CUKAI
1. Salah satu pencapaian terbaik Malaysia adalah pemungutan cukai. Rakyat Malaysia membayar cukai dengan rela hati. Mereka takut akan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka. Mereka lebih takut penyerbuan dilakukan oleh penguatkuasa cukai pendapatan ke atas perniagaan dan kediaman mereka. Saya tahu mengenai perkara ini kerana saya juga pernah diserbu setelah saya dibuang oleh parti dan bekerja sebagai pengamal perubatan.
2. Pihak penguatkuasa memegang potongan cek saya dan sebarang penerangan yang diberkan oleh saya kepada mereka tidak dapat menyakinkan mereka bahawa semua wang dalam akaun saya bukan milik saya. Akhirnya, saya terpaksa membayar dua kali ganda mengikut dakwaan mereka jumlah yang saya tidak isytiharkan.
3. Pegawai penguatkuasa cukai pendapatan sering mencari sesiapa yang hidup di luar kemampuan mereka. Mereka akan menyerbu orang yang hidup luar kemampuan mereka dan memaksa mereka membayar cukai tambahan jika mereka berasa pihak terbabit tidak membayar cukai sepatutnya mengikut kekayaan mereka.
4. Sejak akhir-akhir ini, kita lihat terdapat pemilihan oleh pegawai penguatkuasa cukai pendapatan.
5. Sebagai contoh, anak tiri kepada Perdana Menteri dilaporkan telah menghabiskan ratusan jutaan ASD atau Ringgit untuk membeli kediaman mewah di London, di New York dan di Hollywood. Dia turut menghabiskan jutaan Ringgit untuk membiayai pembuatan filem yang bertajuk "The Wolf of Wall Street".
6. Apabila Pejabat Perdana Menteri mendakwa wang itu adalah wang yang diwarisi, adik-beradik Najib memprotes. Ayah mereka tidak kaya dan tidak meninggalkan ratusan jutaan Ringgit untuk keluarga mereka. Malah, Najib sendiri terpaksa mengakui Tun Razak tidak meninggalkan sebegitu banyak wang untuk keluarganya. Jadi, dari mana datangnya wang itu?
7. Didakwa wang tersebut daripada hasil perniagaan. Jika beliau mendapat untung besar daripada perniagaan, sudah tentu, beliau membayar cukai pendapatan. Sudahkah pegawai penguatkuasa cukai pendapatan menyiasat berkenaan keuntungan perniagaannya. Berapa banyakkah cukai yang telah dibayarnya? Sudah tentu, ia adalah rahsia. Akan tetapi, saya harap ia tidak ditutup.
8. Kemudian, ada Jho Low. Dia telah membeli sebuah bank dengan harga 260 juta AS Dolar. Daripada manakah dia mendapat wang sebanyak itu? Adakah wang itu dipinjam? Adakah dia telah menjual bank tersebut dan membayar cukai di atas keuntungan yang diperolehinya.
9. Dia juga membeli flat mewah di New York dan di Hollywood. Daripada manakah dia mendapat ratusan jutaan yang dibayarnya? Sudahkah dia membayar cukai?
10. Saya percaya eksekutif 1MDB dan subsidiarinya dibayar dengan gaji tinggi. Sudahkah mereka mambayar cukai pendapatan mereka?
11. Saya difahamkan Perdana Menteri sebagai penasihat 1MDB tidak dibayar apa-apa bayaran. Beliau dibayar dengan gaji Perdana Menteri yang saya tahu kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan gaji eksekutif perniagaan. Akan tetapi, Kerajaan membayar elaun, bil elektrik dan bil air, pengangkutan, rumah dsbnya. Jadi, gaji boleh disimpan dan dibelanjakan.
12. Akan tetapi, cara hidup mewah memerlukan wang yang banyak. Wang untuk kemewahan sudah tentu lebih bnyak daripada apa yang saya dapat simpan setelah berkhidmat selama 29 tahun dalam Kerajaan.
13. Sudah tentu, ia adalah rahsia. Akan tetapi, saya hanya nak tanya, sudahkah pegawai cukai pendapatan menyiasat sumber wang tersebut dan jumlah cukai yang dibayar.
14. Kita bercakap mengenai kesamarataan di sisi undang-undang. Dalam negara ini, pemerintah turut tertakluk kepada undang-undang tertentu. Ini adalah intipati keadilan. Kita adalah sama menurut undang-undang dan kita harus dilihat sama. Setiap orang yang harus disiasat oleh Kerajaan harus disiasat. Tidak harus terdapat diskriminasi.
Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 3hb Julai 2015
Link : chedet.cc/?p=1790
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment