Skip to main content
KECAMAN

1.   Saya berasa hairan dengan laporan di akhbar The Star bahawa beberapa penulis blog menyerang pengkritik 1MDB. Saya tidak berasa hairan terhadap para penulis blog ini. Saya telah mengetahui aktiviti mereka sejak kebelakangan ini.

2.   Pada suatu ketika, para penulis blog ini adalah pengkritik Kerajaan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka telah berubah. Saya perasan perubahan ini.

3.   Tetapi, saya menerima hak mereka untuk mengkritik saya. Dengan ini, saya tidak hairan dengan arah perubahan mereka.

4.   Apa yang menghairankan saya ialah laporan mengenai hal ini oleh akhbar The Star. Kebiasaannya, media arus perdana dan akhbar The Star adalah salah satu daripadanya, tidak akan melaporkan sebarang berita yang memberi gambaran tidak elok mengenai 'pihak berkuasa'. Tetapi sekarang, akhbar ini telah melakukan perkara yang tidak dapat difikirkan, walaupun akhbar ini melakukannya secara tidak langsung.

5.   Saya adalah penyokong UNMO. Saya masih lagi ahli UMNO. Tetapi saya percaya kepada mengkritik sebarang salah laku yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk UMNO. Bagaimana pun, saya telah nyatakan secara terbuka bahawa saya tidak menyokong Dato' Seri Najib.

6.   Dan, di antara salah satu sebab kenapa saya tidak menykongnya ialah penubuhan IMDB. Duit yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. Dan, terdapat banyak perkara yang dilakukan dengan duit 1MDB adalah salah. Kerajaan tidak patut terus menerus menjual dan membeli saham untuk menjana pendapatan.

7.   Saya tidak bersetuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritik mengenainya dan apa sahaja perkara yang saya fikir akan menjejaskan tadbir urus baik negara ini.

8.   Pengecaman oleh para penulis blog bersifat politik. Niat mereka adalah melemahkan kredibiliti saya. Tetapi, saya akan terus bertanya di manakah duit yang telah dibawa balik dari Cayman (Kepulauan)? Kenapakah perlu meminjam untuk membayar hutang sedangkan anda mempunyai RM8 billion? Selagi soalan ini dan soalan-soalan lain belum dijawab, akan muncul soalan-soalan lain.

9.   Saya mencurigai disebabkan soalan-soalan ini tidak dapat dijawab maka penyoal dikecam. Dengan membuat demikian, akan menambah lagi kecurigaan bahawa ada yang tidak kena dengan 1MDB.

10.  Ini adalah pendapat saya. Saya tidak bercakap untuk orang lain



Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahatihir Mohamad
Tarikh ditulis : 4hb Febuari 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...