Skip to main content
Harimau jadian merayau-rayau pada waktu malam


BUKAN MITOS : Seorang pawang tradisional memberitahu A Shukor Rahman bahawa sesiapa yang menjadi harimau jadian tidak akan memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga mereka sendiri.



Pada tahun lepas, Joane Le Roux manghabiskan beberapa bulan merentasi Malaysia dalam usahanya mencari harimau jadian. Tempat-tempat yang beliau kunjungi termasuk Gunung Angsi, Bukit Putus, Seri Menanti di Negri Sembilan dan Gunung Ledang dan Air Tawas di Johor. Ia adalah satu usaha yang sia-sia.



Pawang tradisional Awang Din dari Kuala Muda, Kedah ketawa apabila diberitahu mengenai 'usaha kurang bijak' oleh Le Roux.



"Macam ini, adakah orang yang waras fikirannya akan mengaku bahawa dia ialah harimau jadian? Takkanlah orang asing itu begitu naid?" kata Awang.



"Harimau jadian" berasal dari Gunung Kerinci di Sumatra dan amalan ini dipercayai dibawa masuk ke Malaya pada 1865. Asalnya, ia bertujuan untuk mempertahankan diri dan melindungi tanam-tanaman dan binatang ternakan."



Orang lama bernama Abu Bakar Osman, 76, dari Pulau Pinang memberitahu beliau pernah mendengar kejadian yang membabitkan harimau jadian sewaktu beliau muda. Beliau dibertahu seekor harimau jadian di Perak hanya mengambil masa satu malam untuk tiba di Johor.



"Pada satu pagi di sebuah kampung di Kelantan, isteri seorang petani membuka pintu rumahnya dan melihat suaminya duduk di anak tangga rumahnya dengan membelakanginya serta kelihatan tercungap-cungap. Memang menjadi kebiasaan bagi suaminya keluar pada waktu malam jika binatang tenakan berkeadaan gelisah. Ketika isterinya hendak pusing untuk masuk ke rumah, beliau ternampak tangan suaminya mula berubah perlahan-lahan" kata Abu Bakar.



"Di Kedah, seekor harimau sering menyerang binatang ternakan dan ayam. Lalu orang kampung membuat perangkap dan mengikat beberapa ekor ayam sebagai umpan. Pada keesokan pagi, mereka mendapati umpan tersebut telah diterkam dan telah dimakan.



"Didapati Lebai Seman berada dalam perangkap tersebut dengan bulu ayam terlekat di muka dan di mulutnya!" kata Abu Bakar.



Beliau juga menceritakan sebuah kisah dari Pahang yang berlaku pada 1920an mengenai Li Wang. Li Wang ialah penjaja yang tidak menonjol yang sering mengayuh botnya secara sendirian. Beliau berdagang dan akan singgah di bandar tepi sungai apabila beliau mempunyai hasil hutan seperti kulit kayu atau kain yang diperbuat daripada kulit kayu, akar pokok tuba, madu, gutta, rotan, minyak kayu, damar, mata kucing, tanduk rusa dan kulit belulang untuk dijual.



Li Wang berdagang dengan Orang Asli yang sering kali mempunyai barangan pedalaman seperti cermin kualiti rendah. Dia juga membawa cili kering, bawang, garam, telur masin, herba kering, tembakau, parang, pisau, periuk belanga besi enamel, cawan dan gelas. Dia mendayung atau mengikat sampannya di hulu sungai, berhenti untuk berdagang atau apabila dipanggil oleh orang di tepi sungai.



Dia sering menambat botnya di tempat sama di bawah tebing tinggi dan mengambil stok serta hasil jualannya.



Alangkah baik jika dia memilih tebing pasir di tengah-tengah sungai, sekurang-kurangnya dia dilindungi daripada pandangan orang. Akan tetapi, tabiat lama sukar untuk diubah.



