Skip to main content
KE MANAKAH KAMU HENDAK PERGI MALAYSIA

1.   Di Malaysia, Peguam Negara memutuskan sama ada undang-undang telah dilanggar atau tidak. Sebenarnya, keputusan itu adalah penghakiman. Peguam Negara ialah hakim juga pendakwa. Ini sudah menjadi ketidak adilan. 

2.   Saya mengaku saya tidak merasa terkejut apabila Peguam Negara memutuskan bahawa laporan yang kemukakan oleh SPRM tidak menunjukkan Perdana Menteri telah melakukan sebarang perlakuan jenayah apabila 2.6 bilion Ringgit berada yang di dalam akaun peribadinya atau terdapat tambahan sebanyak 42 juta Ringgit juga berada dalam akaun peribadinya. Saya telah nyatakan bahawa ini yang akan diputuskan oleh beliau.

3.   Hanya mempunyai wang sebanyak ini di dalam akaun Perdana Menteri sudah menjadi kesalahan walaupun ia bukan perlakuan jenayah. Akan tetapi, sekarang P.N. mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah hadiah daripada orang Saudi.

4.   Kelihatan terdapat sepucuk surat daripada orang Saudi yang menyatakan bahawa wang berjumlah AS681 juta atau RM2.08 bilion adalah derma di atas usaha Perdana Menteri menentang pengganas Islam. Siapakah orang Arab ini, bagaimanakah beliau mampu mempunyai wang sebegini banyak untuk diberikan, apakah perniagaan beliau, apakah nama bank beliau, bagaimanakah wang ini dipindahkan, dokumen apa yang boleh membuktikan ini. Hanya sepucuk surat daripada seseorang yang telah meninggal dunia atau tiada mempunyai entiti sudah cukup untuk Peguam Negara.

5.   Kemudian beliau meneruskan lagi dengan menyatakan bahawa baki wang berjumlah AS 620 bilion atau RM2.03 bilion telah dipulangkan semula kepada beliau. Bagaimanakah atau bilakah ini berlaku? Kita diberitahu bahawa baki wang tersebut telah dibekukan oleh Singapura. Bolehkah Singapura menjelaskan proses mengeluarkan dan dihantar semula kepada orang Saudi? Atau adakah Singapura turut mempercaya cerita hadiah percuma, surat dan pengakuan oleh orang Saudi.

6.   Singapura ialah pusat kewangan. Adakah ia begitu mudah untuk ditipu?

7.   Seterusnya, P.N. mengakhiri dengan menyatakan bahawa tidak terdapat kes untuk dijawab oleh Najib. Beliau juga mengarahkan SPRM menutup kes ini dan menghentikan penyiasatan.

8.   Seingat saya SPRM nerupakan badan bebas. Kini, ia kelihatan seolah-olah ia berada di bawah P.N. dan menerima arahan daripada beliau, Patutlah Malaysia berada antara sepuluh negara paling banyak rasuah di dunia. Agensi Pencegahan Rasuah tidak bebas.

9.   Saya berkata benar apabila saya meramalkan bahawa P.N. akan menolak laporan oleh SPRM seperti mana yang beliau lakukan dengan laporan oleh Bank Negara.

10.  Ramai orang sudah mengetahui kandungan kedua-dua laporan tersebut, Akan tetapi, mereka turut melihat apa yang akan berlaku apabila seseorang membuat laporan polis. Dan, mereka merasa takut.

11.  Saya juga merasa takut. Kini, undang-undang dan peraturan di Malaysia tidak lagi melindungi rakyat. OSA, misalnya, digunakan untuk melindungi laporan daripada sampai kepada orang ramai. Sebaliknya, orang ramai kini terdedah terhadap penyalahgunaan OSA dengan kemungkinan akan dipenjarakan. Malah, ISA pun tidak menakutkan orang ramai sebegini.

12.  Ke manakah kamu hendak pergi Malaysia.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 27hb. Januari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...