SENI KAHERAH YANG KIAN PUPUS
Pembuat khemah Kaherah sedang manghadapi kepupusan warisan yang berusia 400 tahun.
Kegembiraan telah tiba dan menghapuskan kesedihan
Pembuat khemah Kaherah sedang manghadapi kepupusan warisan yang berusia 400 tahun.
Lihat kembali
Kamu telah melihat hasil kerja yang cantik
Lihatlah, bukti di hadapan kamu
Di Mesir, seni yang terhebat dari segala seni
Kisah ini akan mengambil
Masa yang sangat panjang untuk diterangkan
Puisi daripada hamparan dinding khayamiya bertarikh 1899
Pada musim panas tahun 2012, Dr Sam Bowker dari Universiti Charles Sturt di Australia sedang menyediakan nota kesenian Eropah yang mengisahkan mengenai pelukis yang bernama Henri Matisse untuk para pelajarnya apabila beliau menemui lukisan milik pelukis tersebut yang bertajuk Interior With Egyptian Curtain (1948). Sebuah lukisan yang dilukis oleh Henri Matisse dan pensyarah dari Down Under merupakan dua dunia yang sangat berbeza dengan dunia pembuatan khemah Mesir. Bagaimanapun, latar belakang lukisan tersebut dengan jelas memasukkan corak khayamiya dan ini berdasarkan kepada tekstil yang dibeli oleh Matisse pada tahun 1920-an. Malah, teknik tampal hias buatan tangan dan komposisi khayamiya ini merupakan tulang belakang pepotong Matisse yang terkenal. Penemuan ini telah menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri Dr Bowker yang kemudian mendorong beliau membuat kajian mendalam.
Pada masa sama, beliau sedang membaca buku yang ditulis oleh Dr Heba Barakat yang bertajuk Beyond Boundaries dan rencana mengenai Egyptian Appliques ditulis oleh Blair Gagnon daripada jurnal Uncoverings. Kedua-dua tulisan ini adalah mengenai kesenian khayamiya. Ini mendorong pencarian secara meluas ke seluruh dunia bagi mencari khayamiya yang unik. Hasil kerja khayamiya yang unik ini dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Pameran ini menunjukkan panel khemah yang unik, tersergam dan bersejarah adalah daripada Koleksi Bowker yang bertaraf dunia dan kerjasama antara IAMM dan tetamu diundang, Dr. Sam Bowker.
APAKAH ITU KHAYAMIYA?
"Seni khayamiya adalah cara pembuatan khemah Mesir, satu teknik, satu pendekatan reka bentuk dan kini satu warisan yang terancam," kata Bowker, seorang pejuang seni yang sedang mengalami kepupusan.
Dahulu, khemah merupakan struktur buatan manusia yang amat penting di negara-negara bergurun. Khemah memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain serta memberikan perlindungan selesa. Khemah juga memberikan keselesaan kepada setiap lapisan masyarakat daripada orang kebanyakan hingga ke golongan diraja. Khemah didirikan mengikut keperluan golongan tertentu seperti raja-raja, para pedagang, tentera, Badwi nomad apabila mereka mengembara di kawasan bukit kecil.
Kini, khayamiya yang bersaiz besar amat besar boleh ditemui di seluruh dunia. Ia milik pengembara yang kaya dari era dahulu yang ingin membawa balik kenangan Mesir, buah tangan dari dunia lain. Bowker dapat mengesan khayamiya tertua berada di Alaska, di Malaysia dan di Hawaii yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik.
Bagi menghasilkan khayamiya, kain kapas berwarna terang digunakan. Ia kemudiannya dipotong, dilipat dan dijahit dengan tangan di kanvas yang bersaiz besar untuk mendirikan khemah yang menarik dan tekstil hamparan panel. Khayamiya ini digunakan dalam upacara penting dan berwarna-warni Mesir daripada perkahwinan hingga ke majlis jalanan termasuk upacara keagamaan dan upacara kerajaan.
Khayamiya masih dihasilkan di jalan bersejarah yang bernama Street Of The Tentmakers di Kaherah, Mesir. Menurut Bowker, terdapat kira-kira 80 pembuat khemah dan Osta merupakan pembuat khemah termahir sehingga beliau mencapai satu status yang dihormati.
EMPAT ERA
Terdapat empat era Khayamiya yang diketahui. Era Uthmaniyah atau pra-Khedival merujuk kepada khemah Empayar Uthman. Menurut Bowker, khayamiya era ini merupakan era khemah istana yang hebat serta agung dan dipenuhi dengan keindahan yang menakjubkan dan berdrama. Setelah mencapai kejayaan besar dalam kempen mereka yang bermula dengan kerajaan Byzantine pada kurun ke 13, kempen Uthman ditumpukan kepada Eropah Timur dan Eropah Tengah. Kuasa-kuasa besar Eropah mula bergabung untuk menentang Kerajaan Uthman pada kurun ke-16, namun, pada tahun 1683, Empayar Uthman mencapai tahap tertinggi. Tentera Uthman mengepung Vienna selama beberapa bulan dan hampir melumpuhkan kegiatan kehidupan seharian bandar tersebut sehingga penduduk Vienna mengalami kebuluran dan kemiskinan.