Sesiapa yang merangkak di bahagian atas tebing sungai dapat melihat dia sedang menulis di bukunya, mengira stok dan mengira wangnya. Botnya turut berfungsi sebagai bank.



Pada satu malam, seorang pemuda bernama Aremon telah menjumpainya ketika Li Wang sedang mengambil stok. Aremon membawa ayahnya bernama Pawang Helai yang merupakan pawang yang licik. Setelah mereka melihat Li Wang, mereka pun beredar dari sana. Li Wang menyelesaikan kerja-kerja pengambilan stok lalu tidur.



Dia terdengar bunyi deram-derum perlahan seperti bunyi prr seekor harimau besar. Pada mulanya, beliau tidak mengendahkannya tetapi bunyi deram berhampiran menarik perhatiannya dan beliau tidak nampak apa-apa. Kemudian, bau busuk reput mula menusuk hidungnya. Baru dia sedar ada seekor harimau berhampiran. Tiba-tiba kilat menyinari tebing sungai tersebut dan belaiu ternampak dagu bersegi empat, kerongkong berwarna putih, bermuncung dan mata ganas seekor harimau. Dia panik dan terus terjunam jatuh ke dalam sungai.


Kemudian, Pawang Helai menggoncang tubuhnya yang berupa seperti harimau dan kembali menjadi manusia semula. Pawang Helai menyusur turun dari tebing sungai dan mengambil wang Li Wang sementara Aremon mengambil seluar buatan sutera berwarna biru muda. Kedua-dua mereka kemudiannya membocorkan bot Li Wang dan menenggelamkannya.

Disebabkan oleh kelembapan ekonomi, perniagaan di bandar amat teruk dan Li Wang ada mengambil hutang daripada Ah Tai. Hari menjadi minggu dan minggu menjadi bulan, masih tiada bayang Li Wang. Ah Tai yang merasa amat jengkel membuat aduan kepada pegawai daerah juga majistret yang kemudiaannya memanggil Sarjan Cik Dul dan memberitahunya mengenai penjaja yang telah hilang. Pada keesokan harinya, Cik Dul bersama beberapa anggota polis mendayung bot mereka menuju ke perkampungan Orang Asli.

Di pondok Pawang Helai yang dalam keadaan daif, Cik Dul menyoalnya mengenai kehilangan Li Wang. Pawang Helai berpura-pura tidak tahu tetapi Cik Dul tidak mudah diperdaya. Bagaimanakah seorang lelaki berbangsa Cina boleh hilang begitu saja dengan botnya? Tiba-tiba kedengaran jeritan dari sungai memanggilnya. Cik Dul pergi ke arah sungai sambil diikuti oleh Pawang Helai. Di sana Cik Dul melihat anggota polis sedang memegang Aremon yang memakai seluar buatan sutera berwarna biru muda.

"Tangkap mereka berdua dan gari mereka," Cik Dul memberi arahan. " Malam ini kita tidur di sini dan kembali ke hilir pada waktu Subuh."

Terdapat pelbagai cerita menakutkan mengenai pondok usang Pawang Helai pada waktu malam terutama sekali mengenai harimau yang berkeliaran pada waktu malam untuk 'meminta nasihat' daripada Pawang Helai. Mereka terdengar paling kurang dua ekor binatang menghampiri pondok tersebut, tetapi tiada kejadian tidak diingini berlaku. Pada keesokan harinya, pada waktu Subuh, mereka menuju ke balai polis. Kisah terakhir yang kami dengar mengenai Pawang Helai adalah pada waktu malam hari tersebut, dia telah menukarkan dirinya menjadi harimau untuk menakutkan pegawai polis yang menjaganya. Mereka menemui lubang besar di dalam lantai dan kedua-dua bapa serta anak telah hilang.


Sumber : New Straits Times - Life & Times

Ditulis oleh : A Shukor Rahman
Tarikh ditulis : 24hb Mei 2015
Ditertejemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is