Skip to main content
PEMECATAN DAN POPULARITI

1.   Saya telah dipecat dari Petronas. Keputusan itu dibuat oleh Kabinet. Perkara ini menjadi sangat penting untuk Kerajaan.

2.   Sebenarnya, saya dah lama letak jawatan dari Petronas. Akan tetapi, Petronas enggan menerima peletakan jawatan saya atau menerima elaun yang saya kembalikan. Mereka bertegas dan memasukkan elaun bulanan saya ke dalam akaun. Saya meletak jawatan kerana saya tidak menjadi penasihat yang memberi nasihat dan dibayar dengan tidak melakukan kerja.

3.   Kini, penyokong Najib mahu saya dipecat dari Proton dan Perdana Leadership Foundation (PLF). Kedua-dua badan ini tidak dimiliki oleh Kerajaan. Akan tetapi, terdapat halangan kecil untuk Kerajaan mendakwa sesiapa di bawah undang-undang  melindungi keganasan. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku contohnya mengugut akan bankrapkan Proton atau mengganggu orang yang menubuhkan PLF supaya saya boleh dibuang. Perkara seumpama ini adalah demokratik.

4.   Kebebasan akhbar di Malaysia menyatakan Najib menjadi semakin kuat dan lebih ramai yang menyokongnya. Lihat sahaja gambar orang yang menyokongnya. Mereka memakai baju berwarna merah dan ada pemimpin UMNO menunjukkan pelekat dengan tulisan "Solidariti bersama Najib."

5.   Jelas sekali sokongan spontan mereka,   sungguh spontan sehingga mereka dengan serta-merta membawa bersama mereka baju berwarna merah dan mencetak kad dengan tulisan "Solidariti bersama Najib" tepat pada masa untuk bergambar.

6.   Najib benar-benar popular. Akan tetapi, mereka yang keras kepala tidak fikir demikian. Malah, demonstrasibaju merah yang dianjurkan oleh Jamal Yunos, diambil bahagian oleh orang Felda yang dibawa dengan bas dan diberi makan percuma untuk melawan demo Bersih yang menurut penyokong Najib dianjurkan oleh kaum Cina untuk mengguling Kerajaan Melayu, tidak dapat menyakinkan orang ramai mengenai kepopularan Najib.

7.   Apa yang dapat menyakinkan orang ramai ialah referendum atau undi di mana setiap pengundi dalam negara boleh menyatakan sokongan mereka kepada Najib. Mungkin dengan cara ini boleh tunjukkan kepada Dr Mahathir (saya) telah membuat kesalahan dengan mendedahkan skandal kewangannya.

8.   Hanya menjawab satu soalan. Tanda betul untuk Najib, tanda pangkah untuk Mahathir atau sebaliknya, bergantung siapakah yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan mengundi.
9.   Referendum ini harus dijalankan oleh syarikat pendapat awam asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dua orang yang berkenaan.

10.  Saya berjanji jika Najib menang dalam referendum itu, saya akan berhenti meminta beliau meletak jawatan, saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, 2.6 bilion Ringgit dan rumah-rumah agam di UK, di US dan di Hollywood atau mengenai filem berunsur lucah. Najib boleh menjadi PM Malaysia untuk selama-lamanya.

11.  Akan tetapi, jika saya mendapat lebih banyak undi, ini bermakna rakyat menerima apa yang saya utarakan mengenai salah laku kewangan oleh Najib adalah benar dan beliau harus meletak jawatan.

12.  Menerusi cara ini, kita dapat menyelesaikan persoalan mengenai kepopularan Najib dan apakah rakyat fikir mengenai skandal kewangannya.

13.  Pilihan lain adalah menunggu Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh Agong atau menunggu selama satu bulan jika baginda enggan menandatanganinya, bilakah Akta ini akan dikuatkuasa. Kemudian Najib boleh menangkap dan menahan tanpa bicara bekas PM yang menjengkelkan ini. Saya dapat menerima pesanan bahawa itu yang akan berlaku jika saya tidak berhenti. Saya tidak akan berhenti.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 14hb Mac 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...