Skip to main content

PEMBERI MAKLUMAT

1.   Malaysia ingin menjadi negara yang mempercayai hak kemanusiaan, mempercayai demokrasi dan mempercayai peraturan undang-undang.

2.   Kita mansuhkan ISA, Akta Keselamatan Dalam Negara dan undang-undang mengawal kebebasan penjenayah berulang.

3.   Kita hampir memansuhkan Akta Anti Hasutan yang mungkin akan mendapat banyak pujian.

4.   Kita meringkik sumbangan kita dalam melindungi pemberi maklumat. Mereka ini bagus kerana mereka dapat menghalang orang lain daripada membuat kesalahan. Mereka mendedahkan orang jahat dan membawa pihak yang bersalah ini ke muka pengadilan.

5.   Kerajaan menyatakan pemberi maklumat harus dilindungi. Ini kerana mereka ini amat berguna untuk masyarakat kita.

6.   Kemudian pemberi maklumat mendedahkan salah laku Ketua Kerajaan. Tiba-tiba apa yang dianggap betul menjadi salah. Pemberi maklumat ini harus disiasat dan dihukum. Tidakkah pemberi maklumat tahu bahawa mereka tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai Perdana Menteri? Pemberi maklumat boleh mendedahkan salah laku orang lain tetapi tidak boleh mendedahkan salah laku Perdana Menteri.

7.   Alihkan tumpuan mereka ke arah lain. Sebagai contoh, anak lelaki kepada orang tertentu. Sudah tentu pemberi maklumat mengetahui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka ini. Tidak! Awak tidak boleh berbuat demikian. Tak bolehkah awak mencipta sesuatu? Mereka ini tidak berada dalam kategori sama dengan Perdana Menteri. Tidak mengapa. Anda tidak akan dituduh mendedahkan maklumat. Jadi, dedahkan secara besar-besaran supaya segala perhatian dapat dipesongkan daripada isu yang tidak menyenangkan.

8.   Akan tetapi, bagaimana dengan pihak yang enggan membuat pendedahan. Bagaimana dengan pihak yang mengetahui mengenai kesalahan yang telah dilakukan dan menyembunyikannya. Bagaimana dengan melindungi golongan atasan?

9.   Undang-undang menyatakan sesiapa yang terbabit dalam menutup, menyembunyikan bukti jenayah akan dianggap sebagai bersubahat dalam jenayah. Mereka ini juga harus dituduh, dihukum dan dijatuhkan hukuman.

10.  Menyembunyikan bukti yang telah anda kumpul yang hanya akan diserahkan apabila kes itu dapat dibuktikan tidak akan membebaskan anda daripada tuduhan bersubahat.

11.  Memang terdapat risiko dalam memberi maklumat. Akan tetapi, terdapat juga risiko dalam menutup, dalam membantu dan dalam bersubahat. Anda berada di tengah-tengah antara syaitan dan keadaan terdesak.

12.  Anda harus membuat keputusan sekarang atau menyesal selama-lamanya.  

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 14hb. Julai 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...