Rancang majlis untuk jimat belanja
Merancang perkahwinan tidak mudah kerana terlalu banyak perlu difikir untuk disediakan demi memenuhi keperluan dan kemahuan mengikut cita rasa pasangan mempelai.
Perbelanjaan untuk majlis perkahwinan memang besar terutama jika semua acara dibuat dengan penuh eksklusif. Rata-rata pasangan kini lebih bersikap terbuka dan memahami keadaan kewangan serta ekonomi cukup membimbangkan ketika ini.
Antara langkah yang diambil adalah merancang perkahwinan dengan kos yang minimum.
Aura membantu pasangan pengantin untuk membuat beberapa senarai semak atau tip yang boleh diguna pakai bagi mengurangkan kos!
1. Tarikh
Elakkan memilih hari minggu. Ia kedengaran agak janggal untuk membuat majlis pada hari biasa tetapi ia berguna untuk anda. Sebagai contoh hari Jumaat.
Elakkan juga memilih bulan yang kebiasaannya menjadi pilihan seperti cuti sekolah pada pertengahan atau akhir tahun. Ini dikhuatiri kos sewa tempat perkahwinan pada musim puncak akan meningkat.
2. Lokasi
Pilih lokasi yang tersedia di hias tanpa anda perlu berbelanja lebih bagi tujuan dekorasi. Sebagai contoh dewan berkaca. Hanya hiasan ringkas diperlukan kerana anda dikelilingi pemandangan luar sama ada seperti bangunan tinggi atau tumbuh-tumbuhan melingkar.
3. Majlis
Banyak pasangan berhabisan untuk makanan mewah, muzik, pengacara majlis, solekan dan pelbagai elemen lagi. Ini semua semata-mata untuk memuaskan hati tetamu. Apa kata raikan tetamu dengan jamuan ikut kemampuan anda, ia juga dapat mengelakkan pembaziran.
4. Manisan atau makanan
Ramai yang gemar menyediakan manisan atau makanan tambahan sebagai tambahan dan juga ia tampak menarik di dalam gambar. Jika membuat tempahan kok mewah yang cantik atau kek cawan ia mahal.
Cari alternatif dengan menyediakan manisan yang tidak terlalu mahal, anda boleh membuatnya sendiri, tempah kuih tradisional atau hanya sediakan dua jenis manisan dalam kuantiti besar.
Info
Antara perkara penting majlis pernikahan
- Mas kahwin untuk pengantin perempuan
- Wali untuk pengantin perempuan
- Juru nikah atau kadi
- Saksi pernikahan
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 2hb Febuari 2017
Plan wedding and save money
It's not easy to plan a wedding because there are so many things to think and fulfill the needs and requirements of the bridal couple.
If all the events are done exclusively, then the cost will be really high. Nowadays, many couples are open-minded and understands current financial status and worrying economy.
Among the steps can be taken while planning for the wedding with minimum cost.
Aura helps bridal couple to do a check list or tips that can be used to reduce cost!
1. Date
Avoid choosing weekends. It's weird to organize function on week days but it'll be useful to you. For example, choose Friday.
Avoid choosing school holidays such as mid or end of the year because this is time when rental wedding venue will be high.
2. Location
Choose a beautiful location without you spending more for decoration. For example, a glass hall where it only needed a little touch because you are surrounded by an amazing view like high rise building or plants.
3. Function
Many couples spend a lot on expensive foods, music, emcee, make-up and other elements. All these just to satisfy guests. How about serving the guests within your budget where you could avoid wastage.
4. Sweet or food
Many loves to serve sweet or additional foods as side dish and it looks attractive in photos, if it's a beautiful luxury cake or an expensive cup cakes.
Look for alternative if wish to serve sweets. Choose sweets that not too expensive that you could prepare by yourself or order traditional foods or prepare two types of sweets in large quantities.
Info
Important in soleminisation function
- Dowry for the bride
- Wali for the bride
- A marriage official or kadi
- Witness
Translated by : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
**If you translation service, kindly email to above mentioned email address.
Thank you.
Thank you.
Comments
Post a Comment