RANCANG PERCUTIAN LEBIH AWAL
Musim cuti sudah tiba lagi. Anda tidak ke mana-mana? Mungkin ada yang mahu membawa anak pulang ke kampung halaman berjumpa nenek dan datuknya. Mungkin ada yang hanya memerap di rumah. Mungkin juga ada yang memenuhkan cuti sekolah ini dengan menghantar anak mereka menjalani kursus motivasi atau perkhemahan.
Mungkin ada tidak mempunyai perancangan langsung, manakala sebahagian yang lain barangkali mencongak mahu membawa anak bercuti.
Walau apa pun pilihan anda, terpulang kepada cita rasa dan bajet masing-masing.
Tidak bermakna cuti panjang anak anda dipersiakan begitu saja seandainya diisikan dengan banyak aktiviti lain yang berfaedah walaupun anda berada di rumah.
Namun, kepada yang ingin membawa anak melancong, sama ada dalam atau luar negara, ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama.
Pertama, rancang percutian anda terlebih dahulu. Sebaiknya, sebelum pergi bercuti, rancang dahulu percutian walaupun kita hanya mempunyai masa seminggu untuk merancangnya. Ke mana kita mahu bercuti? Cuti bagaimana yang kita mahu? Apa konsepnya, untuk riadah atau berbentuk ringkas.
Kedua, sediakan bajet. Jika kita melancong menggunakan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya 90 peratus daripada perbelanjaan melancong kita sudah dibayar terlebih dahulu.
Jika kita melancong secara ala carte, sediakan perangkaan dan jangkaan jumlah wang yang kita perlukan bagi menampung semua kos penginapan, perjalanan, makanan, kos lawatan dan membeli belah.
Ketiga, fahamkan anak terhadap nilai wang. Ini juga amat perlu untuk kita tekankan terutama kepada anak yang sedang membesar.
Terangkan kepada mereka kita bercuti di dlam bajet terhad. Pemberitahuan awal, ia membantu mereka memahami dan tidak meminta dibelikan sesuatu di luar dugaan kita sewaktu bercuti.
Ini juga dapat mengelakkan rasa hampa daripada bertapak di dalam pemikiran anak kita itu. Kita tentunya tidak mahu anak kita bermasam muka, meskipun baru balik dari bercuti di luar negara.
Keempat, rancang aktiviti membeli-belah. Kawal perasaan. Sediakan senarai pendek apa yang mahu kita cari setibanya di destinasi.
Kelima, rancang pembelian cenderahati. Yang ini juga perlu kita titik beratkan smaa. Bagi sahabat, rasanya sekadar ingatan kita sudah mencukupi.
Ketujuh, pastikan anda ada lebihan tunai sekembalinya dari bercuti. Elakkan senario pulang dari bercuti, kantung kosong.
Kelapan, gunakan khidmat agensi pelancongan. Ini adalah satu pilihan terbaik untuk kita menjimatkan belanja. Meskipun melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan ini kita tertakluk kepada jadual yang tersedia, tetapi ini adalah lebih baik daripada melancong secara ala carte unutk mengunjungi tempat yang tidak pernah kita sampai sebelum ini.
Kesembilan, buah bedah siasat untuk percutian anda. Perkara ini juga adalah penting sebenarnya. Sekiranya untuk percutian kali ini anda tidak sempat untuk merancang seperti di atas, anda boleh saja menggunakannya di percutian anda yang akan datang. Selamat bercuti.
PLAN EARLY FOR VACATION
Holiday season is here. You are not going anywhere? Perhaps you would like to bring your children to visit their grandparents. Perhaps you just want to stay at home. Perhaps you want to send your children to motivational camp or camping.
Maybe you didn't plan at all or others still figuring to do so.
Whatever your choice is, it depends on your taste and budget.
It doesn't mean that long vacation of your children will be wasted if doing activities from home.
Those who wished to take their children for vacation, here are a few tips :-
First of all, plan your vacation. The best is before going for vacation even if you only have one week to plan. Your destination? What kind of vacation we want? What is the concept, to relax or just a simple vacation?
Second, prepare a budget. If we are going with travel agency, we already paid 90% of travelling cost.
If we are travelling ala carte, prepare a figure and forecast how much we need for lodging, travelling, food, visiting cost and shopping.
Third, educate your children about the value of money. This is important aspect especially to our growing children.
Explain to them that we are on vacation with limited budget. This helps them to understand and won't ask anything extraordinary during vacation.
This also can avoid the feeling of disappointment in our children mind. Surely we want to avoid the sour face in our children even though we are just back from vacation.
Fourth, plan for shopping activities. Control your emotions. Prepare a short list of what we want when we arrive in our destination.
Fifth, plan on buying sourveine. This is important. For friends, it's enough of thinking of them. So, the price of sourviner is not important to them, so buy at an ideal price.
Six, use credit card with smart. This is our obvious weakness. We don't have to use cash during shopping, so we might suffer from sadness after enjoy syndrom.
Seven, make sure you have extra cash when coming back from vacation. Avoid empty pocket scenario.
Eight, use travel agency service. It's a good choice to save. Even though using travel agency is restricted to their schedule but it's better to compared to ala carte travel to new destination.
Nine, do a post mortem of your vacation. This is important. If you are unable to plan as above for this trip, you can use these tips for next trip. Enjoy your vacation.
Source ; Berita Harian - 18 January 2017
Translated by : Teratai Melur
Email ; terataigenius@gmail.com
**If you require translation service, kindly e-mail detail to the above email address.
Thank you.
Comments
Post a Comment