Skip to main content
TPPA

1.   Pihak Kerajaan tidak peduli akan apa saja cara penentangan dilakukan oleh sesiapa saja di Malaysia atau di luar negara yang meminta agar tidak menandatangani TPPA. Mereka akan meneruskan juga menandatangani perjanjian ini.

2.   Menteri MITI menyakinkan kita bahawa kita boleh membatalkan perjanjian ini pada bila-bila masa.
3.   Benar, kita boleh membatalkan perjanjian ini. Akan tetapi, ia tidak mudah untuk dilakukan dan melibatkan kos yang akan memufliskan kita.

4.   Dalam perjanjian TPPA, pihak syarikat boleh menyaman Kerajaan untuk kehilangan keuntungan termasuk keuntungan masa hadapan jika tindakan Kerajaan menyebabkan kerugian.

5.   Dalam satu kes yang berlaku di sebuah negara di Latin Amerika, pihak Kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberikan kepada sebuah syarikat Amerika. Pihak syarikat Amerika menyaman Kerajaan di atas kehilangan keuntungan termasuk keuntungan masa hadapan yang berjumlah beberapa bilion AS Dolar.

6.   Keputusan untuk menarik diri daripada TPPA akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan kehilangan keuntungan masa hadapan oleh syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

7.   Penarikan diri akan melibatkan pelbagai syarikat dan melibatkan kerugian berjumlah berbilion ringgit. Kita tidak boleh mengharapkan simpati dan sikap ambil berat mengenai apa yang akan berlaku pada ekonomi dan kewangan kita daripada pihak mahkamah. Tiada cara yang boleh digunakan untuk memberi tekanan atau memberi rasuah kepada pihak mahkamah. Kita terpaksa membayar berbilion ringgit.

8.   Jadi, tolong jangan bercakap mengenai menarik diri daripada perjanjian yang mengawal perdagangan dan pelaburan yang dipanggil TPPA. Ia tidak mempromosi perdagangan bebas. Ia didedikasi untuk perlaksanaan perdagangan.

9.   Harus ingat bahawa kita tidak pernah menandatangani perjanjian seumpama ini apabila kita menjadi negara perdagangan ke17 terbesar di dunia. Kita bebas melindungi negara kita dan mengadakan polisi yang berguna untuk rakyat Malaysia. Pada masa itu, kita berkembang pesat. Kita berdagang dengan sesiapa sahaja yang kita suka.

10.  Saya boleh menyatakan banyak lagi perkara tidak elok mengenai TPPA tetapi Kerajaan tidak peduli. Kerajaan akan melakukan apa yang ia kehendaki. Jangan soal kenapa. Anda tahu apa jawapannya apabila menyoal Kerajaan.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 31hb Disember 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com  

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is