Skip to main content
Tuan Puteri yang telah disihir

MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh.
Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik.

Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda.

Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak.

Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung.

Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut.

"Beliau ialah puteri kepada bekas pemerintah Perak, Sultan Mukaddam Shah. Seorang pemerintah Aceh menghantar rombongan untuk meminang Puteri Limau Purut tetapi Sultan telah menolak pinangan tersebut. Dipercayai tuan puteri tersebut telah disumpah dan mangkat."

Sumpahan tersebut dipercayai telah berakhir pada tahun 2014.
"Pada tahun itu baginda tuan puteri muncul dalam mimpi saya," kata Mustaffa, 55, pembantu jurutera Jabatan Kerja Raya di Kampung Gajah.

Beliau berkata sebelum sumpahan itu berakhir, beberapa kejadian misteri pernah berlaku kepada sesiapa yang melawat makam baginda," katanya.

"Makam tersebut telah dibersihkan dan dibuka untuk orang awam. Ia kini di bawah jagaan Jabatan Kerja Raya."

Mustaffa berkata sumpahan pada tuan puteri berlaku pada tahun 1603, sejurus selepas beliau diselamatkan daripada kawalan pemerintah Aceh, yang namanya masih misteri oleh seorang pahlawan bernama Megat Terawis.

Setelah pinangan pemerintah Aceh ditolak, satu peperangan meletus antara Aceh dan Perak.

"Pemerintah Aceh tersebut menyerang Kota Geronggong dan menculik tuan puteri bersama-sama dengan dayang beliau, Esah Gerbang."

Pemerintah Perak pada masa itu tinggal di istana yang bernama Geronggong di Kampung Pulau Tiga, katanya.

Mustaffa berkata Kota Geronggong dinamakan sebagai Kampung Jawa, salah sebuah kampung yang terdapat di situ.

Sultan Mukaddam mengarahkan para pahlawan baginda untuk menyelamatkan puterinya apabila mendapati beliau telah diculik.

"Salah seorang pahlawan yang dihantar ialah Megat Terawis. Beliau ditemani oleh sahabatnya, yang juga pahlawan bernama Panglima Bana."

Mustaffa berkata perjalanan kedua-dua pahlawan ini terhenti disebabkan oleh seutas rantai yang telah disihir.

"Mereka berdua berjaya melepaskan diri daripada rantai tersebut dengan menggunakan sebilah pedang yang bernama, Cura Si-Manja Kini," katanya sambil menambah pedang tersebut kini berada di Muzium Taiping.

Kedua-dua pahlawan tersebut tiba di Aceh dan berjaya memasuki perkarangan istana tetapi tidak dapat mengesan di manakah tuan puteri berada.

"Pada suatu hari, permaisuri Aceh mengidam buah durian yang belum masak.

"Baginda mengarahkan orang suruhannya untuk mendapatkan buah durian tersebut tetapi dengan satu syarat: pokok durian tersebut tidak boleh ditebang.

Apabila Megat Terawis mendengar perkara ini, dengan segera beliau membuat rancangan untuk menyelamatkan tuan puteri.
"Beliau membaling sebatang kayu ajaib ke arah buah durian yang belum masak dan apabila buah durian itu terjatuh, semua orang yang berada di perkarangan istana menjurus ke arah buah durian tersebut untuk mendapatkannya.

"Keadaan menjadi riuh-rendah dan Megat Terawis menggunakan kesempatan tersebut dan berjaya mengesan tuan puteri dan membawanya pulang semula ke Perak."

Panglima Bana yang tertidur semasa berlaku kacau-bilau telah ditangkap.

"Apabila Raja Aceh mendapati tuan puteri telah hilang, baginda mengarahkan Panglima Bana membawa kembali tuan puteri dengan bantuan tenteranya.

'Akan tetapi Panglima Bana enggan mengetuai serangan ke Perak dan mencari jalan untuk menyelamatkan nyawanya."

Panglima Bana mengetahui kekuatan Kota Geronggong serta kuasa Megat Terawis mampu melindungi Kota Geronggong daripada serangan musuh mengambil keputusan untuk melengahkan serangan Aceh selama tiga bulan.

"Sementara itu, Megat Terawis membuat perangkap di sepanjang Sungai Perak dengan memotong buah kanta (sejenis buah yang boleh menyebabkan masalah kulit apabila disentuh) dan menuangkan jus buah kanta ke dalam sungai.

"Beliau kemudian meninggalkan daun jelatang dan ibu kayu (dioscorea daemona) yang beracun di tepi sungai."

Apabila tentera Aceh tiba, mereka mendapati mereka berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan.

"Tentera Aceh kemudian berehat di atas daun jelatang dan keadaan mereka semakin teruk apabila mereka mandi di sungai," kata Mustaffa sambil menambah bahawa suasana serta termakan ibu kayu yang beracun telah menyebabkan kematian banyak tentera.

"Panglima Bana telah dibunub oleh Megat Terawis setelah perang berakhir," kata beliau dan menambah raja Aceh dipercayai telah mengadakan sumpahan terhadap Puteri Limau Purut.

Mustaffa berkata Puteri Limau Purut telah terhiris jari beliau ketika sedang memotong tebu hitam.

"Darah beliau berwarna putih dan pada ketika itulah beliau menyedari bahawa beliau telah terkena sumpahan," kata Mustaffa dan menambah tuan puteri tersebut dikebumikan di tempat beliau meninggal dunia.

Beliau berkata setelah kemangkatan Puteri Limau Purut, beberapa peperangan meletus antara Aceh dan Perak.

"Sultan Mukaddam Shah ditangkap dan dibawa ke Aceh di mana baginda meninggal dunia."



Sumber : New Straits Times

Tarikh : 28hb Februari 2016
Ditulis oleh : Iskandar Tajuddin
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel: terataigenius@gmail.com 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is