Undang-undang baru sedang digubal untuk pengguna dron
TERBANG TINGGI : Kegilaan terbaharu - dron - mengundang pelbagai pendapat. Ada yang berpendapat objek terbang tanpa pemandu ini boleh mengundang ancaman serius kepada orang awam, para pengguna pula menyatakan ia hanyalah bertujuan untuk permainan dan keseronokan. Golongan profesional kesihatan yakin teknologi baharu ini mampu memecah kekangan dalam dunia perubatan. Bagaimana pun, semua pihak bersetuju ketiadaan peraturan dan undnag-undang merupakan masalah serius.
Peminat dron rekreasi ini akan dikawal selia menerusi undang-undang yang sedang digubal oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Penolong Pengarah Kanan DCA, sektor pengurusan trafik udara, Mior Adli Moir Sallehuddin, bagaimanapun berkata, draf undang-undang yang akan meliputi kesemua pengguna Unmanned Aircraft System (UAS) belum dimuktamadkan.
"Buat masa ini, terdapat peraturan dan undang-undang bagi pengguna UAS mengikut Aeronautical Information Circular (AIC) 4/2008.
"Tetapi undang-undang tersebut tidak spesifik bagi pengguna yang menggunakan UAS untuk tujuan rekreasi.
Ramai pengguna tidak memahami peraturan dan implikasi menerbangkan UAS mereka dan tidak menyedari terdapatnya penalti.
"Selepas ini, DCA akan mengedarkan sendiri risalah dan akan mengadakan roadshow untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keselamatan peraturan dan undang-undang untuk menerbangkan UAS."
Mengikut AIC, seseorang yang membeli pengangkutan terbang tanpa pemandu ini diharuskan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa jika ingin menggunakannya di tempat awam.
Pesawat yang dikawal oleh alat kawalan jauh ini yang mempunyai keberatan lebih daripada 20kg diharuskan menjalani proses sijil kelayakan terbang.
Pada masa sekarang, penggemar dron tidak dibenarkan menerbangkan dron melebihi ketinggian 122m dan tidak dibenarkan beroperasi dron di tempat sesak atau di zon udara yang dihadkan.
Jika gagal mematuhi undang-undang akan didenda sehingga RM50,000 atau dihukum penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali. Syarikat pula boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM100,000.
Malaysia mempunyai pengguna dron terbanyak di Asia iaitu sebanyak 40,000 dron. Pengasas bersama Drone Malaysia, Hamdi Hamdan berkata 80 peratus pengguna dron adalah penggemar manakala 20 peratus adalah pengguna dron komersil.
"Kita juga pengimpot dron terbesar jika dibandingkan dengan Singapura, Indonesia dan Thailand dan komuniti dron di Malaysia sedang berkembang pesat. Ada kedai yang menjual sebanyak 7,000 dron di Jalan Chow Kit dalam seminggu."
Harga dron bermula daripada RM70 kepada RM500,000.
"Memang mengejutkan apabila industri ini sedang berkembang pesat sedangkan garis panduan untuk menerbangkan dron masih lemah.
"Kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak DCA mengenai perkara ini dan mendapati undang-undang yang sedia ada hanya untuk dron bersaiz besar.
"Pengguna dron seperti kami merasa takut kalau-kalau terjadi perkara yang tidak diingini dan kerajaan akan mengadakan larangan penggunaan dron bagi kegunaan peribadi."
Sumber : New Straits Times
Tarikh : 6hb September 2015
Ditulis oleh : Audrey Vijaindren
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment