Skip to main content
TUN MUSA

1.   Sahabat karib saya, rakan sekerja, bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyalahkan saya di atas kegagalan mencapai Wawasan 2020. Ini kerana saya gagal membentuk pengganti saya.

2.   Kegagalan pertama saya ialah Tun Musa Hitam sendiri. Beliau tidak dapat menunggu saya bersara. Jadi beliau meletak jawatan setelah 5 tahun bersama saya sebagai Timbalan saya. Di dalam Kerajaan, penyokong beliau dikenali sebagai Kerajaan MM.

3.   Beliau berkeyakinan Majlis Tertinggi UMNO akan menjatuhkan saya dan melantik beliau sebagai Presiden. MT mengambil keputusan untuk memujuk beliau untuk kembali sebagai TPM dan Timbalan Presiden. Beliau kembali sebagai Timbalan Presiden.

4.   Dalam pilihanraya seterusnya, beliau memujuk pesaing dan musuh lama beliau, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersaing bagi jawatan Presiden dan menentang saya. Beliau bersedia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden di bawah Tengku Razaleigh tetapi tidak di bawah saya.

5.   Beliau sanggup melakukan demikian walaupun saya telah melupakan niat jahat beliau dan melantik beliau sebagai Duta Khas ke PBB dengan jawatan menteri.

6.   Dalam pertandingan jawatan presiden, (Tan Sri) Syed Hamid Albar, (Tan Sri)  Abdul Kadir Sheikh Fadzir, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan (Tan Sri) Rais Yatim menyebelahi Tengku Razaleigh.

7.   Saya dan Ghafar Baba menang. Kemudian saya lantik mereka yang tidak setia kepada saya sebagai menteri dalam kabinet saya. Salah seorang daripada mereka, Tun Abdullah Badawi dinamakan sebagai pengganti saya sebagai Perdana Menteri. Saya tidak memilih penyokong yang setia dengan saya, saya pilih yang tidak setia dengan saya.

8.   Saya tidak melatih sesiapa untuk menjayakan Wawasan 2020. Saya percaya dengan kepimpinan contoh. Mungkin saya menjadi contoh tidak baik kepada mereka kerana calon yang saya pilih tidak dapat menjayakan Wawasan 2020. Memang salah saya.

9.   Musa, terima kasih banyak kerana mengutarakan punca utama kegagalan Wawasan 2020. Sudah tentu anda tahu mengenai kegagalan pada tahun 1986, lama sebelum Wawasan ini dibentuk. Mungkin sebab ini anda meletak jawatan daripada Kerajaan yang saya terajui. Jadi, tiada siapa boleh menyalahkan anda. Khidmat anda kepada saya dan kepada negara akan tercatat dalam sejarah.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 25hb Februari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...