Skip to main content
IMMUNITI RAKYAT MALAYSIA

1.   Ekonomi dunia berada dalam keadaan huru-hara. Bukan hanya harga minyak sahaja turun daripada AS110 ke kurang daripada AS60 tetapi harga minyak kelapa sawit, harga getah, harga saham dan kadar pertukaran mata wang Ringgit juga menerima kejatuhan, kejatuhan yang teruk.

2.   Kesemua perkara yang dinyatakan di atas melibatkan kita, rakyat Malaysia, komoditi negara kita dan duit kita. Akan tetapi, kita diyakinkan berulang kali ekonomi negara tidak akan terjejasamalah ekonomi negara akan berkembang pada kadar yang dianggarkan.

3.   Ya ke!!

4.   Kadar inflasi berada pada 3%. Bolehkah kita percaya keadaan ini tidak akan memberi kesan pada kuasa pembelian kita, contohnya, bolehkah kita terus membeli barangan yang biasa kita beli, makanan, pakaian dan sebagainya.

5.   Kos pemanduan kenderaan, menaiki penerbangan mungkin akan menjadi rendah. Tetapi pendapatan Petronas akan berkurangan dan Kerajaan sentiasa menerima berbillion ringgit daripada Petronas. Adakah Petronas akan membayar kepada Kerajaan jumlah sama apabila kos 1 bbl adalah AS130. Secara logik (bukan logik biasa, ia adalah satu komoditi), Petronas tidak akan bayar jumlah yang sama. Maka, ia akan menjejaskan belanjawan 2015 yang dibentangkan apabila harga minyak A110 setong.

6.   Penanam pokok kelapa sawit dan penanam pokok getah tidak merungut kerana tidak mendapat untung. Penanam pokok getah, terutamanya, mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.

7.   Apabila penanam-penanam pokok yang dinyatakan di atas tidak atau kurang mendapat untung maka jumlah cukai korporat atau cukai-cukai lain yang dibayar akan berkurangan dan pendapatan kerajaan juga akan berkurangan. Tetapi, kerajaan harus memberi bantuan kewangan kepada mereka. Bagaimanakah kerajaan dapat melakukannya tanpa mengurangkan perbelanjaan yang perkara lain yang telah diperuntukkan peruntukan?

8.   Akan terdapat pelbagai kesan pada perniagaan dan pada orang ramai.

9.   Ada peniaga mendapat untung atau tidak mendapat untung daripada kejatuhan harga minyak. Industri pengangkutan seperti syarikat bas dan syarikat penerbangan mungkin mendapat untung.

10.  Peniaga dalam industri minyak dan gas akan merana. Mereka telah melabur di kala harga minyak tinggi dengan harapan dapat membayar hutang daripada keuntungan harga minyak tinggi. Harga minyak rendah bermaksud mereka terpaksa menjual lebih banyak minyak dalam pasaran lemah untuk memperolehi wang secukup untuk membayar hutang.

11.  Para kontraktor akan lambat menerima bayaran mereka atau diminta bayaran mereka disemak semula. Mungkin juga akan ada kontrak dibatalkan.

12.  Penyusutan nilai Ringgit akan memberi kesan kepada pembayaran balik hutang yang diperolehi dalam Dollar Amerika. Pada masa sama, kos bahan mentah dan komponen akan meningkat meneutralkan keuntungan diperolehi daripada kos pembuatan. Mungkin akan ada permintaan untuk kenaikan gaji dan semakan semula kadar mengikut penyusutan nilai Ringgit, akibatnya akan berlaku inflasi.

13.  Untuk orang ramai dengan pendapatan mereka akan berlaku penurunan kuasa membeli apabila membeli barangan import atau ketika berada di luar negara. Akan tetapi, dengan pemasaran sesuai, kedatangan pelancong akan meningkat.

14.  Secara keseluruhan, kesan teruk akan dirasai oleh peminjam yang meminjam dalam ASD atau terpaksa membayar pembelian dalam ASD.

15.  Jelas sekali, kejatuhan harga minyak yang tidak pernah berlaku ini dan produk-produk untuk tujuan pengeksportan harus dikaji semula dalam perbelanjaan semua pihak. Syarikat korporat dan kerajaan harus mengkaji kesan kejatuhan ini terhadap pendapatan dan kos pengurusan perniagaan. Mereka tidak boleh terikut dengan keuntungan yang diperolehi daripada pengurangan kos minyak sahaja. Kehilangan pendapatan dan peningkatan kos import harus diambil kira.

16.  Negara kita adalah negara pengeluar minyak kecil, lebih kurang 650,000 tong sehari. Kita juga adalah pengguna minyak yang tinggi kerana kita adalah pengguna kenderaan bermotor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN jika diambil kira pemilikan per kapita. Tidak menjadi kesalahan besar jika menganggap pendapatan yang diperolehi daripada penurunan harga minyak akan menafikan perolehan rendah minyak dan gas Petronas. Ini berlaku pada sektor lain di mana keuntungan akan diikuti dengan kerugian. Paling penting adalah mengetahui berapa banyakkah keuntungan diperolehi dibandingkan dengan kerugian.

17.  Hanya dengan menganggap bahawa kita memiliki immuniti,  kejatuhan harga hampir kesemua bahan mentah dan barangan yang kita hasilkan untuk tujuan kegunaan dan eksport dalam skala besar tidak menggambarkan kefahaman kita dalam memahami masalah yang kita hadapi.

18.  Negara kita mengamalkan sistem perdagangan dan perubahan yang mengancam pasaran dunia akan memberi kesan kepada kita dalam apa cara sekali pun.



Sumber  : Chedet blog
Tarikh blog : 25hb Disember 2014
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com





Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is