Skip to main content
NAJIB

1.   Saya telah bekerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2.   Sekarang, saya mahu beliau disingkirkan daripada menjadi Perdana Menteri.

3.   Ini bukan bersifat peribadi.

4.   Ini kerana beliau telah gagal sebagai Perdana Menteri.

5.   Sejak mula lagi, saya perasan kesalahan yang beliau lakukan.

6.   Kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kita mampu memimpin sendiri negara kita dan berjaya melakukannya selama beberapa dekad sebelum Najib.

7.   Akan tetapi, Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8.   Najib telah melantik ramai perunding luar untuk menasihati beliau cara-cara mentadbir negara.

9.   Kos melantik perunding luar mencecah berbilion Ringgit tetapi nasihat mereka ini tidak sesuai untuk negara kita. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai politik, ekonomi dan sensitiviti rakyat Malaysia. Akibatnya, pembangunan negara telah menurun dan berlaku pertelagahan kaum.

10.  Kerajaan Najib menjadi semakin tidak popular. Walaupun diberikan jumlah wang yang banyak, rakyat Malaysia tetap menolaknya dalam pilihanraya tahun 2013.Prestasi beliau lebih teruk daripada Abdullah yang juga ditolak oleh rakyat. Kaum Cina telah menolaknya bulat-bulat walaupun beliau mengisytiharkan beliau adalah saudara mereka.

11.  Beliau menimbulkan kemarahan pekerja awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan bukan kerajaan Pemandu dibayar dengan gaji tinggi, lebih tinggi daripada Skim Gaji Kerajaan. Mereka berasa sungguh marah sehingga beberapa kakitangan awam menyertai pembangkang setelah bersara dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12.  Pertumbuhan ekonomi jatuh lebih teruk dari Filipina dan Indonesia.

13.  Matawang semakin susut dan harga saham jatuh teruk menimbulkan masalah kepada perniagaan, para pengimpot dan para pengeksport. Kos sara hidup meningkat tinggi setelah GST dikenakan.

14.  Kemudian timbul skandal 1MDB. Satu dana yang tidak perlu diwujudkan dengan pinjaman tinggi. Kerajaan memberikan satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit. Ia membayar faedah tinggi sebanyak 5.9% dan memberi komisen sebanyak 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam sebegini banyak atau membayar kadar faedah sebegini tinggi.

15.  1MDB membeli loji kuasa elektrik dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli hutang syarikat loji. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB mengalami kerugian teruk sehingga tidak mampu membayar faedah pinjaman.

16.  1MDB telah membeli tanah Kerajaan dengan harga 60 Ringgit satu kaki persegi ketika harga sebenar melebihi RM3000 kps. Menilai semula tanah dengan 50 kali ganda, ia mendakwa mempunyai aset melebihi hutangnya.Ini seperti menjual Approved Permit yang diperoleh secara percuma daripada Kerajaan.

17.  Kemudian, 1MDB mengadakan perniagaan meragukan dengan Petro Saudi sebagai rakan kongsi JV. Ia membayar ASD 1 bilion untuk 40% sahamnya. Enam bulan kemudian, JV ini dibubarkan tetapi ASD 1 bilion bersama-sama dengan  ASD 700 juta ditukarkan sebagai pinjaman kepada Petro Saudi. Kini, wang ini telah hilang.

18.  Aset-aset yang masih dimiliki oleh 1MDB ialah lojikuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 bilion daripada 42 bilion Ringgit tidak dikesan atau dikira.

19.  Tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai ASD 700 juta (berjumlah RM2.6 bilion pada masa itu) dalam akuan peribadinya di Bank Arab Malaysian.

20.  Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO mempunyai wang sebegini besar. Selalunya, derma kepada UMNO diterima dan dimasukkan ke dalam bank oleh Bendahari UMNO. Kesemua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21.  Dalam sejarah UMNO tidak pernah UMNO mempunyai wang tunai lebih daripada RM250 juta. Aset-aset UMNO adalah dalam bentuk saham-saham, tanah dan bangunan-bangunan. Presiden tertakluk kepada kewajipan untuk menyerahkan kepada bendahari untuk dimasukkan ke dalam bank. Presiden tidak pernah memegang wang UMNO atau memegang wang yang didermakan kepada UMNO untuk pilihanraya di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dioperasi oleh Presiden.

22.  Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup mewah mereka. Ternyata, jutaan Ringgit telah dihabiskan untu majlis pertunangan dan beberapa majlis perkahwinan yang diadakan di Malaysia dan di Kazakhstan. Anak tiri Najib menghabiskan ratusan jutaan dolar untuk membeli hartanah di London, di New York dan di California. Dia juga membiayai penghasilan sebuah filem Hollywood bertajuk "The Wolf of Wall Street" dengan menggunakan lebih daripada ASD 100 juta.

23.   Najib sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai jutaan dolar untuk tujuan ini. Satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PPM bahawa wang untuk pembelian hartanah luar negara dan pembuatan filem adalah daripada wang diwarisi. Sukar untuk mempercayai bahawa Tun Razak atau Haji Noah atau ayah Rosmah mempunyai dan meninggalkan ratusan jutaan Ringgit. Mereka ini tidak dikenali sebagai jutawan. Adik-beradik Najib menyangkal dakwaan ini.

24.  Jadi, dari manakah datang wang ini? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Mengarut. Tiada sesiapa yang sanggup memberikan sejumlah wang sebegini besar. Malah, Najib sendiri tidak dapat membuktikan orang Arab yang memberikan wang tersebut.

25.  Dan, sebuah pasukan petugas yang merangkumi Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab Malaysian.

26.  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Dewan Rakyat turut menyiasat apakah yang berlaku kepada 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27.  Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan alasan beliau sedang sakit. Peguam Negara menafikannya. Tiada sijil sakit dikeluarkan oleh Najib untuk menyokong dakwaannya.

28.  Pada masa sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara mendiamkan diri. Kemudian, beliau menyatakan beliau takut akan ditahan.

29.  Dua daripada kakitangan Kerajaan dan PAC dilantik sebagai timbalan menteri dan dua orang lagi diberikan jawatan lain. Mereka tidak dapat meneruskan tugas mereka sebagai ahli PAC. PAC tanpa Pengerusi dan penyiasatan terhadap 1MDB telah terhenti.

30.  Dua ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ditahan, dibebas dan dipindah ke Pejabat Perdana Menteri. Setelah aduan dibuat, mereka ditukarkan semula ke Suruhanjaya.

31.  Penolong Ketua Cawangan Khas ditukar. Beliau telah mengeluarkan kenyataan keras mengenai penukarannya.

32.  Sesiapa yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun Najib atau membuat laporan mengenainya akan ditangkap, paspot mereka dirampas dan diugut oleh polis dengan soal siasat. Ini seolah-olah sebarang persoalan mengenai 1MDB dan 2.6 bilion milik Najb adalah perbuatan merendahkan 

demokrasi dan ingin menjatuhkan Kerajaan yang dipilih. Mengikut undang-undang baru yang bertujuan untuk menghalang pengganas, sesiapa sahaja boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa bicara. Bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion milik Najib adalah seperti perbuatan pengganas. Najib terlupa bahawa beliau juga terbabit dalam penyingkiran orang sebelumnya yang juga dipilih secara demokrasi.

33.  Muncul pula satu kejutan besar. Al-Jazeera menyiarkan kisah pembunuhan gadis Mongolia bernama Altantuya. Jelas kelihatan daripada kisah tersebut Najib ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut.

34.  Ramai rakyat Malaysia enggan mempercayainya tetapi rakyat di seluruh dunia mempercayai kisah ini. Ia telah menjadi skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Ke mana sahaja rakyat Malaysia pergi akan ditanya, "Apakah sudah terjadi pada Malaysia."

35.  1MDB, 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altatuya telah mencemarkan nama baik Malaysia. Tidak pernah Malaysia dipandang rendah sebegini rupa. Rakyat Malaysia tidak pernah malu dengan negara mereka sendiri.

36.  Najib bayar supaya diadakan demonstrasi jalanan menyokongnya. Demonstrasi untuk penyingkiran beliau dijadikan tidak sah.

37.  Najib harus berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk matawang dan ekonomi pulih kembali. Rakyat Malaysia harus mendesak Najib disingkirkan. Meminta untuk penyingkiran adalah mengikut lunas demokrasi. Tindakan beliau menahan sesiapa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan yang meminta beliau disingkirkan adalah tidak demokratik dan menyalahi undang-undang negara ini. 

38.  Saya menyeru kepada rakyat Malaysia agar meminta Najib membenarkan penyiasatan terhadapnya diteruskan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib harus membenarkan proses undang-undang berfungsi. Jika didapati bersalah beliau telah melakukan perkara yang melanggar undang-undang, beliau harus diminta meletak jawatan,

39.  Hanya dengan penyingkiran beliau daripada terus menjadi Perdana Menteri Malaysia ekonomi negara akan pulih semula, Ringgit akan pulih semula dan kos sara hidup akan menurun. Hanya dengan penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri tinggi.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com




Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is