Bagaimanapun, apabila bantuan ke Vienna tiba dari Holy League menyebabkan tentera Uthman terpaksa meleraikan kepungan mereka dan melarikan diri. Mereka telah meninggalkan khemah hebat mereka dan khemah ini dipamerkan di muzium di serata dunia. Lukisan yang memaparkan peperangan Uthman ini sering kali ditunjukkan dalam khemah berhias bersaiz besar mereka.
Era kedua adalah era Khedival romantik dari tahun 1867 hingga ke sebelum Perang Dunia I. Khayamiya dari era ini banyak memaparkan sajak dalam bentuk restu, peribahasa dan lirik lagu. Contoh sesuai khayamiya dari era ini ialah Tent Room di Doddington Hall, Lincolnshire, United Kingdom.
Setelah perang berakhir, tiba pula era yang dinamakan oleh Bowker sebagai Era Pelancongan. Pasaran baru ini muncul apabila tentera, jururawat, wartawan dan penulis mula membanjiri Mesir. Khayamiya bersaiz kecil dihasilkan untuk para pelancong yang menunjukkan rekaan Ancient Egyptian yang terbaik.
Hari ini, Khayamiya Kontemporari amat dipengaruhi oleh prinsip rekaan Islam dan sintesis Khedival dan Pelancong dari segi saiz dan warna. Maka, skala serta permintaan tinggi mendorong khayamiya asli dan aura Osta semakin meningkat.
Pada tahun 2011, apabila Osta Mohammed Dendon mendapati beliau sedang sakit, beliau menghasilkan satu kaligraf khayamiya yang mengumpulkan 99 nama Allah. Ia adalah hasil daripada rasa cinta dan rasa warak beliau malah Osta sendiri melakukan kesemua kerja-kerja pembuatan khayamiya ini sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 2014. Hasil kerja beliau ini dipamerkan di pameran IAMM pada bahagian dinding terakhir yang didedikasi kepada satu-satunya hasil kerja ini. Ia adalah satu contoh kehebatan corak kontemporari.
The Rhode Island Panel satu lagi kaligraf khayamiya dari akhir zaman Khevidal iaitu sekitar tahun 1900-1920. Terdapat dialog daripada 1001 Malam iaitu kisah mengenai anak perempuan Wazir
Kegembiraan telah tiba dan menghapuskan kesedihan
Untuk kita bersama dan mengecewakan mereka
yang mencemburui kita
Kemudian angin segar menyepoi
Menyedarkan hati, semangat dan jasad
Dan kegembiraan teman sejati dirasai
Merentasi horizon, menyatakan berita gembira kita
Satu bentuk baharu kontemporari yang mengisahkan kehidupan burung. Walaupun ia tidak dipamerkan di IAMM, bukti keunikan khayamiya, kesenian lama Mesir ini dengan baru dan terang serta berkebolehan mengisahkan kecantikan objek yang boleh bergerak ini.
Bagaimanapun, terdapat bahaya yang mengancam kewujudan keunikan seni Mesir ini. Khayamiya tiruan lagi murah dihasilkan di kilang dalam kuantiti besar menjadi ancaman besar terhadap teknik tampal hias buatan tangan yang merupakan khayamiya asli. Inilah ancaman terhadap masa depan pembuat khemah Kaherah yang memaksa kesemua tutup kedai kecuali mereka yang terkenal serta berjiwa kental.
MEMELIHARA SENI
Walaupun Bowker hanya memulakan kajian mengenai sejarah khayamiya ini pada tahun 2012, seni khayamiya ini bukan sesuatu yang asing kepada beliau. Ibu Bowker amat gemar membuat kuilt. Sepuluh tahun lalu ketika beliau tinggal di Mesir, beliau cuba mencari teman pembuat kuilt, beliau menemui pembuat khemah disebabkan oleh persamaan dalam cara pembuatan kuilt. Hari ini, beliau lebih dikenali sebagai Umm el-Khayamiya (Ibu Pembuat Khemah) di sepanjang The Street Of The Tentmakers.
Bob dan Jenny ialah penyokong tegar khayamiya. Pada tahun 1970-an , terdapat lebih daripada 300 pembuat khemah di Kaherah tetapi kini hanya tinggal 80 pembuat khemah sahaja.
Hanya beberapa connoisseur yang memperjuangkan kelangsungan khayamiya ini. Mereka ini termasuk kurator yang tinggal di UK, Joan dan John Fisher, pembuat filem Australia Kim Beamish, pemelihara warisan Seif El-Rashidi, Professor James Piscatori dari Universiti Durham, Bonnie Browning, Pengarah Eksekutif Pertunjukan bagi Persatuan Kuilt Amerika dan sudah tentu, Bowker sendiri.
* Muzium Kesenian Islam Malaysia sedang menganjurkan pameran, Khayamiya : Khedival to Contemporary - The Tentmakers Of Cairo sehingga 31 Jan 2016. Antara barangAN pameran ialah Ceremonial Egyptian Tent dari kurun ke-19 yang menunjukkan keunggulan kahayamiya. Pameran ini akan membawa anda menyelusuri perjalanan perubahan khayamiya dari akhir Empayar Uthamaniyah hingga ke hari ini.
Sumber : New Straits Times -- 25 Oktober 2015
Ditulis oleh : ninotaziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment