Skip to main content
RAHSIA KERAJAAN

1.   Peguam Negara mahu hukuman rotan dan penjara dijatuhkan kepada sesiapa yang membocorkan rahsia Kerajaan.

2.   Ini menunjukkan pemikiran primitif beliau dan tidak mengikut ciri keislaman. Al-Quran berkali-kali menegaskan kepentingan keadilan dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang setimpal dengan jenayah. Tidak boleh melampau. Jika anda mengikut ajaran Al-Quran, pesalah harus diadili dengan adil walaupun pesalah itu musuh kita. 

3.   Akan tetapi, saya tidak akan komen mengenai pemikiran primitif beliau. Saya ingin menyoal, adakah Najib yang mempunyai 2.6 Bilion Ringgit dalam akaun peribadinya sedang melakukan tugasnya sebagai Perdana Menteri? Adakah terdapat dalam terma rujukan beliau yang membenarkan beliau menerima dana rahsia dan menyimpannya dalam akaun peribadinya. Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia melakukan seperti ini.

4.   Terdapat prosedur dan peraturan dalam Kerajaan untuk menerima dan menguruskan dana. Najib tidak mengikut peraturan ini malah beliau mengaku wang adalah hadiah peribadi untuk beliau dan bukan untuk Kerajaan. Beliau tidak memaklumkan pihak berkuasa dalam Kerajaan mengenai wang ini. Ini dirahsiakan daripada Kerajaan. Berkemungkinan juga, beliau tidak membayar cukai untuk wang ini. Jelas sekali, memiliki dan menguruskan RM2.6 bilion ini bukan tugas beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

5.   Maka, wang ini bukan rahsia Kerajaan yang boleh diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Laporan daripada Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai salah laku Najib sebagai kakitangan Kerajaan. Salah laku seperti ini harus dilaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sesuai boleh diambil mengikut undang-undang negara ini.

6.   Pihak polis dan pihak berkuasa lain harus bertindak dan menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat. Jika tidak, ini umpama kelalaian dalam menjalankan tugas. Menutup kes adalah jenayah.

7.   Peguam Negara mempunyai hak untuk menentukan sama ada sesebuah kes harus dibawa ke mahkamah atau tidak. Hak itu harus digunakan dengan penilaian seimbang dengan mengambil kira semua elemen dan kebimbangan orang ramai, juga mendengar daripada semua pihak dan ini hanya boleh dilakukan dalam mahkamah undang-undang. Penghakiman daripada Peguam Negara dengan hanya membaca adalah menafikan keadilan, bersikap remeh dan tidak adil terutama sekali apabila laporan itu dibuat oleh institusi yang kredible dan berpengaruh. Apa yang telah dilakukan oleh Peguam Negara telah merosakkan kredibiliti sebuah institusi tadbir urus dan sebahagian daripada sistem kehakiman negara ini.

8.   OSA bukan digunakan untuk merahsiakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Kerajaan. Perbuatan jenayah seumpama ini boleh dihukum mengikut undang-undang. Mereka harus disiasat oleh pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.

9.   Sebaliknya, orang yang melaporkan salah laku oleh Najib telah ditangkap bersama-sama dengan peguamnya, ditahan dan didakwa di mahkamah.

10.  Apabila Peguam Negara menentukan tuduhan terhadap seseorang, undang-undang yang digunakan harus setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Jika tuduhan tidak setimpal dengan jenayah maka hakim boleh menolak kes itu dan Peguam Negara dan undang-undang negara kehilangan kredibilitinya.

11.  Kini, Peguam Negara ingin membuat rayuan terhadap keputusan hakim. Jika Peguam Negara menang, maka institusi akan kehilangan rasa hormat dan ditolak oleh orang ramai.

12.  Jika Peguam Negara ingin mengembalikan semula kredibilitinya, beliau harus menjelaskan mengenai jenayah dilakukan oleh pegawai Kerajaan akan dianggap sebagai rahsia Kerajaan, boleh disembunyi dan dilindungi dalam Akta Rahsia Rasmi atau tidak.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 7hb. Mac 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com 


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is