Skip to main content
KAUM CHULIA DI PULAU PINANG

Potret Tamil Muslim dipetik daripada sekeping fota dan dihasilkan semula dalam surat berita The Societe des Missions Etrangeres de Paris. Ihsan daripada Yeoh Seng Guan


Kaum ini memainkan peranan penting dalam membentuk landskap budaya, ekonomi dan politik kita.

Pada tahun 1970-an dan 8o-an, Clock Tower di Pulau Pinang jelas kelihatan dari dalam feri Butterworth-Penang. Tidak terasa perasaan kegembiraan apabila berkunjung ke pulau ini sebaliknya ia mengingatkan rutin mingguan yang membosankan bagi kebanyakkan kanak-kanak dari utara.

Tempat pertama akan disinggah ialah di salah sebuah bank luar negara di Beach Street kerana tiada bank di tanah semenanjung utara. Kemudian, mungkin akan singgah di pengurup wang atau farmasi. Makan tengahari akan dijamah di restoran Dawood atau di kedai nasi kandar di Queen Street diikuti dengan membeli sari di Market Street.

Jika masih ada wang baki, akan menjadi kemestian untuk singgah di kedai emas di Pitt Street. Setelah itu, menikmati teh tarik yang menyegarkan di salah sebuah kedai kopi sebelum meneruskan aktiviti membeli belah ke kedai runcit di Chulia Street yang menjual minyak sapi QBB, kacang dhal, bawang merah, bawang kecil, lada hitam dan pelbagai rempah-ratus yang diimport dari India.

Walaupun, nama-nama jalan telah berubah namun kebanyakkan perniagaan ini masih wujud hingga ke hari ini. Tidak termasuk bank luar negara, kesemua perniagaan ini mempunyai satu persamaan: Kebanyakkan pemilik perniagaan ini ialah Tamil Muslim ada yang telah tinggal di Chulia Street dan di sekitarnya bergenerasi lamanya.

Akan tetapi, siapakah kaum Chulia ini? Dari manakah mereka berasal? Bagaimanakah mereka menyumbang tenaga mereka di George Town yang unik ini? Persoalan seperti ini yang menimbulkan perasaan ingin tahu Khoo Salma Nasution.


Khoo Salma Nasution (kiri) dan Jasmin Abdul Wahab.


PERDAGANGAN DI MUSIM MONSUN


"Kita melihat orang yang sama tetapi mereka mempunyai nama berbeza daripada nama Tamil Muslims dan Keling kepada Chulia. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Di manakah kesinambungannya? tanya pejuang pemuliharaan warisan yang berusia 53 tahun dengan penuh semangat.

Pada tahun 1989, beliau mula menjelajah Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan bersejarah. Pada ketika itu, beliau masih tinggal di Lebuh Armenian, tidak jauh dari Lebuh Chulia. Timbul perasaan ingin tahu mengenai tapak suci orang Islam dan banglo milik orang India yang tersembunyi di belakang rumah kedai milik orang Cina. Beliau begitu bertekad untuk mengetahui peranan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan ketika musim monsun di Lautan Hindi.
Kesemua isu ini termasuk tugas untuk menulis buku mengenai Masjid Kapitan Keling merupakan titik permulaan perjalanan penemuan Salma. Kajian beliau meliputi dua subjek yang luas dan kompleks: Islam dan India. Hasil kerja ini telah dibabadkan dan diterbitkan dalam buku yang berjudul The Chulia In Penang: Patronage And Place-Making Around The Kapitan Kling Mosque 1786-1957 dan buku ini telah berjaya memenangi anugerah.


Buku ini membawa pembaca menyelami perkembangan kaum Tamil Muslim yang tinggal di bawah pemerintahan Syarikat Hindia Timur dan kemudian di Penempatan Semenanjung seterusnya di British Malaya dan berkembang mengikut keadaan di bawah naungan kolonial.

Muzium Kesenian Islam Malaysia menggunakan buku Salma sebagai asas untuk pameran foto bertajuk The Chulia In Penang bagi mengutarakan perkembangan Tamil Muslim di Pulau Pinang dan di Malaysia secara am.

SEBUAH WARISAN KETARA

Salma menerangkan etimologi perkataan Chulia kepada kami sambil menyusuri bahan pameran. Terdapat kepercayaan lama bahawa orang yang berasal dari Kerajaan Chola di India dikenali sebagai Chulia. Tanah mereka (Cholamandalam) dipanggil sebagai Coromandel Coast oleh orang Eropah.


Yayasan untuk Social Housing Pitt Street Tenements yang terletak di persimpangan Lebuh Pitt dan Lebuh Chulia

Apabila dinasti Chola mengalami zaman kejatuhan, kebanyakan perdagangan mereka di Selat Melaka telah diambil alih oleh pedagang dari Selatan India. Pedagang-pedagang ini ialah Tamil Muslim yang kini dikenali sebagai Chulia. Mereka membawa bersama-sama mereka kain Pelikat, lada dan barangan lain. Mereka menjadi sangat berjaya dan menjelang kurun ke-19, mereka membiayai masjid, tempat suci Sufi (dargah), tanah perkuburan, sebuah tangki air, sekolah, kemudahan dan sebuah ashurkhanah atau dewan perhimpunan untuk mengadakan upacara agama dan perarakan.

Kontigen Boria membawa seekor unta apungan yang ditarik oleh dua ekor lembu ketika Jubli Berlian Permaisuri Victoria pada tahun 1897. Ihsan daripada National Achives of Malaysia



The Kelly Map (1893) yang menggambarkan Masjid Kapitan Keling dan kawasan tanah wakaf. (Ihsan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang).

The Kelly Map of 1893 menunjukkan Masjid Kapitan Keling (ditanda sebagai Musjid di bahagian tepi Lebuh Buckingham dan Lebuh Pitt) dan tanah wakaf di kawasan sekelilingnya. Salma berkata pada zaman kemuncaknya, tanah wakaf kawasan ini berkeluasan 18 ekar (tujuh hektar).

Perbincangan kami menjadi semakin menarik apabila Salma menyatakan beliau cuba membayangkan kehidupan seharian kaum Chulia pada masa itu. "Saya membaca wasiat mereka dan kes mahkamah yang melibatkan mereka, maksud saya, walaupun mereka ini telah berhijrah ke Pulau Pinang tetapi cara pembahagian harta mereka masih mengikut cara pembahagian harta di India. Contohnya, ada keluarga meninggalkan harta kepada anak perempuan mereka kerana orang lelaki sering ke luar negara. Ini membuatkan saya menyedari bahawa sesetengah daripada mereka mengamalkan sistem nasab ibu."

Terdapat sebuah kisah di mana menantu lelaki mengambil keputusan untuk menyaman mentuanya. Ini kerana sebagai hantaran perkahwinan beliau dijanjikan akan menerima sebuah rumah. Malangnya, beliau mendapat tahu mentuanya mengambil keputusan untuk tinggal di dalam rumah tersebut.

Mengikut peredaran masa, kaum Chulia mengahwini wanita Melayu tempatan dan anak-anak mereka dikenali sebagai Jawi Pekan atau Jawi Peranakan. Percampuran dengan Melayu tempatan menyebabkan perkembangan kebudayaan dan pertunjukan kesenian seperti boria dan Bangsawan yang mendapat perhatian hari ini.

Mereka juga menerbitkan kesusasteraan diaspora dan surat khabar bahasa Melayu dan bahasa Tamil yang berkembang sehingga perang dunia pertama. Contohnya ialah surat khabar bernama Janopakari yang diterbitkan di Pulau Pinang dalam bahasa Tamil pada tahun 1914 oleh Mercantile Press dan disunting oleh A. Mohamed Abdul Cader.


Janopakari, surat khabar harian bahasa Tamil yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1914 oleh Mercantile Press di bawah editor A. Mohamed Abdul Cader

PENGARUH POLITIK

"Anda harus lihat ini," kata Salma dan menunjukkan satu imej dalam dokumen yang bertajuk The History Of The All Malaya Muslim Leave Movement.

Salma menerangkan bahawa selain daripada memperkukuhkan identiti Tamil, kaum Chulia turut memulakan sekolah Tamil dan bersepadu dalam memainkan peranan penting dalam pergerakan politik Malaya. Dokumen yang menjadi tanda tanya ialah sebuah rencana yang diterbitkan dalam sebuah jurnal yang bertajuk The Islamic Voice of Malaya ditulis oleh K. Sultan Merican. Beliau berhasrat untuk menubuhkan sebuah persatuan muslim pan-malayan bagi membantu kerajaan pada ketika itu. Berikut ialah petikan tulisan beliau:

"Unity is strength, and let us, whether we be Malays, South Indian Muslims, Malabari Muslims, Punjabi Muslims or Bengali Muslims, pool our resources at this critical stage of world situation, and stand shoulder to shoulder by the Islamic association of Perak and help the Government by our united Muslim effort in return for the blessings and contentment the Government has given us."

Salma berkata rencana yang diterbitkan pada tahun 1946 itu menunjukkan bagaimana kaum Chulia memainkan peranan penting dalam membantu menyatupadukan rakyat untuk bertanding dalam "pilihanraya penempatan dan bandar Pulau Pinang pada tahun 1950-an."

Hari ini, banyak keturunan kaum Chulia ini telah menjadi sebahagian daripada "elit kosmopolitan di Malaysia" dan membentuk beberapa peristiwa dalam negara kita. Sebagai kesimpulan, Salma berpuas hati kerana berjaya mencapai impiannya untuk menulis buku ini. Beliau menyimpulkan: "Saya sedang mencari aspek kemanusiaan. Ia tidak berlaku begitu sahaja. Pasti ada seseorang memperjuangkan nasib dan perkembangan kaum ini."


Sumber : New Straits Times - Plush Heritage
Ditulis oleh : Aneeta Sundararaj
Tarikh ditulis : 20hb Mac 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is