Thursday, 20 August 2015

UNDANG-UNDANG DI TERBALIK

1.   Terdapat percubaan yang dilakukan secara terang-terangan oleh Najib dan para penyokongnya untuk menjadikan perkara tidak sah kepada sah dan sebaliknya.

2.   Maka, perbuatan Najib menghentikan penyiasatan terhadap 1MDB dan pemilikan wang sebanyak RM2.6 bilion oleh beliau dibuat seolah-olah sah dan betul sementara para penyiasat yang melakukan tugas mereka menurut undang-undang negara dituduh melakukan tugas mereka di luar bidang kuasa mereka dan ianya tidak sah. Bagi menyokong komen mereka, mereka mencipta terma rujukan untuk pasukan Petugas.

3.   Sebaliknya, beliau dan para penyokong beliau sedang cuba memberi gambaran seolah-olah undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen adalah tidak betul dan menyalahgunakan sistem demokrasi dan percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih adalah salah. Akan tetapi, semua orang tahu bahawa undi tidak percaya adalah sah.

4.   Najib seolah-olah sudah lupa bahawa BN telah menggulingkan Kerajaan Perak yang dipilih dengan mendakwa BN mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. Ia sepatutnya dilakukan menerusi undi tidak percaya tetapi BN tidak pasti sama ada boleh mendapat sokongan majoriti jika Dewan Undangan bersidang. Maka, BN memberntuk Kerajaan sendiri dan dipersembahkan kepada pemerintah walaupun tidak terdapat peruntukan di dalam perlembagaan bahawa pemerintah boleh menyingkirkan Kerajaan yang dipilih.

5.   Undi tidak percaya harus dilakukan sekarang kerana Najib telah membuat ahli parlimen BN terhutang budi kepada beliau dengan memberikan jawatan dalam Kerajaan termasuk mereka yang berjumpa dengan saya dan mengadu mengenai pentadbiran Najib telah mengubah pendirian mereka setelah diberikan jawatan dalam Kerajaan beliau. Salah seorang daripada mereka yang pernah mendakwa mempunyai bukti dokumen mengenai salah laku Najib menyokong beliau setelah dilantik menjadi menteri.

6.   Ahli-ahli parlimen BN juga telah berubah dan menunjukkan ketamakan mereka setelah diadakan mesyuarat tertutup yang singkat. Kini, Sharir mendakwa adalah tidak salah untuk menerima wang daripada Presiden. Ini benar-benar tidak betul. Kesemua derma yang pernah diterima dahulu dimasukkan ke dalam dana parit yang dioperasi oleh pemegang amanah. Menyokong Presiden hanya dalam beliau melaksanakan polisi parti. Bukannya menyokong beliau sahaja. Beliau telah mengaku secara terbuka bahawa mereka harus menyokong beliau kerana telah menerima wang daripada beliau. Ini adalah rasuah. Adakah Presiden sedang memberi rasuah kepada pemimpin UMNO untuk mendapatkan sokongan mereka? Inilah sedang beliau lakukan. Beliau telah merosakkan UMNO dan sesiapa yang menerima wang daripada beliau turut menyokong amalan rasuah dalam parti. Najib telah menjadikan UMNO, parti membawa kemerdekaan ke Malaysia sebagai parti busuk dan rosak. Rakyat merasa jijik dengan UMNO.

7.   Kini, wakil-wakil BN yang berkemungkinan menyokong undi tidak percaya dinamakan secara umum untuk menakut-nakutkan mereka.Mereka dituduh bekerjasama dengan pembangkang. Ini adalah satu amaran kepada ahli-ahli BN yang lain agar tidak menyokong undi tidak percaya. Mungkin sudah tiba keperluan untuk membawa ahli-ahli Parlimen bercuti ke Taiwan sekali lagi.

8.   Pihak pembangkang masih mahu Najib terus memimpin BN kerana ini akan memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Akan tetapi, prospek mempunyai PM yang menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan dan terbalikkan undang-undang tidak lagi dapat diterima oleh pihak pembangkang. Jadi, khabar angin mengenai usul undi tidak percaya mungkin betul.

9.   Tetapi, daripada laporan-laporan dan komen-komen di media altenatif menunjukkan pembangkang dan kebanyakan rakyat Malaysia benar-benar risau dan marah akan perbuatan Najib yang menyalahguna kuasa. Beliau tidak dapat melakukan penipuan dalam pilihanraya bagi memastikan kemenangan.

10.  Tetapi pembangkang tidak mempunyai bilangan yang cukup. Jika diambil kira ahli UMNO yang meminta Najib meletak jawatan memang ramai malah mahukan Najib disingkir. Mereka tidak percaya penjelasan mengarut mengenai kehilangan wang 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. Ahli-ahli Parlimen boleh mengundi undi tidak percaya bersama-sama dengan pembangkang.

11.  Sudah tentu ahli-ahli Parlimen BN tidak akan melakukannya. Mereka tidak mahu memainkan peranan utama dalam menjatuhkan Kerajaan BN. Jika pihak pembangkang benar-benar ingin menyingkir Najib, mereka boleh berbuat demikian setelah Najib meletak jawatan tetapi Kerajaan BN masih kekal dipimpin oleh pemimpin lain.

12.  Pihak pembangkang harus mencari satu formula yang membolehkan BN tanpa Najib membentuk kerajaan jika mereka memerlukan sokongan ahli-ahli parlimen BN. Dalam Kerajaan BN terdahulu, pihak pembangkang dapat memenangi kerusi di Parlimen dan berjaya mengalahkan BN dalam banyak Negeri. Kehilangan rasa hormat oleh Najib terhadap undang-undang dan perlembagaan dan kesanggupan beliau membeli ahli-ahli politik dan kakitangan awam bermakna berakhirnya Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Ini bermakna tiada pembangkang seperti mana para pembangkang dalam UMNO telah dibuang keluar.


Sumber : Blog Chedet

Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 20hb Ogos 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

No comments:

Post a Comment