Skip to main content
PEMECATAN DAN PENGGANTIAN

1.   Baru-baru ini The Malaysian Insider melaporkan bahawa menurut satu sumber, Ketua SPRM, Abu Kassim mungkin akan diganti.

2.   Abu Kassim mempunyai masalah kesihatan tetapi beliau sendiri menyatakan beliau berharap untuk bersara di usia 60 tahun, usia bersara wajib. Sudah tentu, beliau tidak fikir kesihatan beliau akan memaksa beliau untuk bersara lebih awal

3.   Kerajaan mempunyai prosedur tertentu bagi kakitangan tidak sihat yang ingin bersara sebelum mencapai usia bersara. Satu Lembaga Perubatan akan ditubuhkan untuk meneliti tahap kesihatan kakitangan yang ingin bersara awal.

4.   Lembaga tersebut akan mengeluarkan laporan kesihatan mengenai tahap kesihatan dan mengesahkan kakitangan tersebut tidak sihat untuk bekerja.
5.   Jika pelantikan pegawai Kerajaan dibuat berdaarkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong, maka sijil kesihatan harus dipersembahkan kepada Agong utnuk Baginda besetuju dengan cadangan persaraan beliau dan untuk tandatangan Baginda.

6.   Terdapat keraguan sama ada dalam kes bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, prosedur ini diikut. Apabila beliau bersara, PM berkata ia kerana tahap kesihatan beliau. Gani sendiri menafikan laporan ini walaupun beliau mengalami masalah buah pinggang. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang mampu bekerja untuk jangka masa panjang. Ini bukan penyebab untuk bersara awal.

7.   Dan kini, Gani dilaporkan sudah memulakan karier beliau sebagai peguam. Ternyata, beliau sesuai untuk bekerja.

8.   Persoalan, adakah ketua SPRM akan turut disuruh bersara awal atas sebab kesihatan? Diketahui SPRM telah menyerahkan laporannya kepada PN. PN menyatakan bahawa beliau akan bertindak tanpa pilih kasih tatapi beliau perlukan masa untuk mengkaji laporan tersebut. Berapa lama? Atau adakah PN akan menentukan sama ada terdapat kes untuk para hakim menghakim atau beliau sendiri akan menjadi hakim dan menolak kes tersebut seperti yang telah beliau lakukan terhadap laporan Bank Negara.

9.   Tahap kepercayaan terhadap Kerajaan dan institusi Kerajaan telah merudum. Terdapat banyak sebab keruduman ini. Hanya dengan menyatakan semua dalam keadaan baik tidak akan memulihkan keadaan. Tindakan dilihat daripada perkataan.

10.  Tindakan memecat Tan Sri Abu Kassim akan hanya menyakinkan rakyat bahawa segala perkara negatif yang dikatakan mengenai Kerajaan adalah benar. Dan, ia wujud untuk menghalang peraturan undang-undang dilaksanakan terhadap kepimpinan negara.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 15hb. Januari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is