PROTON
1. Baru-baru ini, saya telah merasmikan pembuatan enjin baharu untuk Proton. Bukan selalu syarikat pengeluar automotif menghasilkan sebuah enjin baharu. Enjin Proton Compro berusia lebih dari 10 tahun dan tidak lagi sesuai digunakan. Jadi penghasilan enjin baharu untuk Proton amat menerujakan.
2. Akan tetapi, para wartawan tidak memahami kepentingan acara ini. Negara kita pernah mengeksport kereta Proton ke UK dalam jumlah besar tetapi dengan pengenalan standard pengeluaran asap kenderaan dan efisien minyak, kita tidak berupaya menjual kenderaan di UK. Perkembangan terbaharu pembuatan enjin baharu Proton oleh jurutera kita bekerjasama dengan RICARDO dari UK membolehkan memenuhi syarat baharu di UK dan Eropah. Kami harap dapat kembali mengeksport kenderaan ke negara-negara ini.
3. Secara kebetulan, enjin ini hanya dapat digunakan setelah melalui ujian ketat termasuk dipandu sejauh lima kilometer. Enjin ini dapat dipasang dalam kenderaan Proton pada akhir tahun 2017. Setelah itu, akan ada lebih banyak ujian untuk setiap model. Menghasilkan sebuah kenderaan mengambil banyak masa.
4. Syarikat pengeluar Proton menyedari persepsi negatif mengenai kenderaannya dalam pasaran Malaysia terutamanya dalam kalangan pemilik kenderaan import. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah pendirian mereka. Mereka tidak mempunyai kebanggaan dengan kenderaan buatan Malaysia.
5. Kenderaan yang dihasilakan sekarang berbeza dengan kenderaan yang dihasilkan dahulu. Ia telah melalui banyak penambahbaikan dan terdapat lebih banyak ciri daripada kenderaan dalam kategori sama. Malah, kenderaan Proton yang lebih murah mempunyai ciri yang terdapat dalam kenderaan mahal.
6. Model Proton Iriz 1.6 automatik mempunyai enam bag udara, pintu boleh dibuka selepas cubaan kedua, kenderaan tidak berundur ke belakang apabila menekan brek ketika berada di cerun dll.
7. Produk baharu harus digunakan dahulu untuk mengetahui kemampuannya, begitu juga dengan kenderaan baharu Proton. Anda harus memandunya dahulu untuk mengetahui kapasititnya. Saya memandu Iriz dan Suprima S dan percayalah, saya amat selesa memandunya, terutamanya Iriz, ia mempunyai steering kuasa tinggi dan sangat ringan. Ia bertindak balas pantas dengan pemecut.
8. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia boleh jadikan kenderaan Proton sabagai pandu uji. Beritahu kami pangalaman anda dan kemukakan kritikan. Kami perlu maklum balas anda untuk terus menambahbaik.
9. Saya bukan jurutera walaupun saya tahu serba sedikit mengenai kejuruteraan. Percayalah, bukan mudah untuk mereka, membuat, menguji dan menghasilkan kenderaan. Jika anda pernah membuat susun suai gambar, anda pasti memahami masalah yang dihadapi oleh para jurutera dan para pekerja di bahagian pemasangan semasa merka melakukan kerja-kerja pemasangan.
10. Terdapat 4000 bahagian untuk direka, untuk ditentukur, untuk dibuat dan untuk dipasang. Negara kita merupakan satu-satunya negara sedang membangun di dunia yang mampu melakukan kesemua tugas ini. Saya fikir, para pekerja dan para jurutera kita perlu diuji tahap mereka jika tidak mahu memberi sokongan.
11. Kita bukan penyebab harga kenderaan meningkat. Sebarang sokongan yang kami terima daripada Kerajaan juga diberikan kepada syarikat lain kerana menggunakan barangan tempatan. Kami menggunakan hampir 90% barangan tempatan dan memberi duti eksais rendah. Sejak ditubuhkan, Proton telah membayar cukai lebih daripada 24 bilion Ringgit dan memperoleh 14 bilion dalam bentuk potongan cukai eksais dan bukannya memperoleh dalam bentuk wang tunai. Ya, kami menerima sebahagian peruntukan untuk kajian dan pembangunan yang dijanjikan.
12. Cukai kenderaan yang menyebabkan harga kenderaan meningkat tetapi Kerajaan harus mengenakan cukai terhadap pemandu kereta kerana Kerajaan harus menyediakan kemudahan jalan raya dan lain-lain kemudahan infrastruktur.
13. Perlu diingat, apabila anda membeli kereta buatan luar negara, wang akan mengalir keluar dari negara untuk meningkat ekonomi negara mereka dan pekerja mereka.
14. Apabila anda membeli kereta buatan tempatan, wang akan berada dalam negara, pekerja memperoleh pendapatan, peniaga, agen dan pekerja boleh berniaga dan ekonomi negara terus berkembang. Beribu-ribu keluarga dapat menjalani kehidupan yang baik.
15. Andaikan, semua industri tempatan telah ditutup, hanya yang berkemampuan boleh membeli barangan import. Kita akan kembali menjadi negara dunia ketiga yang gagal.
16. Malaysia ialah negara perdagangan iaitu kita mengeksport dan kita mengimport. Jika import melebihi eksport negara kita tidak akan berkembang. Kesemua negara yang mengeksport kenderaan mereka ke Malaysia melindungi pasaran mereka supaya Proton tidak dapat menembusi pasaran negara mereka.
Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 9hb Febuari 2016
Link : chedet.cc/?p=1989
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment