Skip to main content

PEMANASAN GLOBAL 

1. Sejak dekad lalu, manusia telah mula menyedari dan mengambil berat mengenai pemanasan global. Kita percaya pemanasan ini disebabkan oleh penghasilan haba daripada pelbagai jenis aktiviti-aktiviti manusia. 

2. Populasi dunia telah meningkat dengan pesat. Setiap orang daripada kita menghasilkan haba. Kita perlu memasak makanan dan memanaskan badan kita dalam musim sejuk. Kita membakar minyak untuk enjin kita serta penghasilan kuasa dan semua ini menghasilkan haba.

3. Kita memotong hutan belantara dan melihat kebakaran hutan yang amat besar. Kesemua proses pembakaran ini menghasilkan haba dan karbon dioksida. Penambahan penempatan melibatkan pemotongan pokok yang mengurangkan haba dan penukaran  CO2 kepada Oksigen. 

4. Semua ini menyumbang ke arah pemanasan global. Akan tetapi, kita tidak harus lupa bahawa bumi telah melalui banyak perubahan sejak jutaan tahun kewujudannya.

5. Kita sedar pada satu masa bumi ini didiami oleh dinosaur yang tinggal dalam hutan belantara yang dipenuhi dengan pokok. Kita sedar dinosaur tersebut telah pupus bersama-sama dengan pokok. Kita sedar pokok telah melalui satu proses fizikal dan kimia yang ditukarkan kepada cecair, pejal dan hidrokarbon bergas. Bagi memperoleh petroleum, kita melombong dan membakar hidrokarbon untuk menghasilkan tenaga. 

6. Kemudian berlaku zaman ais apabila bumi diliputi dengan ais. Tiada apa boleh tumbuh. Mungkin tidak terdapat hidupan, tiada manusia, tiada binatang atau pokok.

7. Kemudian ais itu menjadi cair dan lautan menutupi planet. Tanah dataran muncul dari dasar laut dan membentuk kelompok tanah besar secara perlahan, ia membentuk kepada benua yang kita ketahui hari ini.

8. Setelah lama kehidupan bertapak di planet,,  akhirnya, manusia primitif muncul. Mereka berkembang sehingga manusia moden yang menghuni bumi.

9. Dunia mengalami perubahan besar dalam mengharungi tempoh tersebut. Mungkin 100,000 tahun lalu, suhu dunia sesuai untuk kehidupan. Tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia berkembang maju. Bumi bergerak dan berputar senget setiap 24 jam agar utara dan selatan menjadi sejuk dan panas secara bersilang ganti sementara khatulistiwa kekal panas. Matahari bersinar di kawasan tropika sepanjang tahun.

10. Peningkatan suhu yang sedang kita alami sekarang adalah sebahagian daripada perubahan yang planet sedang lalui. Ia mungkin menjadi lebih teruk. Kita harus bersedia untuk menghadapi perubahan ini. Kita harus menjangka lebih banyak bencana alam.

Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad

Tarikh: 21hb Disember 2021

Diterjemah oleh; Teratai Melur

Capaian: http://chedet.cc/?p=3628


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...