Skip to main content
SEMUA DALAM KEADAAN BAIK

1.   Surat khabar pada hari Rabu (4 November 2015) melaporkan bahawa kita tidak menghadapi krisis kewangan dan kita tidak menuju ke arah krisis kewangan.

2.   Lapan orang yang brpengaruh termasuk PM memberitahu kepada kita bahawa semua dalam keadaan baik.

3.   Baik, jika semua dalam keadaan baik, kenapakah perlu menahan individu kerana mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan negara? Jika mereka mensabotaj, sudah tentu perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan baik, ia akan menjadi disfungsi.

4.   Tetapi, adakah semuanya dalam keadaan baik. Tidak mungkin. Sistem perbankan dan sistem kewangan mungkin dalam keadaan baik tetapi terdapat petunjuk lain yang menunjukkan ekonomi negara tidak berada dalam keadaan baik. 

5.   Ringgit Malaysia jatuh, 1 Ringgit ke 4.30 untuk ASD 1. Ini adalah nilai kejatuhan yang teruk dan berkemungkinan akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam ASD.

6.   Pasaran saham jatuh dengan kerugian besar dalam pasaran kapitalis. Dan, sekali lagi, ini tidak baik untuk ekonomi negara.

7.   Perkembangan ekonomi ketinggalan jauh dibandingkan dengan negara Indonesia dan negara Filipina. Ini tidak normal kerana kita pernah tinggalkan mereka jauh ke belakang.

8.   Semua orang merungut mengenai peningkatan kos sara hidup - kadar tol naik, harga beras naik, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji untuk pekerja, pengangguran dalam kalangan graduan dll. Semuanya naik dan mengurangkan kuasa membeli semua orang.

9.   Terdapat kehilangan keyakinan terhadap Kerajaan yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, ketidakupayaan membayar kembali hutang, kehilangan wang, wang tunai dalam akaun peribadi PM , kemudian wang tersebut pula hilang, tidak dapat menerangkan mengenai wang sebanyak ASD 100 juta, hadiah berbentuk kewangan dalam belanjawan 2016, khazanah negara semakin kurang, penggunaan dana EPF dan KWAP yang meragukan, FDI yang rendah dll.

10.  Maka, semuanya tidak baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Tidak mungkin ini tanggungjawab seseorang yang tidak penting!!.Ia mestilah tanggungjawab seseorang yang mengurus ekonomi negara, mengurus pentadbiran negara, seseorang yang mempunyai kuasa dan pengaruh di mana ucapan serta perbuatannya boleh menjejaskan ekonomi negara.

11.  Dalam kebanyakan negara, pemimpin mereka akan meletak jawatan apabila mereka gagal, apabila polisi mereka gagal, apabila usaha-usaha pemulihan yang dijalankan gagal. Mereka juga akan meletak jawatan apabila malapetaka melanda negara mereka seperti yang berlaku di Australia dan di Romania. Sudah tentu, mereka akan meletak jawatan apabila keputusan pilihanraya teruk.

12.  Tetapi, ini tidak berlaku di Malaysia. Cari alasan lain. Cari kambing hitam. Salahkan iklim atau apa saja.

13.  Kesian Malaysia. Tidak ada rasa hormat. Tidak ada akuantabiliti. Tidak ada rasa bangga. Hanya ada pemeliharaan diri.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 6hb. November 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...