kapas bersaiz miniatur. Saya tertarik dengan jubah sutera yang dipercayai ditanam bersama Putera Huang. Jubah ini masih berkeadaan baik walaupun telah berada dalam tanah selama 600 tahun. Selain itu, terdapat juga banyak barangan seperti emas, batu jade dan lain-lain batu berharga dari dinasti Ming kepunyaan putera-putera dan permaisuri.

Negara China adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan pelbagai kepercayaan. Sebagai permulaan, seorang Muslim, Zheng He (Cheng Ho) menjadi sida paling kanan dan laksamana armada bagi Maharaja Yongle. Sebuah salinan Quran disiapkan oleh seorang rakan Muslim, Hajji Rashad ibn 'Ali al-Sini pada 1401 adalah di antara barangan yang dipamerkan di bahagian keagamaan.

Gambar : Zheng He (Cheng Ho)

Patung-patung Buddha mengingatkan kita bahawa maharaja Ming pertama memulakan kehidupannya sebagai seorang anak yatim piatu dan seorang novis Buddha. Sebuah patung emas Mahakala sedang menari iaitu tuhan Buddha dijumpai dalam makam Putera Zhuang of Liang dan Lady Wei. Sebuah patung gangsa Zhenwu iaitu tuhan perang Taoist yang terkenal semasa pemerintahan Yongle serta sebuah patung Bodhisattva dan sebuah patung Buddha dibuat daripada emas celup semasa pemerintahan Maharaja Xuande.

Di ketika keluarga diraja Eropah menggunakan barangan perak, emas sudah digunakan secara meluas dalam keluarga diraja Ming. Para putera dikebumikan dengan penyepit emas bersama-sama dengan barangan duniawi kepunyaan mereka. Besen emas dan botol besar untuk mengangkut air pada masa dahulu mempunyai hiasan naga China dan dihiasi dengan batu-batu berharga, meniru bentuk botol besar untuk mengangkut air dari negara-negara Islam seperti Parsi dan Turki.

Gambar : Botol besar untuk mengangkut air pada masa dahulu mempunyai hiasan naga China

Gambar : Besen emas yang mempunyai pengaruh Islam seperti Parsi dan Turki

Sumber : The Star - 20hb Disemebr 2014

Barangan pameran yang mengutarakan adaptasi idea dan teknologi dari luar negara disepadukan dengan rekabentuk hiasan China termasuk pelana dihias dengan emas bersama lapis lazuli, satu lagi pengaruh Turki atau Parsi. Topi keledar dengan ciri-ciri Mongolia mempunyai lambang empayar pemerintah dengan rekabentuk beberapa ekor naga sedang mengejar sebiji mutiara panas membara dengan bunga teratai dan Buddha sedang duduk dalam lingkungan cahaya.

Gambar : Topi keledar dengan ciri-ciri Mongolia 

Sumber : The Star - 20hb Disember 2014

Jika Zuande terkenal dengan kebudayaan dan kesenian, datuknya, Yongle, terkenal sebagai maharaja pahlawan. Putera Yan (nama beliau sebelum mengambil nama "Yongle") telah merampas takhta anak saudaranya, Jianwe setelah terbabit dalam perang saudara selama tiga tahun. Beliau telah memindahkan ibu negara dari Nanking ke Beijing dan meneruskan kerja-kerja di Kota Larangan (Forbidden City) yang hanya siap pada 1421.

Zheng He merupakan tokoh utama dalam istana Yongle. Beliau adalah seorang Muslim berasal dari Mongol wilayah Yunnan. Pada 1381, sewaktu beliau berusia 10 tahun, beliau telah ditangkap oleh tentera Ming yang telah membunuh ayahnya. Beliau adalah cicit kepada Sayyid Ajjal Shams al-Din Omar, seorang Parsi yang pernah menjadi gabenor di wilayah Yunnan semasa pemerintahan Kublai Khan. Ayah serta datuk beliau menggunakan gelaran Haji.

Gambar : Kublai Khan

Sebagai seorang sida kepada Putera Yan, Zheng He telah menemani Putera Yan ke banyak operasi ketenteraan dan peperangan termasuk peperangan untuk menjatuhkan anak saudara Putera Yan. Nama sebenar beliau adalah Ma He ("Ma" dalam bahasa Cina adalah "Muhammad"). Beliau dikurniakan nama "Zheng" atas jasa beliau mengeksploitasi peperangan di Zhenglunba berhampiran Beijing.

