Skip to main content
PINGGAN BERTINTA PANTUN


Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu.

Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert. Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia.

Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire, sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi.

Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunyai motif di bahagian tepi pinggan dan di bahagian tulisan. Di bahagian belakang pinggan, sebuah medalion dengan nama pengusaha dapat dilihat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa buah pinggan bertinta pantun ini boleh ditemui di muzium-muzium dan di koleksi-koleksi peribadi yang mengundang minat ramai pihak terutama sekali minat para sarjana yang mengkaji bahasa Melayu.

Salah satu kajian mendalam mengenai pinggan bertinta pantun ini dijalankan oleh sarjana berbangsa Perancis bernama Henri Chambert-Loir. Beliau telah melawat Indonesia antara tahun 1980 hingga tahun 1992 dan menemui 62 buah pinggan spesimen pinggan di makam dan di muzium. Kebanyakan pinggan-pinggan ini ditulis dengan tulisan keagamaan yang terpendam sementara ada pinggan yang ditulis dengan pantun Melayu. Dalam rencana yang ditulis oleh beliau yang diterbitkan dalam Indonesia & Malay World Jornal, Chambert-Loir menulis bahawa pinggan-pinggan ini dibuat pada pertengahan kurun lalu (1800an) dan sering ditemui serta sentiasa berada dalam pasaran. Beliau telah menemui pinggan-pinggan di Sumatra Barat dan di Sumatra Selatan, di keseluruhan Jawa, di Madura, di Bali, di Kalimantan Timur, di Selatan Sulaweis dan di Sarawak.

PINGGAN-PINGGAN YANG UNIK

Di negara kita, pinggan-pinggan ini menjadi bahan koleksi dan boleh dilihat di Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia.

Terdapat sebanyak lapan pinggan dan kesemuanya milik pengarah muzium, Dr Muhammad Pauzi Abdul Latif. Enam daripada lapan buah pinggan tersebut dibuat oleh W.Adams & Sons sementara baki dua pinggan dibuat oleh J.Hawley - kedua-dua pembuat pinggan ini berada di Staffordshire yang mula membuat barangan tembikar pada awal tahun 1800-an.

Pauzi amat gemar mengumpul barangan Melayu daripada keris kepada manuskrip, senjata, pinggan termasuk rumah tradisi Melayu. Beliau yang berusia 50 tahun pernah mengikuti kursus komunikasi massa tetapi minat beliau terhadap artifak Melayu mendorong beliau membeli banyak barangan koleksi sehingga boleh dipamerkan di muzium.

Beliau membeli pinggan bertinta pantun pertama beliau pada tahun 1999 di Patani dengan harga 'beberapa ratus ringgit'. Beliau menceritakan bagaimana beliau mula tertarik dengan keunikan pinggan bertinta pantun dan mendapat kepuasan apabila dapat menjejaki dan membelinya untuk koleksi peribadi beliau.

"Pinggan-pinggan ini amat jarang dan sukar untuk ditemukan," kata Pauzi yang telah membeli sebuah lagi pinggan bertinta pantun daripada seorang peraih di Patani selepas kami bertemu pada bulan Mei, Beliau membayar RM650 untuk pinggan tersebut yang dibuat di Netherlands oleh Petrous Ragout. Dua pinggan masih dalam peringkat tawaran.

Dalam usaha mencari lebih banyak pinggan pantun ini, Pauzi telah mengembara ke pelusuk Thailand dan Indonesia. Beliau juga menghantar perisik bagi menemui peraih yang mencari pinggan pantun bagi pihaknya. Setahu beliau, hanya Muzium Sarawak mempunyai sebuah pinggan pantun dalam koleksi beliau. Pauzi berkata : "Anda boleh lihat pinggan-pinggan dibuat khusus untuk orang Melayu di dunia Melayu. Pantun ini ditulis dalam bahasa Melayu, diperturunkan secara lisan generasi demi generasi. Pinggan ini menunjukkan kepentingan pantun dalam masyarakat Melayu pada masa itu. Ini sebahagian daripada warisan kita." 

