Skip to main content
DERMA SEBANYAK RM2.6 BILION

1.   Dato' Sri Najib dan penyokong beliau harus berhenti daripada percubaan beliau untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya ialah wang derma.

2.   Tiada sesiapa pun percaya atau boleh percaya wang yang berjumlah besar ini boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato' Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja untuk sebarang alasan.

3.   Penjelasan bahawa wang itu didermakan kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State adalah mengarut kerana Islamic State menunjukkan tahap keganasan mereka pada tahun 2014 sedangkan wang derma ini masuk pada tahun 2013 atau sebelumnya.

4.   Juga, alasan ia adalah kerana kesederhanaan Malaysia dalam amalan agama Islam adalah mengarut kerana Malaysia tidak pernah melampau dalam mengamalkan agama Islam.

5.   Kenapa 700 juta Dolar? Memang, ia adalah jumlah wang yang amat besar untuk digunakan untuk pilihanraya Malaysia kecuali jika ia digunakan untuk memberi rasuah kepada para pengundi. Kenapakah ada orang mahu memberi rasuah kepada rakyat Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia sememangnya menyokong BN tanpa perlu diberi rasuah dengan jumlah wang yang besar oleh sesiapa, lebih-lebih lagi oleh orang asing.

6.   TPM baharu berkata beliau telah menemui orang Arab yang memberikan wang tersebut. Jadi, benarkan beliau memberikan bukti bahawa orang Arab ini mempunyai wang yang amat banyak untuk diberikan ke Malaysia dan ke lain-lain negara. Negara mana. Dari manakah punca wang ini. Perniagaan apakah yang beliau jalankan. Apakah nama bank yang beliau gunakan. Tunjukkan akaun bank beliau di bank, cek yang beliau keluarkan, terutama sekali untuk wang berjumlah ASD 700 juta ini. Bank penerima cek ini pasti memegang cek ini.

7.   Kesemua maklumat ini dapat disahkan oleh pasukan petugas seramai empat anggota. Akan tetapi, Najib telah memansuhkan pasukan petugas ini dengan memecat Peguam Negara, meminta ketua SPRM pergi bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

8.   Kini, SPRM berkata masih sedang menyiasat 2.6 bilion. Ini bertujuan untuk melemahkan SPRM. Jika Najib serius mengenai penyiasatan mengenai 2.6 bilion Ringgit miliknya di Ambank, beliau seharusnya menyusun semula pasukan petugas yang lama. Pasukan petugas baharu ini dipenuhi dengan orangnya yang tidak mempunyai kredibiliti.

9.   Bank harus mengekalkan rahsia perbankan. Akan tetapi, bank juga harus melaporkan pengubahan wang haram yang disyaki. Bank Malaysia, bank Singapura, bank Amerika tidak seharusnya merahsiakan perniagaan mereka dengan wang yang disyaki ialah wang curi. Apakah yang telah mereka lakukan?

10.  Apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, objektifnya adalah untuk menjadikan wang tersebut wang sah, untuk mengubahnya, tetapi wang tersebut telah hilang dari Ambank kerana akuan miliknya telah tutup.

11.  Apabila akuan ditutup, ini tidak bermakna wang dengan jumlah besar telah dikeluarkan dalam bentuk tunai. Ia harus dipindahkan ke bank lain, tetapi kita tidak dengar mana-mana bank, bank di mana-mana negara melaporkan wang itu ada pada bank mereka. Dilaporkan dua buah akaun dibekukan di Singapura. Itu sajakah. Seharusnya, pemegang akaun ini disiasat, tetapi, sehingga kini tidak kedengaran sebarang penyiasatan mengenai hal ini. Adakah pihak bank menyimpan wang ini. Jika tiada laporan dibuat kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, sudah tentu wang ini telah diubah.

12.  Jika begitu, kenapakah pihak bank perlu meneliti wang yang berjumlah besar dimasukkan ke dalam akaun di bank mereka. Adalah lebih baik jika mereka tidak meneliti jika melibatkan jumlah wang yang besar yang disyaki dan kontroversi ini akan kekal dengan mereka sahaja.

13.  Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kerana mereka tidak mempercayai bahawa 2.6 bilion Ringgit adalah hadiah peribadi yang diberikan kepada PM Malaysia untuk memenangi pilihanraya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon untuk jawatan tertinggi negara dicalonkan oleh negara lain. Apakah tanggungjawab kepada penyokongnya. Adakah beliau akan berkhidmat kepada rakyat Malaysia atau kepada negara asing.

14.  Berhenti daripada berfikir rakyat Malaysia bodoh.
     
Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 26hb. Ogos 2015
Link : chedet.cc/?p=1843
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is