BAGAIMANA GULA MENJEJASKAN KESIHATAN GIGI Gula merupakan salah satu daripada penyebab kerosakan gigi. Walaupun gula (sukrosa) adalah penyebab gigi rosak yang utama, tetapi ini tidak maksud ia merupakan satu-satunya punca. Semua gula boleh digunakan sebagai makanan bagi bakteria di dalam plak pada gigi. Bakteria tersebut mengeluarkan asid yang boleh merosakkan enamel gigi. Oleh itu semua jenis gula menjadi satu masalah di bawah keadaan yang sesuai, sama dengan makanan kanji. Kebiasaannya makanan manis atau makanan berkanji yang akan melekat pada gigi. Ini akan mudah mendatangkan kerosakan gigi. OBESITI Di Malaysia, terdapat enam juta orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Demikian menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kaji Selidik Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2003. Selain daripada lemak dan kolesterol, salah satu faktor utama yang menyebabkan obesiti ialah kalori, contohnya kalori daripada gula. Gula pasir itu menambah t...