Skip to main content
SAYA DAN JAMBATAN BENGKOK

1.   Ada orang mempercayai bahawa saya merasa amat marah terhadap Najib kerana beliau tidak membina jambatan bengkok sehingga saya mahu Najib meletak jawatan.

2.   Saya tidak begitu remeh. Ya, saya kecewa, terutama apabila Najib merayu kepada PM Singapura untuk membina sebuah jambatan dan beliau menolak. Amat memalukan apabila kita tidak berani untuk membina sebuah jambatan di tanah kita sendiri tanpa kebenaran Singapura.

3.   Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya meminta Najib meletak jawatan. Najib ialah anak kepada Tun Razak, tokoh yang bertanggungjawab menaikkan saya menjadi Perdana Menteri. Dengan sebab itu dan dengan sebab Najib menunjukkan prestasi baik ketika saya menjadi PM. Saya mahu Najib menjadi PM. Dan semua orang tahu saya bekerja keras memberi tekanan kepada Abdullah melantiknya menjadi TPM supaya beliau boleh menjadi PM apabila Abdullah berundur.

4.   Tetapi Najib gagal dalam banyak hal setelah menjadi PM. Selain tidak membina jambatan, beliau juga tidak meneruskan pembinaan landasan berkembar dan elektrifikasi dari J.B ke Padang Besar yang telah dipersetujui tetapi telah dimansuhkan oleh Abdullah. Dengan 14 billion Ringgit, projek ini dapat disiapkan pada 2010. Maka, atas permintaan, beliau meluluskan penyambungan landasan ini dari Ipoh ke Padang Besar dengan 12 billion Ringgit. Kita rugi besar.

 5.   Kemudian, beliau mula merekrut pembantu-pembantunya di tingkat 4 termasuk beberapa kakitangan warga British untuk memberi khidmat nasihat cara pentadbiran negara ini. Mereka pula menggunakan perunding luar dengan kos melebihi 7 billion Ringgit. Kita telah mencapai kemerdekaan pada 1957 dan kita tidak perlukan penasihat British lagi. Kita lebih berjaya tanpa mereka. Najib seperti tidak mempercayai kebolehan warga Malaysia untuk memajukan negara ini.

6.   Dengan tidak mengendahkan EPU dan jabatan Kerajaan lain, beliau menuuhkan sebuah agensi baharu untuk merancang pembangunan negara. Agensi berkenaan diketuai oleh kakitangan bukan awam dan gaji mereka melebihi gaji kakitangan awam.

7.   Para kakitangan awam merasa tidak gembira. Dahulu, merekalah berusaha keras untuk mengubah negara kita daripada negara membangun kepada negara berpendapatan sederhana. Kini, khidmat mereka, kebolehan mereka dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan.

8.   Mereka setia kepada Kerajaan BN. Kini, ramai tidak lagi menyokong Kerajaan. Ada yang menyertai pembangkang setelah bersara dan menjadi calon dalam pilihanraya.

9.   Hasil daripada peranan yang diberikan kepada agensi baharu itu, polisi Kerajaan ditukar. Najib diberitahu bahawa Abdullah ditolak pada 2008 kerana kaum Cina tidak sukar Dasar Ekonomi Baru. Maka, untuk memenangi hati mereka semula, Najib harus dilihat sebagai menyokong kaum Cina dan kaum India dengan tidak mengendahkan tindakan afirmatif.

10.  Beliau mengurangkan tempat untuk bumi di Universiti Awam walaupun di kebanyakan universiti swasta dan kolej berkembar, jumlah kemasukan bumi kurang daripada 10%. Kontraktor bumiputra dan peniaga kecil tidak lagi mendapat kontrak kerajaan. Ramai yang terpaksa gulung tikar.

11.  Tanpa mengulas panjang, beliau mengambil slogan Malaysian Malaysia milik pembangkang dan menamakannya One Malaysia.

12.  Beliau memberi tindak balas kepada pembangkang dan memansuhkan ISA dan membebaskan tahanan dengan bersyarat. Akibatnya, kadar jenayah meningkat.

13.  Kemudian, beliau mula memberikan wang kepada orang ramai, bukan hanya kepada individu yang berpendapatan kurang daripada RM3000/= sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbillion ringgit dihabiskan untuk tujuan ini.

14.  Kemudian, perhimpunan dianjurkan untuk setiap acara. Pihak penganjur diberi arahan untuk mengumpulkan 10,000 orang, Mereka diberi makanan dan elaun serta dibawa ke tempat perhimpunan dan disuruh memegang pelekat-pelekat dengan tulisan "I love PM". Sebuah lagu 1M4U digubah dan dinyanyikan yang turut dinyanyikan pada hari pembarisan hari kebangsaan.

15.  Walaupun semua ini dilakukan, kaum Cina masih enggan menyokong Najib. Mereka berduyun-duyun menyokong pembangkang dan beliau memberi prestasi lebih teruk daripada Abdullah pada Pilihanraya Umum Ke13.

16.  Kaum Melayu juga tidak menyokong Najib. Setelah beliau mengetuai UMNO Selangor, prestasi UMNO Selangor menjadi lebih teruk dari 2008. Kaum Melayu mengundi BN kerana mereka takut Anwar akan melantik Kit Siang sebagai TPM.

17.  Saya tetap menyokong Najib setelah semua perkara di atas berlaku. Dalam bebarapa pertemuan, saya memberitahu beliau bahawa strateginya salah tetapi pendapat saya tidak diendahkan. Saya telah memberitahu beliau sebelum pilihanraya 2013 jika beliau kalah teruk daripad Abdullah, beliau harus meletak jawatan. Sya benar-benar berharap beliau akan lebih berjaya daripada Abdullah.

18.  Apabila beliau tewas, saya memberitahu orang ramai terus menyokongnya. Walaupun semua ini berlaku saya bersedia untuk melihat beliau memimpin BN pada PRU ke14.

19.  Kini, pelbagai kontroversi menyelebunginya dan saya pasi BN akan kalah jikalau beliau terus memimpin pada PRU ke14.

20.  Pada pendapat saya, terdapat banyak perkara berkenaan kelakuan peribadinya yang tidak betul tetapi saya bersedia untuk lepas pandang termasuk gaya hidup mewah beliau dan isterinya.

21.  Akan tetapi, apabila beliau tidak dapat memberikan penjelasan ke manakah hilangnya wang berbillion Ringgit dan penglibatan orang-orang yang diragui dengan pengurusan 1MDB, saya merasa beliau tidak sesuai menjadi Perdana Menteri untuk negara ini.

22.  Daam penulisan saya seterusnya, saya akan menjelaskan bagaimana beliau telah mengalami kerugian berbillion Ringgit.


Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 20hb. April 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is