Legenda-legenda cinta
Gambar : Lady White Snake
Gambar : Mayang Sari daripada buku tulisan ninotaziz berjudul Hikayat
Legenda-legenda ini tidak hanya menangkap daya imaginasi kita tetapi ia juga merangkap identiti kebudayaan kita, ditulis oleh ninotaziz.
Cinta. Konsepnya sahaja telah mempesonakan kita dari berzaman-zaman. Daripada Anthony dan Cleopatra. Tristan dan Isolde. Laila Majnun. Dari masa para penglipur lara dapat menguasai perhatian pendengar di sekeliling unggun api yang bernyala, di istana diraja dan di pertunjukan teater terhebat di dunia, legenda-legenda cinta - merangkumi kesakitan, mengagumkan dan bisikan kata-kata cinta - telah menawan daya imaginasi kita. Dengan perasaan sambutan Hari Kekasih yang belum reda, mari kita selidiki subjek yang menakjubkan ini.
SATU PERSOALAN MENGENAI ASAL-USUL DAN IDENTITI KEBUDYAAAN
Kadang kala legenda dapat mendorong kita, terutama sekali legenda-legenda cinta yang mengandungi identiti kebudayaan kita. Mengikut peredaran masa, legenda ini berubah dan diubahsuai mengikut keadaan atau mengikut budaya semasa. Dengan cara ini, legenda-leganda ini kekal relevan, generasi demi generasi.
Tanpa kita sedari, legenda-legenda ini menjadi kukuh dalam kekayaan kebudayaan kita. Dengan menghubung kaitkan dengan legenda-legenda kita, membuatkan kita semakin kuat, lebih berkeyakinan, terutama sekali, di kala kita merasa sedih, kita melihat kepada wira dan wirawati legenda ini untuk memberi inspirasi kepada kita. Mereka, seperti kita, bercinta dan ingin dicintai. Tidak syak lagi, mereka ini menjadi sumber inspirasi kepada kita, lebih daripada mereka yang boleh kita lihat sekarang. Inilah hadiah legenda-legenda kepada kita. Ia mempunyai kuasa membisik kepada anda - percaya.
PENYIMPAN KEBIJAKSANAAN
Cinta mengeluarkan segala kebaikan dan segala keburukan yang terdapat dalam diri kita. Justeru, legenda-legenda cinta ini dengan kandungannya, penyampaiannya serta penontonnya menyampaikan kehendak psikologi manusia yang mendalam. Mungkin, ini sebabnya legenda-legenda di seluruh dunia mempunyai tema yang sama. Ia menggambarkan pengalaman dari berbeza era dan dari berbeza tempat. Juga, ia mengandungi kebijaksanaan dari berkurun-kurun, legenda-legenda ini menghasilkan gema mimpi yang sama dan keinginan yang mendalam.
INSPIRASI KESUSASTERAAN DAN KESEDIHAN YANG HEBAT
Kisah-kisah cinta - legenda-legenda yang agung dan legenda-legenda klasik dari Rom, dari Greek, dari Zaman Pertengahan serta dari orang Timur dan Timur Tengah memberi inspirasi kepada hasil nukilan kesusasteraan dan kesenian yang kita hormati sehingga ke hari ini. Kisah-kisah ini menyerikan lagi idea kita mengenai kesempurnaan sejak permulaan masa dan kita melihat elemen ini dalam seni kuno, dalam kesusasteraan serta dalam lagu.
Dari lirik sajak Homer ke hiroglif Mesir dan kemudian digambarkan dalam manuskrip lama, kisah-kisah cinta ini dapat bertahan dalam legenda-legenda. Mungkin, cinta adalah keperluan asasi dan pemberi dorongan yang hebat kepada kaum lelaki dan kaum wanita kerana ia masih wujud walaupun telah berkurun lamanya.
Kehebatan kisah-kisah cinta ini adalah ia berkisar dengan faktor kecantikan yang luar biasa, personifikasi kesempurnaan wira dan pengorbanan yang tidak mementingkan diri sendiri. Terdapat juga mempersonifikasi dalam tragedi, tiada lebih memilukan, lebih menyentuh perasaan daripada pengorbanan sebuah cinta sejati. Mungkin, legenda-legenda cinta ini mempromosi pencarian suasana yang sempurna, aspirasi dan lehebatan bahawa tiada yang lebih bernilai daripada cinta, justeru, adalah berbaloi untuk menanggung segala kesakitan, pengorbanan dan air mata
Terdapat banyak lagi legenda-legenda cinta yang mempesonakan. Dengan perayaan Tahun Baru Cinta yang semakin hampir, kita mulakan dengan legenda yang terkenal di antara semua legenda dari zaman Dinasti Ming - kisah Lady White Snake. Kisah ini diturunkan berzaman-zaman, pernah dibukukan, pernah dipentas dalam Opera Cina dan pernah difilemkan yang mendapat kutipan tertinggi.
KISAH 1 : LADY WHITE SNAKE
Gambar : Lady White Snake
Dalam sebuah gua yang sangat lama, seekor ular sawa berwarna putih yang amat besar telah tidur selama 500 tahun. Apabila ia terjaga, ia bertakafur selama 500 tahun lagi. Kemudian, ia berdiri di atas ekornya dan menghilangkan diri.
Kemudian, seorang gadis cantik dilihat menginggalkan gua tersebut dengan memakai jubah putih yang berjela-jela. Setelah mengembara beberapa lama, gadis tersebut tiba di sebuah tasik yang cantik dan bertemu dengan pemuda tampan bernama Xiu Xian. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Lady White of the Mountains. Tidak lama kemudian, Lady White dan Xiu Xian jatuh cinta dan dengan rasa penuh bahagia, mereka berdua bersetuju untuk berkahwin. Mereka tunduk hormat pada Tuhan dan Bumi, tunduk hormat pada nenek moyang dan tunduk hormat pada sesama sendiri.
Kini, mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Pasangan baru ini membuka sebuah kedai sensei mereka sendiri. Xiu Xian adalah seorang pemuda yang kuat bekerja dan ramai orang mula percaya kepadanya. Lady White pula mengetahui rawatan yang sesuai untuk semua jenis penyakit.
Pada suatu petang, seorang sami Buddha memasuki kedai tersebut ketika Xiu Xian berseorangan. Dia cuba menyakinkan Xiu Xian bahawa Lady White sebenarnya adalah seekor ular setan tetapi tidak berhasil. Dia memberitahu Xiu Xian agar memberi isterinya wain realgar dan isterinya akan bertukar kembali ke bentuk asalnya. Kata-kata sami Buddha itu kekal dalam fikiran Xiu Xian.
Selang beberapa bulan, Lady White mengandung anak pertama mereka dan pada suatu hari, dengan rasa gembira dan sambil ketawa, Xiu Xian memberitahu Lady White, "Kita patut kongsi kegembiraan ini dengan secawan wain realgar!". Lady White berasa terkejut. Dia mengingatkan suaminya bahawa dirinya sedang mengandung dan tidak sepatutnya meminum wain seperti itu. Pada ketika itu, Xiu Xian teringat kunjungan ganjil sami Buddha dan memberitahu Lady White.
Lady White mula mengetahui dirinya dalam bahawa.
Dia pun bangun dan meminum secawan wain realgar dan dengan serta-merta berlari ke biliknya sambil muntah. Xiu Xian pun bergegas mengikuti isterinya dan menjumpai seekor ular sawa putih besar berada di atas katil mereka. Xiu Xian terus pengsan akibat teramat terkejut. Apabila Xiu Xian sedar, dia mula menghindari Lady White. Mereka tidak berkata apa-apa mengenai apa yang telah berlaku. Setiap hari Xiu Xian mula berjalan jauh untuk memenangkan fikirannya. Pada satu hari, dia mendapati sami Buddha yang sama sedang menunggunya di tebing sungai Yangtze. Dalam ketakutan dan keliru, Xiu Xian bertanya kepadanya apa yang harus dia lakukan.
"Datang tinggal di kuil," kata sami Buddha. Kamu akan selamat di sana."
Sementara itu, Lady White menunggu kepulangan suaminya dengan penuh rasa bimbang. Dia teringat kata-kata Xiu Xian sebelum berlaku kejadian wain realgar. Dia mula menyedari suaminya berada bersama-sama dengan sami-sami di Mountain Temple. Dia menuju ke arah kuil itu dengan hasrat memenangi semula Xiu Xian.
Sami Buddha itu sedang menunggunya di pagar kuil. Lady White merayu kepadanya agar melepaskannya tetapi tidak berhasil. "Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memusnahkan kamu!" jerit sami Buddha itu. Kemudian, berlaku satu pertempuran hebat. Segala haiwan yang berada di sungai turut bertempur dengan sami Buddha itu. Setelah lama bertempur, Lady White hampir ditewaskan. Dia pun mula berundur. Dari dalam penjara kuil, Xiu Xian terdengar bunyi bising dan mendapat tahu bahawa bunyi bising itu adalah pertempuran menentang tentera isterinya. Xiu Xian bertekad untuk menyokong isterinya. Dia berjaya melepaskan diri dari penjara kuil dan pulang semula ke rumahnya. Akhirnya, Xiu Xian menyakinkan Lady White akan cintanya.
Tidak lama kemudian, sami Buddha itu tiba dengan tekad untuk menangkap Lady White dengan mangkuk minta derma emasnya. Tiada lagi jalan untuk Lady White melepaskan diri dan dia dipenjarakan di Pagoda On The Lake, tempat dia mula-mula bertemu Xiu Xian.
Berkurun-kurun masa telah berlalu. Ketua orang gaji Lady White yang tidak pernah melupakan janjinya untuk menyelamatkan Lady White berjaya mengumpul sepasukan tentera daripada binatang-binatang gunung dan berarak ke Pagoda On The Lake. Mereka membakar pagoda itu yang runtuh dengan mudah. "My Lady, keluarlah!" orang gaji setia itu memanggilnya. Dan dari keruntuhan itu, Lady White muncul - bebas akhirnya, tetapi dengan rasa patah hati teramat sangat.
Akhirnya, Lady White pun kembali semula ke kawasan pergunungan. Ular menggelongsor apabila manusia menghampirinya dan menjadi amat marah apabila diganggu. Ia bersumpah tidak akan meyayangi manusia - selamanya.
"Sebelum saya bertemu dengan kamu, saya telah bertakafur selama seribu tahun tetapi tempoh seribu tahun itu tidak bermakna dibandingkan dengan sesaat bersamamu."
Petikan dari filem The Sorcerer and The White Snake (2011)
KISAH 2 : MAYANG SARI
Masyarakat Melayu turut mempunyai legenda cinta sendiri. Salah satu kisah yang berjaya menangkap daya imaginasi kita ialah kisah Mayang Sari. Lagunya, Ulek Mayang adalah salah satu lagu kegemaran turun temurun kita.
Pada satu ketika, terdapat tujuh orang puteri tinggal di negeri atas langit iaitu di negeri Kayangan. Kerap kali, ketujuh-tujuh orang puteri akan turun ke bumi ke sebuah taman bunga yang disihir berhampiran dengan Tasik Cermin. Seorang pemuda bernama Awang tinggal di perkampungan nelayan yang berhampiran dengan Tasik Cermin bersama-sama ibunya yang bernama Mek Awang. Pada satu hari berlaku monsun yang agak kuat, ibu Awang jatuh sakit. Dari hari ke hari sakit ibunya menjadi semakin teruk. Awang memanggil Tok Bomoh iaitu orang yang memberi rawatan kepada orang kampung. Setelah mengadakan upacara rawatan panjang, Tok Bomoh menarik Awang ke tepi dan berkata, "Awang, ibu kamu sangat sakit. Hanya ada satu cara untuknya iaitu kamu harus mendapatkan bunga dari taman bunga larangan di Kayangan."
Tok Bomoh memberitahunya hanya Puteri Tujuh dapat membantunya mendapatkan bunga bakawali tersebut.
Berhari-hari Awang menunggu di Tasik Cermin. Kemudian, pada satu hari, dia dapat melihat ketujuh-tujuh puteri dengan penuh kekaguman dan Awang terus berada di tempat persembunyianya. Dia melihat kesemua puteri-puteri itu menanggalkan vel cantik mereka dan meletakkannya di tepi tasik. Setiap seorang puteri memakai vel warna berbeza seperti tujuh warna pelangi. Awang membuat keputusan untuk meminta bantuan daripada puteri yang memakai vel berwarna hijau zamrud.
Bagi Awang, ia adalah cinta pandang pertama. Pada petang itu, apabila kesemua puteri ingin pulang semula ke Kayangan, Mayang Sari tidak menjumpai velnya. Kakak-kakaknya cuba membantu sedaya upaya mereka tetapi mereka terpaksa pulang semula sebelum matahari terbenam. Ketika itulah Awang menunjukkan dirinya pada Mayang Sari dan menceritakna kesusahannya.
Bagi Mayang Sari, inilah kali pertama dia melihat manusia berasa terkejut apabila melihat Awang. Dia menukarkan Awang menjadi seekor tebuan kecil dan letakannya dalam ikatan selempangnya berwarna hujau zamrud yang diikatnya di bahagian pinggang. Mereka bersama-sama terbang ke langit. Apabila mereka tiba di Kayangan, Raja Kayangan iaitu ayah kepada Mayang Sari menjadi amat marah, Bagaimana pun, baginda menerima penjelasan Awang yang mahu membantu ibunya. Baginda memberi kebenaran kepada Mayang Sari untuk membantu Awang dengan syarat Awang dan Mayang Sari tidak boleh berjumpa lagi.
Awang dapat pulang semula ke pondoknya dengan segera dapat meyembuhkan ibunya dengan haruman bunga bakawali. Pada saat itu juga, ibunya dapat bernafas dengan mudah sedikit dan dalam beberapa hari sahaja, ibunya telah pulih sepenuhnya. Akan tetapi, Awang tidak dapat melupakan kecantikan Mayang Sari. Dia mula amat merindui Mayang Sari.
Pada satu malam, ketujuh-tujuh orang puteri datang untuk menyelamatkan Awang. Mayang Sari tidak sanggup melihat pemuda yang dikasihinya meninggal dunia. Dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka, merka dapat menyembuhkan Awang dan akhirnya ayah Mayang Sari membenarkan Mayang Sari berkahwin dengan Awang.
Mayang Sari dan Awang hidup bahagia selama-lamanya.
Sumber : New Straits Times - Life & Times - 15hb Februari 2015
Ditulis oleh : ninotaziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment