Skip to main content
MEMALUKAN MALAYSIA

1.   Tidak lama dahulu Malaysia dipuji kerana berjaya membangun daripada negara dunia ketiga yang mundur kepada negara perindustrian. Tiada siapa meragui perancangan kita ingin menjadi negara maju pada 2020 akan tercapai.

2.   Akan tetapi, kini apabila kita berkunjung ke luar negara, kita akan ditanya, "Hei, apa yang telah berlaku pada negara kamu." Ada mengatakan mengenai 1MDB dan kerajaan yang penuh rasuah telah merugikan berbilion dolar. Ramai memberi komen mengenai kehidupan mewah Perdana Menteri.

3.   Mereka menanyakan soalan-soalan ini kerana surat khabar luar negara yang berpengaruh menyiarkan berita mengenai 1MDB, mengenai Perdana Menteri telah mengumpul berbilion dolar, mengenai jumlah wang yang banyak terdapat di dalam akaun peribadinya, mengenai kehidupan mewahnya. Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia terdahulu mengadakan perkahwinnan mewah yang telah beliau adakan untuk anak perempuannya.

4.   Walaupun rakyat Malaysia hanya membaca perkara baik mengenai Najib dalan surat khabar tempatan tetapi media alternatif secara terus terang menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Najib dan para pengampu yang melindungi beliau. Apabila Wall Street Journal melaporkan PM mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya di AmBank, seluruh dunia ketawa dengan dakwaan Najib bahawa ia adalah derma daripada orang Arab.

5.   Tersiar berita mengenai pembelian kapal selam daripada syarikat Perancis. Kini, ia telah menjadi kes mahkamah Perancis. Razak Baginda, rakan karib Najib dan syarikat yang dimiliki beliau telah dinamakan dalam kes mahkamah.

6.   Razak tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang pembelian bagi pihak Kerajan tetapi Najib sebagai Menteri Pertahanan mempunyai kuasa. Apapun, jika Razak atau syarikat miliknya menerima wang daripada syarikat pembuat kapal selam maka dia harus hadir di mahkamah Perancis.

7.   Sudah tentu, Peguam Negara Malaysia tidak akan mendakwa Razak kerana ia mungkin akan melibatkan nama Najib. P.N. bukan hanya menolak laporan malah menyembunyikan laporan daripada Bank Negara dan SPRM.

8.   Perkara seumpama ini dan banyak lagi telah memburukkna nama Malaysia. Nama Najib lebih buruk. Sememangnya, rakyat Malaysia merasa malu dan peranan Perdana Menteri dalam skandal ini. 

9.   Bagi membersihkan nama Malaysia dan namanya, Najib harus membuktikan beliau tidak bersalah, Kenyataan P.N. menyatakan Najib tidak bersalah tidak memberi sebarang makna. P.N. tidak mempunyai kredibiliti.

10.  Najib harus meletak jawatan jika gagal berbuat demikian bersama-sama dengan semua pihak yang melindungi dan menyalah gunakan kuasa mereka untuk menyelamatkan Najib.

11.  Malaysia harus bebas daripada Perdana Menteri yang mempunyai reputasi buruk jika Malaysia ingin mengembalikan reputasi baiknya.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 5hb Febuari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...