Skip to main content
LITERACY GLASSES

One day, an illiterate villager entered an optic store and asked for some glasses. The shopkeeper brought him a few glasses to choose. He tried all of them and said, "That's not I'm looking for. Please bring me some other ones." The shopkeeper brought him some others. He tried them and repeated the same request. This time the shopkeeper puts a lot of glasses on the table and asked him to choose one. The man was still not satisfied. Lots of glasses were there on the table and he could choose none. Finally, the shopkeeper became angry and said, "Just tell me what kind of glasses you want and I'll bring them to you." The man looked at the other glasses on the shelves and said, " I am looking for glasses by which I can read!"

CERMIN MATA LITERASI

Pada suatu hari, seorang penduduk kampung buta huruf memasuki kedai optik dan meminta beberapa pasang cermin mata. Pemilik kedai itu pun membawakan beberapa pasang cermin mata untuk pelanggannya mencuba. Orang kampung itu mencuba kesemua cermin mata tersebut dan berkata, "Bukan ini yang saya cari, bawakan yang lain." Pemilik kedai itu membawa beberapa pasang cermin mata lagi. Beliau mencuba kesemua cermin mata tersebut dan mengulangi permintaannya. Kali ini pemilik kedai meletakkan lebih banyak cermin mata di atas meja dan meminta pelanggannya memilih salah satu. Pelanggannya masih tidak puas hati. Walaupun terdapat pelbagai jenis cermin mata di atas meja namun pelanggannya tidak dapat membuat pilihan. Akhirnya, pemilik kedai menjadi marah dan berkata, "Beritahu saja jenis cermin mata yang kamu perlukan dan saya akan bawakannya." Pelanggannya melihat ke arah rak cermin mata dan berkata, "Saya sedang mencari cermin mata yang membolehkan saya membaca!"

Diterjemah oleh : Teratai Melur 
E-mel : terataigenius@gmail.com
**Jika memerlukan khidmat terjemahan, sila hubungi melalui alamat e-mel tertera di atas.

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...