Pada 1403, Yongle mengarahkan pembinaan angkatan kapal laut untuk satu ekspedisi. Saiz kapal-kapal laut ini amat besar sekali sehingga membuatkan para sejarahwan merasa hairan. Dua tahun kemudian, Zheng He memimpin sebuah armada yang mempunyai 317 buah kapal melayar ke arah barat ke Melaka, Jawa, Thailand, Sumatera, India dan Sri Lanka. Angkatan kapal laut termasuk 62 buah kapal baochuan (kapal-kapal yang membawa harta) yang berukuran 122m panjang dan 52m lebar. Kapal-kapal ini yang mempunyai kapasiti 70,000 tan 10 kali ganda lebih besar daripada saiz kapal kemegahan Portugis, Vasco da Gama. Menemani kapal-kapal baochuan ini adalah kapal-kapal yang saiznya kecil sedikit termasuk kapal-kapal yang membawa bekalan dan kapal yang mengangkut sampah-sarap pertempuran.

Antara 27,000 kakitangan menyertai ekspedisi adalah sida-sida kanan, pegawai-pegawai kerajaan Ming, askar-askar, doktor, ahli nujum, pedagang, jurubahasa, tukang besi, tukang kayu, tukang jahit dan akauntan.

Zheng He telah mengadakan tujuh pelayaran di antara 1405 dan 1433 dan enam daripadanya semasa pemerintahan Yongle. Setiap pelayaran mengambil masa selama dua tahun, meliputi sembilan hingga 12 buah tempat di Asia Tenggara, benua kecil India, Timur Tengah dan Afrika Timur. Beliau pernah melawat Champa (sekarang dikenali sebagai Vietnam), Melaka dan Sri Lanka dalam kesemua tujuh pelayaran beliau. Beliau juga pernah melawat Pahang dan Kelantan.

Walaupun angkatan laut ini mempunyai kehebatan ketenteraan China, tujuan utama China adalah eksplorasi dan diplomasi. Selain memerangi lanun, hanya sekali Zheng He terbabit dalam pertempuran di Sri Lanka. Pada 1411, berlaku perang saudara di antara Sinhalese dan pihak Tamil. Seorang pemerintah Sinhalese telah menyerang delegasi Ming di perairan.

Kapal-kapal harta Zheng He sarat dengan porselin Ming serta kain sutera dan kain broked China dan lain-lain hadiah eksotik. Beliau kembali ke negara China dengan batu-batu permata, kayu-kayan wangi, rempah-ratus tropika serta utusan dari negara telah beliau lawati. Antara hadiah eksotik yang diterima beliau adalah seekor zirafah daripada pemerintah Bengal. Zirafah ini dikenal pasti oleh penasihat Yongle sebagai qilin mistikal yang hanya muncul semasa pemerintah maharaja yang bijaksana. Satu skrol dipamerkan menunjukkan lukisan seekor zirafah dengan sebuah sajak menyanjung kebaikan Yongle.

Gambar: Skrol menunjukkan lukisan seekor zirafah dengan sebuah sajak menyanjung kebaikan Yongle.

Sumber : 20hb Disember 2014


Pelayaran kos tinggi ini berakhir dengan kematian Yongle pada 1424. Tetapi pada 1430, cucu beliau, Zuande mengadakan satu ekspedisi terakhir. Zheng He, seperti meyedari ini adalah pelayaran terakhir beliau telah memasukkan Mekah sebagai destinasi terakhir beliau. Beliau meninggal dunia dalam perjalanan pulang. Kemudian, semua eksplorasi terhenti kerana menerima ugutan serangan mendadak daripada Mongol.

Kemudian, China telah menarik diri daripada menyertai perhubungan dengan mana-mana negara sehingga ketibaan Portugis pada 1557.

Tidak dapat dinafikan, jika China meneruskan pelayaran ini, sudah tentu imperialisme Eropah berubah. Sebagai permulaan, Melaka tidak mungkin terjatuh ke tangan Portugis pada 1511 dan ke tangan Belanda dan British.

Kurator bersama Harrison-Hall berharap pameran ini akan menukar pendapat "bahawa hanya setelah kedatangan Eropah pada kurun ke 16, China mulai sedar dan mengadakan diplomasi anatarabangsa."

Diakhir pameran ini, harapannya telah tercapai menerusi usahanya memilih artifak yang sesuai untuk pameran Ming : 50 Years That Changed China yang mempamerkan bahawa China tidak tidur dan menunggu untuk dikejutkan oleh orang Eropah, malah, China berada dalam keadaan sedar dan telah mengadakan hubungan ke bahagian dunia yang hanya dapat dicapai oleh orang Eropah 100 tahun kemudian.

Sumber : The Star
Tarikh ditulis : 20hb. Disember 2014
Ditulis oleh : Nooraini Mydin
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...