Beliau dengan gembira memilih sebuah pinggan yang dipercayai dibuat pada tahun 1826. Ia ialah pinggan makan malam tertulis puisi berima dengan dakwat merah

"Pinggangnya ramping dadanya bidang
Susunya seperti telur kepudang
Sangatlah suka patik memandang
Seperti puteri di Gunung Ledang"



Memadai untuk dikatakan bahawa pantun ini salah satu pantun yang mengisahkan kecantikan seorang wanita. Satu elemen unik yang terdapat pada pinggan ini adalah elemen pengiklanan, juga dalam bentuk pantun berima ditulis di bahagian tepi pinggan.

"Yang membuat namanya Adam
Wakilnya Tolson di Batawi
Syair dan pantun banyaklah ragam 
Janganlah tuan kikir membeli

Sudah tentu terdapat ramai agen yang menjadi wakil kepada pengusaha dan untuk pinggan dinyatakan di atas, agennya ialah Tolson yang bertempat di Batavia atau kini dikenali sebagai Jakarta.

Di bahagian belakang pinggan, sekali lagi tertera nama pengusaha iaitu W.Adams and Sons, bersebelahan dengan medalion yang di dalamnya terukir perkataan "Melayu", berkemungkinan dibuat khusus untuk pasaran dunia Melayu. Menurut Chambert-Loir, W. Adams and Sons ia merupakan firma yang sangat terkenal dan ditubuhkan di Staffordshire pada awal kurun ke-19. Barangan tembikar yang dibuat oleh mereka dieksport ke India dan ke Timur Jauh.




Pada hari yang sama, setelah saya meneliti beberapa buah pinggan bertinta pantun yang berharga, saya terlihat sebuah lagi pinggan bertinta pantun di dalam almari kaca milik Wan Asma Wan Mohammed Ali dari Gombak. Pinggan makan malam bermotif warna merah di atas bunga berwarna putih sebagai asas ditulis dengan perkataan berikut:

"Ayohai sekalian ikhwan
Eloknya pinggan tempat makanan
Di tengah majelis diaturkan
Serta dengan suka-sukaan."

Pinggan ini dibuat oleh F.Regoat & Co di Maastricht, Belanda seperti yang ditulis di bahagian belakang pinggan tersebut. Tidak banyak diketahui dari manakah pinggan ini dibeli. Berkemungkinan juga, ia adalah salah satu daripada koleksi besar dan hanya pinggan ini sahaja yang terselamat.

Dalam sebuah rencana yang ditulis oleh Chambert-Loir, Eating The Text : English Plates Decorated With Malay Poems, beliau menjawab soalan yang berlegar dalam fikiran saya : Bagaimanakah pantun ditulis pada pinggan yang dibuat di ribuan batu jauh?.

Menurut Chambert-Loir, tulisan di pinggan-pinggan ini dicetak menggunakan proses pindah-cetak. Teknik ini mula digunakan di England sekitar tahun 1750. Reka bentuk ini diukir pada pinggan logam dan ditera pada sehelai kertas nipis dan dipindahkan pada permukaan tembikar atau porcelin. Pemindahan ini dibuat di atas glis tetapi reka bentuk ini boleh hilang dengan mudah sekiranya pinggan ini digunakan. Proses pemindahan ini sering digunakan oleh W.Adams and Sons.

Ketika Chambert-Loir melakukan kajian, beliau telah menemui pelbagai bentuk pantun ditulis pada pinggan. Ada pantun yang mengisahkan kecantikan seorang wanita, ada pantun yang memberi nasihat dalam hal meminjam wang dan memilih kawan. Ada pantun dengan unsur keagamaan tersembunyi dengan gaya bijak memberi amaran.

Boleh dikatakan pinggan mangkuk meja yang berasal dari pusat pembuatan barangan tembikar di Eropah ini dibeli oleh golongan bangsawan yang berkemampuan mempamerkan barangan sangat cantik ini di atas meja mereka. 

Sumber : New Straits Times - Plush Heritage
Ditulis oleh : Zaharah Othman
Tarikh ditulis : 18th Oktober 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...