Skip to main content
Malaysia

1.   Saya pernah merasa gembira apabila ditanya mengenai Malaysia ketika saya berada di luar negara. Kini, tidak lagi.


2.   Orang luar dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara bertanya, "Apakah sedang berlaku di Malaysia?.

3.   "Ia seperti salah sebuah negara Afrika atau negara Arab".

4.   "Penuh dengan rasuah. Nilai matawang telah susut". Dan lain-lain.

5.   Saya tidak dapat jawab secara jujur. Saya tidak boleh menipu juga. Memalukan. Ini semua kerana 1MDB dan Najib.

6.   Saya mula rasa ada yang tidak kena dengan 1MDB apabila The Edge menyiarkan bahawa 1MDB telah membeli loji penjana kuasa melebihi harga pasaran dan wang pinjaman digunakan untuk membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%.

7.   Saya memunggu Kerajaan menafikan apa yang disiarkan oleh The Edge adalah betul. Kerajaan tidak berbuat demikian. Maka, saya tahu ada yang benar-benar tidak kena.

8.   Seterusnya, muncul cerita mengenai Usahasama dengan Petrosaudi. Sungguh pantas. Ternyata, usaha yang sewajarnya tidak dilakukan. Malah, 1MDB membayar ASD 1 bilion (3.8 bilion Ringgit) bagi 40% sahamnya.

9.   Seterusnya, 1MDB membayar ASD 700 juta kepada Petro Saudi International untuk melangsaikan hutang yang diambil oleh Petro-Saudi. Kenapakah 1MDB harus bayar. Syarikat Usahasama yang harus bayar.

10.  Akan tetapi, dalam masa 6 bulan Usahasama ini ditubuhkan, ia telah dimansuhkan. Jika usaha yang sewajarnya telah dilakukan, Usahasama ini tidak perlu ditubuhkan. Ternyata, ini bukan cadangan yang berdaya maju.

11.  Wang sebanyak ASD 1.7 bilion harus dipulangkan semula kepada 1MDB. Tetapi Tidak! Ia telah ditukarkan sebagai pinjaman (Murabahah) kepada Petrosaudi. Ini benar-benar pelik. Jika tidak dapat bekerja dengan Petrosaudi sebagai rakan Usahasama, mana mungkin diberikan pinjaman yang besar jumlahnya.

12.  Seterusnya, wang tersebut seolah-olah telah hilang. Sebelum ini, dilaporkan wang itu disimpan dalam bank di Hong Kong dan di Seychelles, dijadikan pelaburan dan lain-lain serta berada di Kepulauan Caymans.

13.  Rakyat Malaysia yang prihatin menuntut supaya wang tersebut dibawa balik ke Malaysia. Satu pengumuman dibuat bahawa sebahagian daripada wang tersebut telah dibawa balik ke Malaysia tetapi telah digunakan untuk membayar hutang dan perbelanjaan lain. Malaysia mahukan lebih banyak maklumat terutama sekali apabila faedah sebanyak 2 bilion Ringgit dikenakan ke atas pinjaman tidak dapat dibayar. 1MDB tidak mempunyai wang. Jadi, di manakah wang dari Caymans. Kenapa Ananda Krishnan menawar untuk memberi 2 bilion untuk membayar faedah. Kerajaan pula terpaksa menyediakan jaminan pinjaman sebanyak RM900 juta.

14.  Keadaan menjadi semakin teruk. Seterusnya, 1MDB mengumumkan baki wang dari Kepulauan Caymans telah diterima dalam bentuk tunai. Arul, KPE, mendakwa telah melihat wang itu. PM kata wang itu disimpan di Bank Singapura. Wang tersebut tidak dapat dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menanyakan banyak soalan.

15.  Ini seperti pengakuan bahawa ada yang tidak kena dengan wang tersebut.

16.  Akan tetapi, Singapura adalah pusat kewangan. Maka mereka amat berhati-hati dan akan menyiasat wang yang dibawa masuk dan disimpan dalam negara mereka, terutama sekali, jika jumlahnya amat besar sehingga mencecah bilion.

17.  Monetary Authority of Singapore telah mengumumkan tiada sebarang wang milik 1MDB Malaysia dibawa masuk ke negara mereka. Bank Swiss yang dinamakan sebagai bank yang menyimpan wang tersebut telah menafikan 1MDB menyimpan wang di bank mereka.

18.  Jadi, di manakah wang berbilion Ringgit atau berbilion Dolar yang didakwa oleh 1MDB telah dibawa balik dari Caymans. Arul Kandasamy secara terbuka mendakwa telah melihat wang tersebut.

19.  Kini, PM mengisytiharkan ia bukan wang. Ia ialah unit. Nama bank unit itu disimpan tidak disebut.

20.  Unit apakah ini. Sudah tentu ia bukan Dana Unit Amanah. Tiada sebarang penjelasan diberikan. Lagi sekali, berbilion dolar telah hilang.

21.  Seterusnya, Majalah Wall Street melaporkan bahawa Dato Sri Najib mempunyai ASD 700 juta dalam akuannya di Bank Arab Malaysian di Kuala Lumpur. Ia berjumlah sebanyak 2.6 bilion Ringgit. Bagaimanakah wang sebegini besar jumlahnya boleh masuk ke dalam Akaun Peribadi Najib. Dari manakah datangnya wang ini!! Bagaimana PM Malaysia yang menerima gaji sebanyak RM20,000 sebulan mempunyai wang begitu banyak dalam akaun peribadinya?

22.  Tidak dapat menafikan laporan dalam Majalah Wall Street yang turut menyiarkan no akaun dan lain-lain maklumat, Najib mendakwa wang itu ialah wang derma.

23.  Siapakah yang sanggup menderma ASD 700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia? Obama pun tidak dapat mengumpul wang sebegini banyak untuk pilihanraya Presiden. Dikatakan, orang Arab yang mendermanya.

24.  Orang Arab memang pemurah tetapi tidak pemurah sampai begitu sekali. Saya tidak mendapat derma satu dolar pun daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau untuk Pusat Islam Oxford. Dakwaan bahawa orang Arab yang menderma berbilion Ringgit, seperti kata orang, adalah mengarut. Sudah tentu, saya tidak percaya dan begitu juga majoriti rakyat Malaysia, jika kita baca komen-komen di media sosial. Seluruh dunia ketawakan Malaysia.

25.  Apabila ditanya, PM kata tunggu untuk laporan mengenai 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

26.  Dalam mesyuarat tertutup, PM memberitahu kepada ketua-ketua bahagian UMNO dan rakan-rakan bahawa wang itu bertujuan untuk kegunaan pilihanraya.

27.  Tidak masuk akal wang sebanyak 2 bilion Ringgit digunakan untuk tujuan pilihanraya. Saya perlukan kurang daripada 10 juta Ringgit untuk setiap satu lima pilihanraya yang saya ketuai dan saya menang dengan lebih 2/3 majoriti dalam kesemua lima pilihanraya tersebut. Kenapa perlu lebih 2.6 bilion atau 2600 juta Ringgit. Adakah untuk memberi rasuah kepada ahli-ahli politik dan kakitangan awam atau untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya. Ini tidak betul dan salah di sisi undang-undang.

28.  Apa pun, bagi saya lebih 2 bilion Ringgit digunakan untuk tujuan pilihanraya di Malaysia oleh mana-mana parti adalah salah walaupun tidak terdapat had perbelanjaan untuk pilihanraya.

29.  Seterusnya, kehidupan mewah yang tidak pernah dijalani oleh mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang menerima gaji sebanyak RM20,000 sebulan. Majlis pertunangan dan majlis perkahwinan mengalahkan majlis yang pernah diadakan oleh Raja-raja. Beberapa upacara diadakan di Malaysia dan di Kazakhstan. Para tetamu dilimpahkan dengan hadiah oleh tuan rumah. Jelas sekali, jutaan, puluhan jutaan Ringgit dibelanjakan melangkaui kemampuan seorang Perdana Menteri Malaysia.

30.  Seterusnya, pelaburan ratusan jutaan Ringgit oleh anak lelaki untuk menghasilkan filem berjudul "The Wolf of Wall Street". Filem ini penuh dengan unsur lucah sehingga tidak sesuai ditayangkan di Malaysia. Dari manakah punca wang ini!

31.  Membeli-belah di London, Paris dan lain-lain tempat menelan jumlah wang yang amat besar.

32.  Jelas sekali menunjukkan PM dan isterinya mempunyai wang lebih banyak daripada gaji dan elaun yang dibayar kepada PM.

33.  Akaun peribadi Najib yang mempunyai 2.6 Ringgit telah ditutup setelah Majalah Wall Street melaporkan mengenainya. Anda tidak boleh menyimpan kesemua wang yang telah dikeluarkan. Wang itu harus dipindahkan. Jelas sekali, wang itu dipindahkan ke sebuah bank di Singapura. Pihak berkuasa Singapura telah membekukan wang ini.

34.  Keriuhan rakyat Malaysia sungguh kuat mengenai keberasalan wang di akaun Najib sehingga dibentuk satu pasukan petugas yang dianggotai oleh empat orang ketua institusi Kerajaan. Peguam Negara mengetuai pasukan petugas ini dan ahli-ahlinya ialah KPN, Gabenor Bank Negara dan Ketua SPRM, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia.

35.  Najib amat tidak senang dengan siasatan yang dijalankan oleh pasukan petugas ini. Ahli-ahlinya amat bebas. Najib tidak dapat kawal mereka. Pasukan petugas ini amat bersungguh-sungguh mencari kebenaran mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun Najib. Dakwaaan Najib ia ialah wang derma tidak menyakinkan.

36.  Seterusnya, Najib mengambil keputusan untuk mengambil tindakan untuk menghentikan kesemua penyiasatan mengenai 1MDB dan mengenai akaun peribadinya.

37.  Mula-mula sekali, beliau membuat pengumuman bahawa semua orang harus berhenti bercakap mengenai 1MDB. Ia bukan sekadar petunjuk tetapi kenyataan terbuka bahawa cakap-cakap seperti ini umpama merendah-rendahkan demokrasi dan cubaan untuk mengguling ketua negara yang dipilih. Kenyataan ini akan menarik perhatian pihak polis dan penyiasatan.

38.  Sejurus selepas itu, Peguam Negara dipecat. Sistem perundangan di Malaysia memberi hak kepada Peguam Negara untuk menentukan sesebuah kes boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak. Peguam Negara yang mengetuai pasukan petugas ini berada di kedudukan untuk membawa perkara ini ke mahkamah jika terdapat bukti berlakunya jenayah dalam pemilikan bilion Ringgit dalam akaun Najib.

39.  Penyingkiran Peguam Negara bermaksud beliau kini tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenai kekayaan di luar kemampuan Najib. Hakim mahkamah yang dilantik sebagai Peguam Negara dan jelas sekali beliau tidak berminat mengenai pasukan petugas dan penyiasatan mereka. Beliau kelihatan lebih berminat untuk membersihkan Najib.

40.  Seterusnya, TPM dipecat dan digantikan dengan Menteri Dalam Negeri. Beliau tidak seperti Muhyiddin dan beliau tidak menyoal Najib mengenai 1MDB.

41.  Dalam rombakan kabinet, empat anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara termasuk pengerusinya dilantik menjadi Timbalan Menteri. Secara efektif, PAC telah dilumpuhkan dan kerja-kerja penyiasatan terhadap 1MDB terhenti.

42.  Seterusnya, ketua SPRM dan penolong ketua SPRM, salah seorang anggota pasukan petugas daripada empat orang diminta pergi bercuti. Apabila ada pihak dari pekerja SPRM meneruskan penyiasatan mereka dan ingin menyoal Najib mengenai sumber wang dalam akaunnya, mereka diganggu oleh polis yang menuduh mereka membocorkan maklumat. Seterusnya, mereka dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Perpindahan ini telah menutup mulut mereka.

43.  Gabenor Bank Negara, salah seorang daripada empat orang anggota pasukan petugas dikhabarkan akan disiasat atas tuduhan rasuah.

44.  PAC dan Pasukan Petugas telah dilumpuhkan dan Peguam Negara telah dipecat, kerja-kerja penyiasatan mengenai 1MDB dan mengenai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib telah terhenti.

45.  Kini, Najib selamat daripada tuduhan mengumpul dana secara haram. Dakwaan beliau bahawa wang tersebut akan digunakan untuk pilihanraya akan datang hanya separuh benar. Beliau selalu berkata wang tunai ialah raja. Dengan dana yang sebegitu besar boleh digunakan, beliau berada dalam kedudukan mampu memberi rasuah untuk kemenangan beliau. Beliau mungkin akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan penipuan dalam pilihanraya.

46.  Apa yang Najib sedang lakukan tidak pernah berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Prospek Najib akan terus memerintah negara ini benar-benar menyedihkan. Malaysia, di mana parti pembangkang boleh memenangi sebuah negeri tidak akan berlaku lagi.

47.  Demokrasi telah mati. Ia telah mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menggunakan institusi Kerajaan sebagai alat untuk mengekalkan kedudukan beliau. Tiada lagi demokrasi. Bercakap mengenai 1MDB tidak akan melemahkan sesuatu yang tidak lagi wujud. Jika pihak polis ingin menyoal sesiapa, orang itu ialah Najib. 

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 10hb. Ogos 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is