Skip to main content
LEBIH BANYAK PELABURAN OLEH 1MDB

1.   1MDB membuat usahasama dengan Petro Saudi. Ia bukan syarikat milik Kerajaan Saudi. 1MDB telah membayar ASD 1 bilion untuk 40% saham usahasama. Sehingga kini, dapat dipastikan Petro Saudi tidak membayar satu sen pun.

2.   Kemudian, Petro Saudi dikatakan telah membeli aset milik Petro Saudi International yang tidak dimiliki oleh Petro Saudi. Usahasama di antara 1MDB dengan Petro Saudi meminta 1MDB membayar ASD 700 juta untuk membayar hutang daripada Petro Saudi International kepada Petro Saudi.

3.   Hak pemilikan telaga minyak di Argentina dan Kazakhstan (atau di Turkmenistan) serta hak pemilikan kapal pengorek juga tidak begitu jelas.

4.   Tiba-tiba pembayaran sebanyak ASD 300 juta oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha. Kelihatan seolah-olah ASD 300 juta telah bertukar tangan dengan sepantas kilat. Kita benar-benar tidak tahu di manakah wang itu berada. Dan, 1MDB juga tidak akan memberitahu kepada kita.

5.   Kemudian, terdapat kisah mengenai pelaburan di Kepulauan Cayman. 1MDB tidak membuat pelaburan secara terus tetapi wang tersebut seolah-olah telah dihantar ke syarikat di Hong Kong yang dimiliki oleh Jho Low. Nampaknya, syarikat ini membuat pelaburan di Kepulauan Cayman.

6.   Kemudian, kita diberitahu oleh Perdana Menteri bahawa dana tersebut sebenarnya direkod berada di Kepulauan Cayman. Wang itu berada di tempat lain, mungkin berada di Hong Kong.Ia dilaburkan dalam sebuah dana yang melindungi nilai di Hong Kong.

7.   Apabila rakyat mula menanyakan wang yang berada di Kepulauan Cayman, 1MDB bersetuju untuk membawa balik wang tersebut. Walaupun wang tersebut tidak berada di Kepulauan Cayman tetapi ia dibawa balik dari Kepulauan Cayman dalam dua bentuk

8.   Kita tidak diberitahu banyak mengenai bentuk pertama. Wang itu didakwa telah digunakan untuk membayar hutang.

9.   Kemudian, bentuk kedua berjumlah lebih ASD 1 bilion telah dibawa balik tetapi bukan ke Malaysia. Ia telah dibawa balik ke Singapura dan disimpan di Bank Swiss.

10.  Arul Kanda berkata beliau nampak wang tunai tersebut berada di sana dan Perdana Menteri berkata wang itu berada di sana. Ia tidak dibawa balik kerana Bank Negara akan menanyakan banyak soalan. Akan tetapi, menurut undang-undang, Bank Negara harus mendapat kelulusan daripada Menteri untuk meluluskan atau tidak meluluskan sebarang transaksi. Dan, Menteri berkenaan ialah ketua 1MDB. Jadi, apa yang susah sangat untuk mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara?

11.  Kemudian, perkara sebenar muncul. Bank Swiss berkata tiada sebarang wang disimpan oleh 1MDB di dalam banknya. Dan dokumen yang dipersembahkan adalah dokumen palsu.

12.  Kemudian, Perdana Menteri menukar jawapannya di Parlimen dengan menyatakan tiada sebarang wang dibawa balik - hanya dokumen. Dokumen apa?

13.  Kini, Menteri Kewangan II pula berkata ia adalah 'unit'. Unit apa?

14.  1MDB dan Perdana Menteri tidak menunjukkan sebarang bukti tentang kewujudan dari Kepulauan Cayman. Adakah ia berada di Singapura atau adakah ASD 1 bilion telah hilang?

15.   Kita telah melihat penyata tanpa bukti adalah penyata tidak berguna. Kita mahukan bukti mengenai kesemua pelaburan dan pembayaran yang dilakukan oleh 1MDB. Akan tetapi, tiada sebarang bukti ditunjukkan kecuali pembelian stesen penjana kuasa dan pembelian tanah milik Kerajaan di Kuala Lumpur dan tanah milik persendirian di Pulau Pinang. Selagi bukti dokumen ditandatangani dan bukan hanya kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Perdana Menteri ditunjukkan, kita terpaksa mengakui bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 15hb. Jun 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...