Skip to main content
1MDB (Bahagian ke-3)

Zamil Ibrahim daripada parti KITA dilihat suka menyatakan perkara-perkara yang kelihatan beliau sendiri kurang faham atau jahil.

Pertama sekali, saya tidak pernah kata RM42 bilion telah hilang. Apa yang saya kata adalah RM42 bilion telah dipinjam oleh 1MDB

Sebahagian daripada wang yang dipinjam itu digunakan untuk membeli beberapa loji kuasa dan tanah kerajaan di Jalan Tun Razak dan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi pada harga amat rendah. Kemudian, kesemua pembelian di atas dinaikkan harga dan dikatakan sebagai aset. Tanah persendirian di Pulau Pinang yang didiami oleh ramai penduduk juga dibeli dengan harga tinggi.

ASD 1 bilion (RM3.6 bilion) dibayar kepada Petro Saudi dan digunakan untuk lain-lain pembelian dan pelaburan.

RM6 bilion lagi dikatakan disimpan di Cayman tetapi kini tidak lagi disimpan di Cayman. Dikatakan kesemua wang telah dibawa balik. Sebahagian mungkin telah dibawa balik ke Malaysia. Sebahagian lagi dibawa balik dan seperti yang dijelaskan oleh Dato' Sri Najib, ia disimpan di Bank Swiss di Singapura. Kini, Bank Swiss menafikan wang tersebut disimpan di banknya. Jadi, di manakah wang itu?

Kesemua perbelanjaan yang dinyatakan di atas diketahui dan masih terdapat baki di antara RM14 bilion hingga RM20 bilion yang tidak dapat dikesan. Apabila penasihat 1MDB sendiri tidak dapat menjelaskan di manakah wang tersebut, maka, saya menganggap bahawa kemungkinan wang tersebut telah hilang atau telah dicuri atau telah di salah guna.

Anak-anak lelaki saya bukannya jutawan tetapi mereka meminjam jutaan ringgit untuk perniagaan mereka. Kebanyakan perniagaan Mirzan adalah di luar Malaysia tetapi beliau terpaksa menjual perniagaan perkapalannya kepada Petronas ketika krisis kewangan. Petronas mendapat untung besar setelah menjual sebahagian daripada perniagaan tersebut apabila ekonomi kembali pulih. Polis Petronas bukan untuk menjawab soalan tetapi akaun Petronas boleh didapati dan boleh dibuat pengesahan sama ada saya bohong atau tidak. Mirzan bukan jutawan.

Mokhzani memulakan perniagaan besi pasang siap setelah saya berhenti menjadi Perdana Menteri. Ia mengambil masa lebih dari 3 tahun untuk menjana pendapatan. Beliau tidak mencuri wang tersebut. Beliau berusaha untuk mendapatkan apa yang beliau ada sekarang. Wang sesiapa pun tidak hilang disebabkan perniagaannya.

Saya tidak mendapat mendapatkan pinjaman untuk membantu anak-anak lelaki saya sewaktu saya menjadi PM. Jika anda mempunyai bukti, tunjukkan.

Tunku Abdul Aziz cuba mengaitkan saya dengan skandal BMF dengan menggunakan kenyataan oleh Lorraine Esme Othman dalam rencana ditulis beliau :

Dia (Lorraine) bertanya kepada saya (Tunku) , bolehkah dia sendiri membuat keputusan untuk memindahkan berbilion AS Dolar tanpa arahan dari 'pihak atasan'.

Beliau menganggap 'pihak atasan' Lorraine ialah saya. Terdapat ramai 'pihak atasan' Lorraine. Saya tidak menamakan mereka kerana saya tidak membuat kesimpulan apabila saya tidak mempunyai bukti konkrit. Lorraine kembali semula ke London di mana beliau dipenjarakan.

Bank Bumiputra atau BMF tidak berada di bawah saya. Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pengurusannya. Sila tunjukkan bulti penglibatan saya dalam pengurusan BB atau BMF.

14.  Saya diberitahu mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan skandal ini dan saya bersetuju untuk menghantar seorang pegawai untuk memeriksa urusan dengan Carrian Group. Beliau kemudiannya telah dibunuh.

15.  Tunku Aziz ialah pengarah International Institute of Public Ethics dan anggota dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

16.  Saya ingin bertanya kepada Tunku Aziz, adakah cubaannya untuk menuduh saya terlibat dalam skandal BMF berdasarkan bukti rapuh beretika atau tidak.

17.  Beliau sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh membuat penyiasatan menyeluruh rekod saya untuk mendapat tahu berapa bilion telah saya curi daripada Kerajaan seperti yang sedang beliau bayangkan. Jika beliau gagal membuktikannya, beliau seharusnya mempunyai kesopanan untuk memohon maaf.

18.  Bukankah beliau yang mengaku mengambil berat mengenai rasuah harus bertanya bagaimanakah Jho Low dan Riza Aziz mempunyai ratusan jutaan dolar. Tidakkah beliau harus menyiasat pegawai kerajaan yang hidup melebihi kemampuan mereka. Atau, beliau mempunyai kesedaran terpilih tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling beliau. Sebuah akhbar Amerika melaporkan bahawa Malaysia kini berada di antara sepuluh negara di dunia yang paling banyak rasuah. Bukankah beliau harus menyiasat kenapa?  


Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 6hb.Mei 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel:terataigenius@gamil.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is