Skip to main content
NASIHAT NAJIB

"Perhimpunan jalanan bukan caranya. Jangan guna demonstrasi dan kempen tandatangan, desak PM".

1.   Saya berterima kasih kepada PM diatas pelbagai mutiara kata yang diberikan kepada rakyat.

2.   Betul, kita semua harus elak perhimpunan dan kempen tandatangan.

3.   Jadi, apakah harus kita lakukan? Sudah tentu, kita laporkan kepada pihak polis.

4.   Kemudian, pihak polis akan memanggil anda (dan peguam anda) untuk disoal siasat, menahan anda berdua dan mendakwa anda di bawah akta SOSMA (Security Offences Special Measures Act) kerana keganasan.

5.   Mengenai laporan polis yang dibuat oleh anda, PN akan menolaknya kerana beliau bertindak bukan sahaja sebagai pendakwa malah sebagai hakim juga. Beliau boleh mendakwa anda di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan rahsia. Anda akan didapati bersalah dan jika mengikut cara beliau, anda akan dijatuhkan hukuman seumur hidup.

6.   Seingat saya Akta Rahsia Rasmi digunakan untuk menghukum sesiapa yang membocorkan dokumen pentadbiran Kerajaan mengenai polisi, dokumen kabinet dan hal-hal berkaitan mengenai cukai.

7.   Ia bertujuan menghalang dokumen tersebut disalah guna oleh individu, oleh syarikat atau oleh Kerajaan luar negara untuk kelebihan mereka.

8.   Ia bukan bertujuan untuk melindungi rahsia jenayah yang dilakukan oleh para pegawai, para pekerja atau individu. Jenayah seumpama ini harus dilapor atau didedahkan oleh sesiapa sahaja yang mendapat tahu dan diikuti dengan prosiding jenayah.

9.   Akan tetapi, perlakuan PN seolah-olah memikirkan bahawa jenayah yang dilakukan oleh kakitangan Kerajaan adalah rahsia Kerajaan dan tidak harus diketahui oleh orang awam. Sesiapa yang melaporkannya akan dihukum melanggar OSA.

10.  Saya ingin mendengar daripada PN bahawa beliau kategorikan penyelewengan dana Kerajaan adalah rahsia Kerajaan yang harus dilindungi dibawah OSA. Penjelasan mengenai perkara ini penting kerana beliau bertanggungjawab menghantar kes-kes ke mahkamah untuk diadili. Rakyat akan memahami kenapakah beliau menolak laporan yang dibuat oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kenapakah beliau tidak boleh membenarkan kandungan laporan tersebut didedahkan kepada umum. Dan juga, penulis laporan tersebut tidak dibenarkan bercakap mengenai laporannya.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 9hb. April 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is