Skip to main content
SABOTAJ

1.   Saya keliru dengan kenyataan Peguam Negara bahawa Dato Seri Khairuddin dan Matthias Chang didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan negara.

2.   Saya merasakan bahawa laporan yang dibuat oleh mereka kepada berkuasa di UK, di Switzerland, di Hong Kong, di mana berlakunya transaksi berkenaan merupakan asas tuduhan sabotaj ini yang jika didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

3.   Tetapi, surat khabar luar negara telah lama menerbitkan tipu helah mengenai pelaburan oleh 1MDB, lama sebelum Khairuddin membuat laporan. Laporan-laporan ini bukanlah laporan biasa tetapi penerangan teliti mengenai apa dan siapa yang terlibat. Mereka melaporkan apa yang diketahui seluruh dunia.

4.   Kenapakah laporan-laporan surat khabar ini tidak ditangkis oleh 1MDB atau Kementerian Kewangan sedangkan mereka telah mewujudkan bayangan mengenai penyalahgunaan kewangan dan sistem perbankan Malaysia boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan terhadap politik, ekonomi dan kewangan Malaysia?

5.   Tetapi, jika tiada 1MDB dan tiada 42 bilion Ringgit dipinjam, tidak akan ada laporan luar negara dan laporan polis. Mungkinkah laporan oleh surat khabar akan dianggap sebagai sabotaj?

6.   1MDB mungkin akan menjual tanah yang dibeli dengan harga 60 Ringgit k.p.s. daripada Kerajaan dengan 5000%, lebih dariapda harga belian dan membayar balik hutangnya. Akan tetapi, fakta adalah jika 1MDB tiddak ditubuhkan maka sejumlah besar wang tidak akan hilang. Bagi sebab ini, 1MDB dan orang yang bertanggungjawab harus didakwa untuk penyalahgunaan sistem perbankan dan sistem kewangan dan tidak terkecuali pembayaran semula hutang. Para penubuh 1MDB dan para pengurusnya adalah orang yang bertanggungjawab mensabotaj negara ini yang sebelum ini mempunyai rekod baik dalam sistem pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik. Mereka inilah yang sepatutnya didakwa di mahkamah kerana mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan Malaysia. Najib yang menubuhkan 1MDB, meminjam 42 bilion Ringgit serta melaburkan wang tersebut dan akhirnya menghilangkannya maka Najib juga harus didakwa dengan tuduhan sabotaj.

7.   Atau, semua pihak, daripada awal penubuhan 1MDB sehingga ke pinjaman, kepada wartawan surat khabar dan laporan polis harus didakwa dengan tuduhan mensabotaj sistem kewangan dan sistem perbankan Malaysia.


Sumber : Blog Chedet

Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 2hb November 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...