Skip to main content
1MDB


1.   Pengurusan kewangan kerajaan tertakluk kepada undang-undang, peraturan, kaedah dan amalan. Semua syarikat turut mempunyai sistem yang sama tetapi Kerajaan menguruskan wang dalam jumlah yang amat besar, iaitu wang rakyat dan ia amat penting sehingga para pengurus harus mengikut undang-undang. peraturan serta kaedah-kaedahnya.



2.   Amalan rasuah berlaku di hampir kesemua Kerajaan. Tetapi selalunya, ia melibatkan jumlah yang kecil. Tugas juruaudit disokong oleh pihak berkuasa anti-rasuah adalah untuk memastikan wang Kerajaan, walau sekecil mana tidak disalah guna, penyalahguaannya atau dicuri oleh pihak yang diberi kuasa menguruskan wang tersebut.



3.   Kerajaan boleh mengalami kerugian menerusi pelaburan yang merugikan dan kita mengetahui di manakah wang yang mengalami kerugian. Tetapi apabila sejumlah wang yang amat besar telah hilang dan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan wang tersebut harus menjawab kehilangan wang tersebut. Kehilangan berbeza dengan kerugian. Kehilangan adalah wang hilang tanpa kesan. Perkara seperti ini boleh berlaku kerana rasuah atau berlaku kecurian.



4.   Di Malaysia, menjadi kebiasaan PM dan TPM memegang satu lagi portfolio tambahan. Selalunya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan bertukar sesama sendiri. Kadang-kala, Kementerian Kewangan dipegang oleh PM sementara memilih calon yang sesuai. Dato Sri Najib nampaknya lebih suka memegang Kementerian Kewangan untuk dirinya. Beliau telah melantik Menteri Kewangan Kedua. Ini adalah mengikut prerogatifnya tetapi akhirnya, beliaulah harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku dengan kewangan negara.



5.   Keperluan pertama dalam pengurusan wang Kerajaan adalah belanjawan tahunan. Ia disediakan oleh Kementerian Kewangan mengikut maklum balas daripada kesemua kementerian dan kesemua jabatan. Belanjawan ini kemudiannya dibentangkan di Kabinet. Jika diluluskan, barulah dibentangkan di Parlimen.



6.   Kerajaan seharusnya diharapkan membelanjakan wang mengikut belanjawan  Jika belanjawan tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan Kerajaan dengan kadar segera, maka belanjawan tambahan boleh dibentangkan oleh Kerajaan di Parlimen. Draf belanjawan disediakan oleh pegawai-pegawai Kementerian. Kerajaan yang mengumpul wang menerusi pelbagai cukai dan pelbagai bayaran. Kerajaan juga memiliki pelbagai perniagaan khas seperti Petronas, yang mungkin akan menyumbang ke dalam belanjawan.



7.   Di Malaysia, terdapat juga off-budget-funds yang tidak dibentangkan di Parlimen tetapi masih memerlukan penelitian dan kelulusan Kabinet.



8.   Memang dokumen Kabinet adalah rahsia. Tetapi dalam hal 1MDB, seolah-olah tidak jelas mengenai pembentangannya serta kelulusannya di Kabinet. Seolah-olah terdapat cubaan untuk bersembunyi di sebalik rahsia rasmi.



9.   Apa yang kita tahu adalah 1MDB mempunyai penasihat iaitu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Tidak dapat dimaafkan apabila pihak pengurusan yang dilantik oleh PM akan menolak nasihatnya. Ia seperti Penasihat British dulu, nasihat daripada Penasihat adalah arahan.



10.  Sejak itu, tiga KPE 1MDB telah meletak jawatan tanpa penjelasan. Adakah kerana mereka tidak dapat menerima nasihat!



11.  Kerajaan melabur satu juta Ringgit ke dalam 1MDB. Mengikut rekod yang diketahui, 1MDB telah meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak 42 billion Ringgit.



12.  Sebuah syarikat dengan modal hanya sebanyak 1 juta Ringgit serta tidak mempunyai sebarang aset tidak boleh meminjam 42,000 kali modalnya tanpa cagaran. 1MDB dapat berbuat demikian dengan jaminan Kerajaan.



13.  Dengan kata lain, Kerajaan yang meminjam wang. Jika 1MDB mengalami kerugian, maka Kerajaan yang akan menanggung kerugian. Akan tetapi, pengurusan 1MDB tidak diselia oleh pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab di atas pengurusan dana-dana Kerajaan.



14.  Kenapakah 1MDB menjadi kontroversi? Apa yang tidak kena dengan 1MDB?



15.  Dari mula lagi, ia sudah salah. Ia bermula dengan off-budget dan tidak dibentangkan dalam Parlimen.



16.  Wang itu adalah wang pinjaman. Maka, ia bukan kekayaan berdaulat tetapi ia adalah hutang berdaulat.



17.  Bon yang diurus oleh Goldman Sachs berkos lebih tinggi daripada biasa untuk pinjaman kerajaan. Kadar faedahnya sebanyak 5.8% sangat tinggi. Biasanya, hutang Kerajaan faedah 3% atau kurang.



18.  Tambahan pula, 10% komisen dibayar kepada Goldman Sachs yang bermaksud 1MDB hanya meneriam 90% daripada jumlah pinjaman tetapi harus membayar faedah berdasarkan 100% jumlah hutang. Ini menaikkan kadar faedah kepada 6.6%. Dengan purata kadar 6%, jumlah faedah tahunan untuk 42 billion Ringgit adalah 2.5 billion. Sejak 2009, tiada sebarang pendapatan daripada kesemua asetnya. Dan, 1MDB terpaksa meminjam RM 2 billion untuk mambayar faedahnya. Kini jumlah hutangnya adalah 42 billion.



19.  Jumlah pinjaman permulaanya adalah 42,000,000,000 (42 billion Ringgit). Seperti yang dapat dipastikan, pelaburannya adalah seperti berikut :



a)   Pembelian Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan dengan harga RM8.5 billion. Nilai ini lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesennya hampir tamat tempoh.



b)   Pembelian Genting Sanyen Power (kini dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant) dengan harga RM2.3 billioN. Sekali lagi lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesennya hampir tamat tempoh.



c)   Pembelian Jimah Energy dengan harga RM1.2 billion.



d)   Pembelian tanah seluas 70 ekar di Jalan Tun Razak dengan harga RM320 juta iaitu RM64.00 kps. Tanah di kawasan sama dijual dengan harga RM7,000 kps.



e)   Pembelian tanah seluas 495 ekar yang dulunya Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) dengan harga RM 363.5 juta iaitu RM91.00 kps. Harga dianggarkan adalah RM1,000 kps.



f)   Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang dengan harga RM1.38 billion iaitu RM135.00 kps.



20.  Harus diingat bahawa baru-baru ini tanah berhampiran dengan tanah TRX dijual dengan harga RM7,000 kps. Dengan menganggap bahawa harga pasaran adalah sebanyak RM3,000 kps, harga sebenar tanah ini adalah 6 Ringgit. Dengan ini, Kerajaan kerugian sebanyak 5 bilion kerana 1MDB hanya membayar sebanyak RM320 juta sahaja.


21.  Mengenai tanah Lapangan Terbang Sungai Besi, 1MDB membayar 363.5 juta Ringgit untuk tanah seluas 495 ekar iaitu RM91 kps. Dengan menganggap harga pasaran tanah ini adalah RM1,000 kps, Kerajaan mengalamai kerugian sebanyak 20 bilion Ringgit.

22.  Tanah di Pulau Pinang berada dalam keadaan kualiti rendah dan menempatkan lebih daripada 1000 penduduk setinggan. Tetapi, 1MDB membayar RM1.3 bilion iaitu RM135 kps.

23.  Kesemua pembelian di atas diketahui. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM14.7 bilion. Jadi, di manakah baki sebanyak 27 bilion Ringgit.

24.  Dikatakan lebih daripada ASD1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa mengesahkan nilai syarikat ini atau nilai asetnya.

25.  Di manakah baki wang?

26. Sebahagian daripada wang tersebut disimpan di Kepulauan Cayman. Untuk tujuan apakah wang itu digunakan? Apa yang dibawa balik ke Malaysia? Apa yang dibawa balik dan disimpan di Bank Swiss di Singapura? Kenapa? Di manakah wang yang dibawa balik? Kenapakah wang tersebut tidak digunakan untuk membayar faedah RM2 bilion. Kenapakah Bank Negara membenarkan bahagian pertama dibawa masuk ke Malaysia dan tidak benarkan bahagian kedua. Kini, Bank Swiss memaklumkan kepada pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen terbabit untuk penyimpanan wang ini tidak dikeluarkan oleh pihak mereka dan tidak menunjukkan akaun sebenar aset-aset 1MDB. Jadi, di manakah wang dikatakan disimpan di Kepulauan Cayman dan kini telah dibawa pulang.

27.  Jelasnya, 1MDB tidak mendapat sebarang pulangan daripada pelaburannya. Tidak hanya ia mengalami kerugian malah Kerajaan turut mengalami kerugian apabila 1MDB hanya membayar RM683 juta untuk TRX dan Sungai Besi. Jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan adalah 25 bilion Ringgit.

28.  1MDB telah menilai semula kesemua asetnya dengan nilai 52 bilion Ringgit. Ini kerana tanah Kerajaan dibeli dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran. Jika tanah-tanah ini berjaya dijual atau setelah dibangukan, wang daripada hasil penjualan ini boleh digunakan untuk membayar hutang. Kemajuan di tanah TRX sangat perlahan dan tidak terdapat sebarang aktiviti di tanah Sungai Besi. Tiada wang diperolehi semasa pembangunan, hanya pengeluaran.

29.  Ini adalah kehilangan wang dalam jumlah yang amat besar. Wang ini adalah wang pinjaman dan ketidak upayaan Najib menjawab soalan-soalan mengenai apa yang telah terjadi kepada dana-dana inilah yang tidak melayakkan Najib untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Sumber : Blog Chedet

Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis :23hb. April 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is