Skip to main content
SAYA DAN MUKHRIZ

1.   Konco-konco Najib sering kali menyatakan tujuan saya ingin menyingkirkan Najib daripada jawatan PM adalah kerana beliau tidak promosi anak saya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Wartawan dari dalam negara dan luar negara menanyakan soalan ini.

2.   Saya tahu apa sahaja penjelasan saya berikan, ia tidak akan menghalang konco-konco Najib mengulangi tuduhan ini untuk mengalih perhatian daripada salah laku Najib.

3.   Jika itu tujuan saya, saya boleh promosi Mukhriz sebagai pemimpin UMNO sewaktu saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetapi saya tidak membenarkan anak-anak lelaki saya bertanding untuk apa-apa jawatan dalam UMNO atau menjadi calon dalam pilihanraya.

4.   Akan tetapi Mikhriz tidak dapat menjadi ahli kerana bahagian Kubang Pasu yang diketuai oleh saya enggan menerima beliau. Ini kerana Ibu Pejabat mengarahkan agar beliau diterima sebagai ahli sebelum saya bersara.

5.   Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen dan menang dan dilantik sebagai Timbalan Menteri.

6.   Pada masa itu, Kedah diperintah oleh Kerajaan PAS kerana UMNO di bawah pimpinan Mahadzir Khalid telah tewas.

7.   Pada pilihanraya tahun 2013, Mukhriz mengambil keputusan untuk bertanding untuk kerusi negeri. Rakyat Kedah percaya jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN mampu menewaskan PAS dan menawan semula Kedah. Najib bersetuju. BN berjaya merampas semula Kedah dalam pilihanraya tahun 2013. Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar.

8.   Apabila skandal 1MDB terbongkar, saya berhenti menyokong Najib, Mukhriz tidak menunjukkan sokongan penuh kepada Najib. Beliau kritikal mengenai penjelasan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.

9.   Najib tidak berjaya mendapatkan sokongan penuh daripada Mukhriz lalu beliau mengadakan rancangan untuk menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

10.  Saya boleh membantu Mukhriz dengan cara mudah iaitu dengan tidak peduli dengan salah laku Najib dan meneruskan sokongan terhadapnya tetapi saya tidak berbuat demikian. Ini kerana saya tidak mengambil berat dengan masa depan Mukhriz, saya lebih mengambil berat memberhentikan Najib memusnahkan negara.

11.  Rakyat Malaysia masih menandatangani deklarasi untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 27hb Mei 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is