Skip to main content
PILIH BEG TANGAN

Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bahkan akan dicemuh oleh rakan lain dan penampilan jadi serba tidak kena. Berikut panduan memilih beg tangan yang sesuai.

KECIL DAN BERKILAT

Beg tangan jenis ini memang sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang menyerlahkan gaya seseorang itu agar nampak anggun dan cantik ketika ke majlis formal.

BADAN SAIZ BESAR

Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas coraknya. Jangan sesekali memilih yang beropol-opol dan terlalu banyak kocek atau hiasan kerana akan membuatkan penampilan kelihatan berserabut serta tidak kemas.

BEG KECIL

Jika anda terlalu gemar menggayakan beg bertali kecil ketika bertugas. Pastikan anda ada beg lain yang lebih besar untuk menyimpan dokumen kerja yang penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit. Ini akan membuatkan anda nampak profesional seterusnya memudahkan anda membawa dokumen ke mana juga.

BADAN SAIZ KECIL

Elakkan memakai beg besar seandainya badan anda bersaiz kecil. Walaupun memang menjadi ikutan anak muda kini memilih beg tangan besar, cuba elakkan hal itu terjadi kepada diri anda tetapi cukuplah sekadar yang mempunyai saiz sederhana. Jika tidak anda mungkin disalah anggap ingin balik kampung dengan beg sebesar itu.

BEG KULIT

Ia sesuai digayakan ketika anda sedang bertugas di pejabat terutama bagi yang menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.

ELAK WARNA TERANG

Cuba elak memakai beg tangan yang mempunyai warna yang terang seperti biru terang, kuning kunyit dan hijau serindit ketika memulakan tugas di pejabat. Pilihlah warna yang semula jadi dan sedap mata memandang.

CHOOSE A HANDBAG

Choosing a suitable handbag for special function can be a headache.

If wrongly chosen, will be ridiculed by friends and spoil our appearance. Below are how to choose a suitable handbag.

SMALL AND SHINING

This type of beg is suitable for formal night function and matches with outfit that brings out the wearers to look elegant and beautiful.

BIG BODY FRAME

Those who are big in size and fat are suitable with medium size and simple design handbag. Don't choose handbag with too many pockets and decoration. This is because it could spoil your appearance.

SMALL BAG

If you love small strip bags when you are working, make sure you have a bigger bag to keep important documents or discussion materials. This will make you look professional and easy to carry.

SMALL BODY FRAME

Avoid using big sized bag if your body is small frame even if its the latest fashion. Try to avoid that by choosing medium sized beg. If not, you'll be giving impression that you are going away for a while.

LEATHER BAG

This bag is suitable for those holding important position in a company or in an corporate world.

AVOID BRIGHT COLORS

Try to avoid bag with bright colors such as bright blue, bright yellow or striking green. Choose natural and pleasant color


Source : Berita Harian

Date :18th January 2017
Email: terataigenius@gmail.com 
**If you require translation service, kindly email details to above email address.
Thank you.

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...