Skip to main content
MAKLUM BALAS DARIPADA 1MDB

1.   Dikatakan segala kritikan saya mengenai 1MDB adalah salah, tetapi tiada bukti diberikan. Jawapannya diberikan adalah ia rahsia Kerajaan.

2.   Saya tahu mengenai keengganan TIA membenarkan produk masa hadapan mereka iaitu telaga minyak negeri Terengganu digunakan sebagai cagaran melalui perbualan saya dengan pihak yang terbabit dalam TIA. Kerajaan Persekutuan menjadi penjamin untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion kerana negeri Terengganu telah menolak idea yang tidak masuk akal itu. Kenapakah negeri Terenggnu menarik diri daripada cadangan Kerajaan Persekutuan yang ingin mencagarkan telaga minyak baharu negeri Terengganu.

3.   Tiada dokumen Kabinet dibentangkan untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion. Tunjukkan dokumen tersebut untuk paparan umum. Sudah tentu anda akan berkata dokumen Kabinet adalah rahsia.

4.   Jika pinjaman tersebut bukan off budget maka tunjukkan ia terdapat dalam peruntukan belanjawan tahunan Kerajaan untuk memperoleh pinjaman tersebut. Tiada.

5.   Terdapat bukti dalam bentuk tulisan mengenai terma dikenakan oleh Golden Sachs untuk pengeluaran bon. Tunjukkan Golden Sachs atau Ambank tidak mengenakan kadar faedah tinggi dan komisen sebanyak 10% untuk pinjaman. Jangan beritahu ia adalah rahsia.

6.   Maka, 1MDB mengeluarkan bon berusia 30 tahun. Apabila 1MDB membuat pinjaman dikatakan ia akan membawa keuntungan.

7.   Apabila pulangan berakru sebanyak 6.15% atau apa sahaja untuk pembeli bon tersebut. 1MDB terpaksa membayar faedah untuk 30 tahun, bermaksud 1MDB membuat pinjaman sekarang dan anak kita akan menanggung bebannya. Dan, 1MDB hanya akan mendapat 88 sen daripada 1 Ringgit. Apa yang bagus sangat.

8.   Ok. Jumlah faedah tahunan adalah sebanyak RM2.4 bilion dan bukannya RM3 bilion. Bolehkah 1MDB membayar jumlah tersebut? Sekarang pun 1MDB terpaksa mendapatkan wang daripada Ananda dan IPIC untuk membayar faedah. Meminjam wang hanya untuk membayar faedah tidak akan mengurangkan hutang pokok. Ia hanya akan menambah jumlah hutang. Walaupun pinjaman itu untuk saham atau apa sahaja, hutang akan sentiasa ada. Maka, anda tidak boleh memberi penjelasan lagi. Ia adalah sulit - rahsia.

9.   Tiga belas loji kuasa dibeli, tetapi loji kuasa terbesar di Malaysia boleh dibeli dengan harga rendah. Akan tetapi, dengan membayar sebanyak RM18 bilion, sebenarnya 1MDB telah terlebih bayar sebanyak RM3 bilion. Kenapa? Jika ia adalah aset bagus, kenapa tidak boleh disenaraikan? Kenapakah apabila khabar angin tersebar menyatakan Tenaga dan Malakoff akan membeli loji kuasa milik 1MDB, saham mereka terus menjunam.

10.  1MDB ialah syarikat milik Kerajaan tetapi ia membeli tanah milik Kerajaan pada harga 1/50 daripada harga pasaran, Kerajaan telah mengalami kerugian besar.

11.  Apabila 1MDB menjual tanahnya, ia mengambil pendapatan yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan yang telah menjualkan tanah tersebut. Proses ini sama seperti orang yang menjual AP, kontrak dan lesen. Adakah ini caranya 1MDB membuat untung?

12.  Adakah 1MDB sebuah syarikat pembangunan strategik? Apa yang telah ia bangunkan - tiada apa-apa. Malah, TRX hanya ada pagar dan tiada lain. 

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 18hb. Jun 2015
Diterjemah olhe : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is