Skip to main content
KUNJUNGAN NAJIB KE NEGARA CHINA

1.   Presiden MCA sedang cuba menjadikan sebarang kritikan terhadap perjanjian Najib dengan Negara China sebagai isu perkauman. Ini bertujuan mengalihkan perhatian daripada kesan kewangan akibat daripada perjanjian tersebut. Perjanjian tersebut terutama sekali mengenai projek Landasan Perairan Timur akan meningkatkan hutang Kerajaan.

2.   Sama ada pinjaman dengan Negara China atau dengan mana-mana negera lain, rakyat Malaysia harus protes akan pinjaman tinggi oleh Kerajaan kerana akhirnya rakyat serta generasi akan datang yang akan menanggung bebannya.

3.   Pertama sekali, 55 bilion Ringgit untuk membina 600km akan dipinjam dari China. Ini bermakna kontrak akan diberikan kepada kontraktor China. Akan tetapi, Malaysia mempunyai banyak syarikat yang mampu membina landasan elektrik.

4.   Memberikan kontrak kepada syarikat asing bermakna pengaliran keluar wang tunai. Ini tidak sihat untuk mana-mana negara.

5.   Meminjam dari sumber asing turut mengakibatkan pengaliran keluar wang negara apabila pembayaran balik dalam bentuk faedah disebabkan pembayaran hutang sebanyak 55 bilion akan menjadi 90 bilion Ringgit. Jadi, pengaliran wang tunai keluar tinggi untuk jangka masa panjang bagi membayar balik hutang dan bayaran kepada kontraktor asing.

6.   Kemudian, terdapat stok kitaran yang harus dibeli. Tiada pengumuman mengenainya. Akan tetapi, stok kitaran harus diimport. Malaysia tidak boleh mengeluarkannya. Lebih banyak wang akan mengalir keluar.

7.   Kedua, 55 bilion untuk ECR mengatasi jangkaan rakyat Malaysia dan pakar luar, Ia tidak harus lebih daripada 35 bilion Ringgit. Ini bukannya keretapi laju.

8.   Banyak projek keretapi di negara lain telah diambil oleh China dengan kos harga separuh bagi satu kilometer. Kenapakah Malaysia memerlukan 55 bilion Ringgit untuk projek East Coast Railyway Project (ECRP).

9.   Malaysia tahu bahawa 1MDB, dijamin oleh Kerajaan telah meminjam RM42 bilion dan pinjaman ini tidak ditadbir urus dengan baik. Kini ia telah menjadi RM52 bilion.

10. The Government also wants to build a High Speed Railway line between Singapore and Kuala Lumpur. The estimated cost is RM50 billion. Since it is well known that the Government has no money, it will have to borrow the RM50 billion.
11.  Jumlah hutang Kerajaan akan meningkat hampir 200 bilion Ringgit

12.  Pinjaman ini dalam bentuk ASD atau Yuan. Nilai Ringgit sedang susut dengan pantas. Dalam Ringgit hutang akan bertambah menjadi 200 bilion Ringgit disebabkan penyusutan nilai Ringgit.

13.  Malayisa akan menanggung hutang tambahan ini. Jika pembayaran balik dibuat dengan menjual aset kerajaan, sebahagian besar tanah berharga di Malaysia akan dimiliki oleh orang asing.

14.  Peminjam akan mempunyai pengaruh besar, Kita sedang melihat apa yang telah berlaku pada negara Greek. Ia dalam kawalan institusi yang meminjamkan wang ke Greek. Mata wang negara akan merudum teruk.

15.  Apabila matawang jatuh, rakyat negara akan menjadi miskin. Setelah Malaysia berkembang pesat selama 60 tahun, kini Malaysia akan kembali menjadi negara membangun miskin disebabkan tabiat Kerajaan Malaysia suka meminjam.

16. Lupakan Visi 2020. Malaysia akan mengemis untuk bantuan. Dan, negara akan bergantung kepada bantuan dan akan kehilangan kebebasan.

17.  Apabila rakyat Malaysia tidak merasa gembira dengan kunjungan Najib ke Negara China bukan kerana mereka menentang China. Ini kerana mereka mengmabil berat dengan negara ini. Mereka mengambil berat masa sekarang dan masa depan negara ini.

18.  RM3 untuk  1 ASD, 300 juta Ringgit akan memerlukan 100 juta ASD untuk dibayar balik. Kini, dengan 4.5 Ringgit bersamaan 1 ASD, kita memerluka 450 juta untuk membayar balik 100 juta ASD, 50% lebih.

19.  Kenyataan Bank Negara menyatakan pinjaman Kerajaan sebanyak 600 bilion Ringgit. Kini nilai Ringgit telah menyusut sebanyak 50%, pinjaman Kerajaan kini berjumalh 900 bilion Ringgit.

20.  Kita tidak mampu membayar balik hutang kita. Ini tidak bermakna sama ada kepada Negara China atau kepada negara lain. Jika kita gagal membayar balik, kita akan menjadi bankrap.

21. Jadi, Encik Presiden MCA, hentikan  membuat sebarang kritikan mengenai hutang  Najib dari Negara China sebagai isu perkauman untuk mendapat sokongan rakyat Cina Malaysia.

22.  Ini bukan perkauman. Ini adalah nasional. Menyokong pinjaman Najib dan mengalami kerugian sebanyak berbilion Ringgit, kamu sedang memusnahkan ekonomi Malaysia.


Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 16hb November 2016
Link : chedet.cc/?p=2347
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is