Harta karun Asia
BERNILAI TINGGI
Muzium Warisan akan menempatkan artifak dan barangan peninggalan berusia 6,000 tahun dahulu.
Kisah ini umpama kisah-kisah yang terkenal kerana terdapat seorang pencari harta karun penyangak dan harta berupa artifak serta barangan peninggalan arkeologi unik bertaraf dunia. Barangan peninggalan ini berusia 6,000 tahun dahulu dan berasal dari zaman prasejarah Cina, Melayu dan bahagian Timur dunia yang berbeza.
Sungguh mengagumkan, harta karun sehebat ini dengan jumlah bilangan yang banyak serta nilai sebenar belum diketahui tetapi kemungkinan nilainya lebih tinggi daripada jangkaan kita, disimpan dengan selamat di beberapa lokasi yang tidak menonjol di sekitar Lembah Klang. Barangan peninggalan in sedang menunggu tempat sesuai dan masa sesuai untuk memperlihatkan dirinya.
Akhirnya, masa itu telah tiba - penantian ini dijangka akan berakhir pada bulan Mac tahun hadapan setelah hak penjagaan barangan peninggalan gemilang ini dapat diselesaikan. Para penjaga barangan ini telah merancang untuk menubuhkan Muzium Warisan Asia (AHM), satu projek baru pengukuhan barang-barang purba di hadapan pintu masuk utama Sungei Wang Plaza.
Jumlah barangan peninggalan sungguh menakjubkan :
Terdapat LEBIH daripada 1,000 batu krista,l geogikal barangan seramik, barangan diperbuat daripada batu jade, mata wang dan duit syiling dari seluruh pelusuk dunia;
PINGGAN, cawan, teko dan bekas-bekas yang boleh dikesan hingga ke dinasti Ming dan dinasti sebelumnya; dan
Gendang berukuran TIGA METER TINGGI berasal dari Tanah Melayu, mungkin ini adalah gendang terbesar di dunia; dan
Gambar : New Straits Times
Kapal-kapal layar yang SANGAT CANTIK, pisau belati, baju besi, lembing dan keris yang berakar umbi di Kesultanan Melayu serta barangan kecil dan rencam dari negara-negara Asia Tenggara.
Akan tetapi, dalam kalangan barangan peninggalan ini, terdapat barangan diperbuat daripada jade yang misteri dan mistik. Barangan jade ini berasal lebih daripada 6,000 tahun dahulu iaitu ke zaman prasejarah yang kurang diketahui, sebelum wujudnya dinasti China yang hebat.
Keberasalan barangan jade ini masih menjadi tanda tanya walaupun pakar barangan purba dari Muzium Istana Beijing, Wang Zhongxin dipanggil untuk mengesahkan ketulenan barangan ini, hanya menggelengkan kepalanya dengan penuh rasa kagum.
Gambar : New Straits Times
Bukan mudah untuk mengagumkan seseorang pakar seperti Wang yang sentiasa dicari-cari. Hasil pengesahan ketulenan oleh Wang, beberapa barangan jade telah dinilai oleh syarikat lelong Juyi yang bertempat di Hong Kong. Syarikat ini menjalankan perniagaan AS500 juta (RM1.7 billion) setiap tahun - sudah tentu barangan ini sangat bernilai.
Perjalanan barangan peninggalan ini daripada tidak dikenali kepada bilik pameran amat menarik. Pada 2005, apabila New Straits Times mula-mula menyiarkan berita mengenai kewujudan harta karun ini, ia dimiliki oleh seorang pencari harta karun warga Amerika yang membawa masuk harta karun ini ke Malaysia dengan harapan dapat menjualnya kepada kerajaan Malaysia dengan harga tinggi.
Akan tetapi, pentadbiran pada masa itu menolak cadangan tersebut tetapi berminat untuk bekerjasama untuk mempamerkan artifak ini di sebuah muzium khas yang akan mempamerkan kuda-kuda sebesar saiz sebenar diperbuat daripada jade dan patung-patung menyerupai Genghis Khan, berkemungkinan bernilai berbillion ringgit di pasaran terbuka.
Dipendekkan cerita, reputasi pencari harta karun itu mula kedengaran; dia adalah seorang penyangak penyelamat nahas kapal-kapal milik China dan terdapat beberapa ganjaran diletakkan untuk kepalanya. Dengan tersebarnya berita itu, dia menjadi takut dan dengan segera meninggalkan Malaysia malah sempat mengheret bersamanya patung-patung jade sebesar saiz sebenar.
Bagaimana pun, dia terpaksa meninggalkan sejumlah besar harta karun - amat rugi untuknya tetapi keuntungan manusia sejagat.
Sebuah konsortium yang terbabit dalam pembiayaan dan penyediaan perkhidmatan yang diperlukan oleh pencari hata karun itu bagi menubuhkan tempat asas di sini terpaksa mengatasi masalah perundangan yang dicetuskan olehnya setelah dia melarikan diri dari Malaysia. Masalah perundangan ini harus diatasi terlebih dahulu sebelum projek muzium dapat dimulakan.
Pendek kata, konsortium tersebut telah memenangi arahan Mahkamah Tinggi yang memberikan kepada mereka hakmilik artifak tersebut. Artifak ini kemudiannya diuruskan oleh sekumpulan penjaga dan pemegang taruh yang bersetuju sebagai tanda patriotik untuk mempamerkan artifak ini sebagai warisan Asia, daripada menjualnya bagi mendapatkan keuntungan tinggi.
Bagi memastikan projek muzium berjalan lancar, pihak penjaga artifak berjaya mendapat sokongan daripada sekumpulan penasihat terkenal iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar, Presiden Pengasas IDEAS dan penulis Tunku 'Abidin Muhriz, mantan menteri Tan Sri Michael Chen, ahli ekonomi dan mantan kakitangan kanan kerajaan Tan Sri Dr Ramon Navaratnam dan usahawan Hamidon Taib.
Kumpulan penasihat ini berjaya memperoleh surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan setiausaha agung Asean dua tahun lalu. Projek AHM ini diuruskan oleh K.K. Tan, mantan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau kini seorang perunding, penganalisis pemikir dan penulis ruang juga bertindak sebagai wakil penjaga.
Sementara idea utama AHM ini diwujudkan untuk meninjau kembali kebudayaan, sejarah dan pusaka, satu lagi aspek penting muncul; pengaruh politik dengan negara China yang mungkin akan menganggap barangan purba ini sebahagian daripada eksistensialisme yang hebat dan meminta agar artifak ini dijaga dengan sempurna malah harus dipamerkan untuk generasi akan datang. Selain itu, AHM akan dijadikan latar belakang yang amat sesuai apabila Malaysia akan menjadi pengerusi mesyuarat Asean tahun hadapan. Barangan artifak ini akan menjadi pentas penting yang akan dihargai oleh anggota negara Asean yang turut mempromosi kefahaman pelbagai budaya yang armistik.
Barangan artifak ini telah dirancang akan dipamerkan dengan cara pembaharuan dari segi multimedia, animasi dan secara langsung untuk menunjukkan perkembangan pelbagai aspek warisan budaya dan pelancong global Asia. Para penjaga telah melantik Dr Louise Tythacott kurator British pro-Asia yang terkenal untuk tujuan ini. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan muzium di luar London iaitu Muzium Negara Liverpool.
Rancangan masa hadapan adalah menggunakan artifak ini untuk mengaitkan sejarah Asia Tenggara dengan negara Asia lain juga dengan negara Barat. Menempatkan galeri pendidikan mengenai seni mempertahankan diri, kostum, makanan dan seni dan kraftangan, mempromosi pameran pelancongan, mengadakan acara seni dan warisan dan sudah tentu menarik pelancong terutama dari negara China sebagai penenang akibat tragedi MH 370.
Setelah ditubuhkan, muzium ini akan meneruskan perancangan dengan pembentukan Majlis Warisan dan Keamanan yang dianggotai oleh personaliti terkenal dari dalam dan luar negara yang akan berusaha untuk menghalang atau mengurangkan impak Asia terjebak dalam konflik kawasan dan mengembangkan lagi pelbagai kefahaman budaya agar menjadi lebih aman damai.
Sumber : New Straits Times
Link : www.nst.com.my/node/62340
Tarikh rencana : 14hb Disember 2014
Ditulis oleh : En. Azmi Anshar
Diterjemah oleh ; Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Link : www.nst.com.my/node/62340
Tarikh rencana : 14hb Disember 2014
Ditulis oleh : En. Azmi Anshar
Diterjemah oleh ; Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment