Skip to main content
BELANJAWAN 2017

1.   Belanjawan 2017 akan dibentangkan di Parliment pada 21hb Oktober 2016.

2.   Dijangka wang dengan jumlah besar akan diperuntukkan kepada Kementerian dan agensi Kerajaan. Parlimen akan meluluskan belanjawan ini kerana ia dibentangkan oleh parti Kerajaan yang mempunyai majoriti dalam Parlimen.

3.   Tetapi, rakyat tahu bahawa Kerajaan tidak mempunyai wang untuk membentangkan belanjawan ini. Mereka tahu kesemua Kementerian telah dimaklumkan dalam duan tahun kebelakangan ini bahawa tiada wang dan mereka harus membelanjakan kurang daripada sepatutnya.

4.   Belanjawan ini tidak bermakna kerana Kerajaan tahu ia tidak mempunyai wang.

5.   Kenapakah Kerajaan tidak mempunyai wang? Ini kerana wang Kerajaan tidak digunakan wang untuk pentadbiran tulus, tidak digunakan wang untuk pembangunan negara dan rakyatnya.

6.   Wang telah digunakan untuk memenangi kepopularan Perdana Menteri.

7.   Untuk tujuan ini, Perdana Menteri telah mewujudkan pekerjaan kepada mereka yang setia. Terdapat sembilan Menteri, tiga Timbalan Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri.

8.   Kini, terdapat 51 bahagian dalam Pejabat Perdana Menteri. Peruntukkan belanjawan untuk Pejabat Perdana Menteri telah meningkat daripada RM5.2 bilion pada tahun 2000 kepada RM20 bilion pada tahun 2016, empat kali ganda. Ia adalah sebanyak 13 peratus daripada belanjawan 2016 daripada RM267 bilion. Ia kurang daripada empat peratus antara tahun 2000 dan 2008.

9.   Sebahagian besar dana untuk Jabatan Perdana Menteri telah disalurkan ke program tidak diketahui yang turut dikawal oleh PM. Jika kita lihat PM memberi wang kepada organisasi atau individu yang tidak dinamakan di dalam belanjawan, maka, ia berpunca daripada peruntukan ini.

10.  Dalam BR1M, 7 juta orang menerima RM500 setiap seorang. Kini, mereka dijanjikan sebanyak RM1,000 akan ada penambahan lagi pada tahun hadapan.

11.  Pemberian RM500 akan menelan belanja RM3.5 bilion oleh Kerajaan. RM1,000 akan menelan belanja sebanyak RM7 bilion.

12.  Mungkin yang kurang kemampuan mendapat manfaat daripadanya tetapi kebanyakan penerima sebanyak RM500 setahun tidak merasa apa-apa. Lebih baik berikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,

13.   Pemberian upah turut meningkat daripada RM26 bilion kepada RM89 bilion pada tahun 2016. Akan tetapi, pendapatan Kerajaan Persekutuan sedang menurun mengikut kadar KDNK. Ini kerana Kerajaan percaya bahawa pendapatan tinggi penanda adalah penanda tahap pembanguan, gaji dinaikkan tanpa mengambil kira pendapatan atau produktiviti.

14.  Pendapatan per kapita bukanlah kriteria utama untuk tahap pembangunan. Banyak negara pengeluar minyak menpunyai pendapatan per kapita yang sangat tinggi tetapi tidak dianggap sebagai membangun.

15.  Apa yang penting adalah kuasa membeli mengikut pendapatan. Peningkatan kos sara hidup telah menafikan kebaikan pendapatan tinggi. Belanjawan baharu ini besar kemungkinan akan menjadi penyebab peningkatan kos sara hidup. Ia akan menjejaskan kos sara hidup terutamanya jika kadar GST ditingkatkan.

16.  Penurunan nilai Ringgit juga akan menjejaskan kuasa membeli mengikut pendapatan. Kerajaan tidak percaya kepada industri dalam negara yang boleh mendapat kebaikan daripada nilai Ringgit yang murah tetapi menggalakkan import. Ini semua akan meningkatkan kos kerana nilai Ringgit menurun. Lebih banyak dana akan keluar dari negara menyebabkan defisit dalam perdagangan.

17.  Kerajaan telah meningkatkan kadar gaji minimum. Ini akan meningkatkan lagi kos produksi. Bukan sahaja mereka yang mendapat gaji rendah akan mendapat gaji lebih tetapi mereka yang mendapat gaji minimum akan meminta gaji mereka dinaikkan. Kerja lebih masa dan kerja hari cuti juga harus dinaikkan. Semua ini akan meningkatkan kos membuat perniagaan di Malaysia. Banyak syarikat luar negara telah meninggalkan Malaysia yang turut menyumbang pengangguran di Malaysia. 

18.  Ekonomi akan terus merudum dan rakyat akan merana sama. Ramai golongan profesional sedang meningglkan negara untuk mencari pekerjaan di negara lain. Kita akan menjadi seperti negara yang bergantung kepada penghantaran wang dari luar.

19.  Tahap peminjaman Kerajaan telah mencipta rekod. Generasi akan datang terpaksa membayar hutang-hutang ini.

20.  Kesemua ini tidak akan ditunjukkan dalam belanjawan tetapi rakyat akan tahu kerana mereka yang menanggung semua ini.

21.  Inilah belanjawan sebenar 2017.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 19hb Oktober 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is