Skip to main content
NAJIB DAN PENCAPAIANNYA

1.   Perdana Menteri tidak perlu mengikut polisi perdana menteri terdahulu. Mereka berhak membentuk polisi dan strategi mereka sendiri. Akan tetapi, rakyat mempunyai hak untuk menilai prestasi pemimpin. Hak rakyat termasuk meluluskan, mengkritik atau menolak hasil kerja PM dan juga termasuk menggulingkan PM baharu melalui mengikut undang-undang dan secara aman. Disebabkan PM dipilih tidak bermaksud tidak boleh diturunkan sebelum tempoh berakhir. Pemimpin yang dipilih pernah diturunkan atau ditamatkan perkhidmatan mereka atas pelbagai sebab berlaku di seluruh negara yang demokratik.

2.   Pengharapan tinggi diberikan oleh rakyat kepada Najib apabila beliau mengambil alih daripada Abdullah, juga PM dipilih oleh rakyat. Beliau meletak jawatan pada tahun 2009 dan Timbalan PM mengambil alih. Ini mengikut tradisi bukan disebabkan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan tertentu.

3.   Pengharapan rakyat bahawa Najib akan membetulkan beberapa salah laku polisi PM Abdullah hilang dengan cepat. Ini kerana beliau meneruskan polisi Abdullah yang menyebabkan kehilangan lima negeri dalam Pilihanraya  Umum Ke-12. Najib juga memperkenalkan polisi yang merendahkan kemerdekaan Malaysia dan menyumbang persepsi negatif pada negara.

4.   Antaranya seperti berikut :-

1)  Beliau meminta kebenaran PM Singapura untuk membina jambatan bagi menggantikan tambak di Malaysia. Kemudian, beliau sekali lagi meminta kebenaran  daripada PM Singapura apabila hendak memulakan keretapi laju. Kedua-dua permintaan beliau ditolak. Beliau seperti tidak mempunyai kuasa penuh mengenai pentdbiran negara sendiri.

2)  Beliau menggajikan penasihat dari negara Eropah untuk menasihati beliau mengenai polisi negara. Malaysia membayar sebanyak RM7 bilion. Para penasihat ini tidak memahami perwatakan pelbagai kaum dan sentiviti rakyat. Ini telah mengakibatkan perbalahan dan ketegangan kaum di Malaysia. Kaum cina yang pernah menyokong BN telah menolaknya pada tahun 2013.

3)  Beliau menggaji orang Eropah untuk bekerja di  dalam Jabatan PM. Pengaruh mereka terhadap beliau mendorong beliau menjadi tidak sensitif keadaan dalam negara.

4)  Beliau menubuhkan agensi di luar Kerajaan untuk menentukan hala tuju hal-hal berkaitan Kerajaan dan tidak mengambil kira peranan EPU dan ICU dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan Malaysia.

5)  Beliau membayar agensi dengan Pemandu menjadi agensi terbesar, gaji dan faedah yang sangat tinggi, tidak selari dengan skima gaji Kerajaan. Beliau tidak mengikut prosedur Kerajaan dan tidak mengambil kira pihak berkuasa yang berkaitan.

6)  Beliau menambah peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri dengan peruntukan yang amat tinggi. Terdapat terlalu banyak menteri dalam Pejabat Perdana Menteri. Saiz kabinet beliau terbesar dalam sejarah Malaysia.

7)  Beliau mewujudkan pekerjaan dengan gaji tinggi untuk mereka yang telah bersara daripada perkhidmatan agar mereka akan menyokongnya, tidak kira sahaja salah laku beliau

8)  Beliau menjalankan gaya hidup yang sangat mewah dan berbelanja melebihi kemampuan Perdana Menteri Malaysia untuk perkahwinan anak peempuannya.

9)  Beliau meletakkan Kementerian Kewangan di bawahnya bersama-sama dengan tugas beliau sebagai Perdana Menteri. Ini memberikan kuasa penuh terhadap kewangan Kerajaan. Ini membolehkan beliau meminjam daripada dana Kerajaan dan meletakkan harga rendah untuk tanah Kerjaan apabila dijual kepada 1MDB.

10) Beliau gagal mengambil alih pengurusan Terengganu Investment Agency lalu menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad, syarikat dengan modal 1 juta Ringgit daripada Kerajaan.

11) Beliau melantik dirinya sendiri sebagai penasihat syarikat tersebut. Maka, segala yang berlaku dengan kebenaran beliau.

12) Beliau meminjam 42 juta Ringgit dengan komisen dan kadar faedah tinggi untuk 1MDB, syarikat yang mempunyai modal 1 juta Ringgit tidak dapat berbuat demikian. Maka, pinjaman itu dijamin oleh Kerajaan.

13) Beliau kemudian membeli penjana loji kuasa dengan harga 12 bilion Ringgit. Ini melebihi harga pasaran. Beliau juga mengambil hutangnya sekali berjumlah 8 bilion Ringgit yang ditanggung oleh syarikat loji kuasa berkenaan. Kemudian, beliau menjualkannya kepada China dan mengalami kerugian.

14) 1MDB menubuhkan JV dengan sebuah syarikat Arab yang dinamakan Petro Saudi.

15) Syarikat ini dikatakan mempunyai dua konsesi minyak di Argentina dan di Turkmenistan. Sehingga kini, konsesi ini tidak diekploitasi. Malah, kewujudan konsesi ini diragui

16) 1MDB membayar lebih daripada ASD1 bilion untuk membeli saham dalam JV ini.

17) JV ini telah dibubarkan beberapa bulan kemudian.

18) Najib meminjamkan lagi ASD 1 bilion ditambah lagi ASD 0.8 bilion kepada rakan kongsi Saudi daripada mendapatkan kembali wang pelaburan.

19) Di manakah wang itu berada sekarang tidak diketahui kerana perjelasan yang diberikan tidak dibuktikan dengan dokumen yang kredible.

20) Sejumlah besar wang dilaburkan di Kepulauan Cayman.

21) Kemudian kita diberitahu wang itu telah dibawa pulang. Akan tetapi, sebahagian besar wang itu dimasukkan ke dalam bank di Singapura. Kemdian bank tersebut kata tiada wang dimasukkan ke dalam banknya. 1MDB kemudian mendakwa ia bukan wang tetapi dalam bentuk unit. Tidak diberikan bukti dan nilai unit dalam bentuk dokumen.

22) 1MDB tidak membawa balik wang ke Malaysia kerana Bank Negara akan menyoal punca wang itu. Ini satu pengakuan jelas bahawa ada yang tidak kena dengan wang itu.

23) Tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai ASD 681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di AmBank.

24) Pada mulanya beliau menafikannya kemudian beliau mengaku ia adalah hadiah kemudian ditukar ia adalah derma untuk memastikan beliau menang dalam pilihanraya kemudian ia adalah derma daripada orang Arab yang menghargai kesungguhan beliau menentang pengganas Muslim dan akhirnya ia adalah derma daripada mendiang raja Saudi. Punca wang tersebut belum dibuktikan.

25) Kini seorang menteri Saudi berkata tiada rekod pemberian hadiah dan mungkin ia adalah pelaburan Saudi. Jumlahnya tidak terlalu besar, kata beliau.

26) Tidak kira dari manakah beliau mendapat wang tersebut jumlahnya terlalu besar untuk diberikan sebagai derma. Tidak patut seorang Perdana Menteri menerima wang berjumlah besar terutama sekali dari negara luar. Sudah tentu, ia tidak patut dijadikan hadiah peribadi.

27) Wang dalam akaun sesiapa pun walaupun daripada untuk atau dipinjam atau hadiah mesti diisytiharkan kepada jabatan cukai pendapatan walaupun ia tidak tertakluk dalam cukai pendapatan. Nampaknya, Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak dapat mengesahkan daripada rekod rasmi bagaimanakah pengambilalihan atau kewujudan wang ini. Tiada rekod mengenai wang ini daripada Bank Negara untuk menentukan sama ada ia adalah wang pengubahan haram.

28) Kemudian wang itu dikatakan telah dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bank di Singapura.

29) Dan dikatakan Kerajaan Singapura telah membekukan akaun bank itu.

30) Di Malaysia, empat institusi Kerajaan dibentuk sebagai pasukan petugas untuk menyiasat wang tersebut.

31) Sebelum dapat menyediakan laporan Najib telah membubarkan pasukan petugas ini dengan memecat Peguam Negara, menanam rasa takut bahawa Gabenor Bank Negara akan ditahan. Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah pergi bercuti. Hanya pihak polis meneruskan penyiasatan tetapi senyap mengenai hasil kerja mengenai pasukan petugas ini. Polis adalah satu-satunya anggota dalam pasukan petugas yang tidak membuat laporan. Sepatutnya polis yang harus membuat laporan kepada P.N.

32) Bank Negara dan SPRM menyerahkan laporan secara berasingan mengenai wang yang terdapat dalam akaun Najib kepada P.N. baharu.

33) Kedua-dua laporan ditolak oleh P.N. baharu dengan dakwaan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan.

34) Kemudian P.N. mengisytiharkan bahawa baki wang (RM2.03 bilion) telah dipulangkan semula kepada Saudi. Bagaimanakah ini dilakukan sedangkan akuan bank telah dibekukan dan tidak dijelaskan.

35) Rakyat Malaysia berasa malu akan laporan oleh akhbar luar yang berpengaruh mengenai cara pengurusan 1MDB oleh Najib dan wang berjumlah besar dalam akaun peribadinya. Apabila ke luar negara, rakyat Malaysia yang biasa dipuji dengan kejayaan negara kita dimalukan apabila ditanya apakah sedang berlaku di negara anda?

36) Rakyat Malaysia merasa malu melihat Malaysia disenaraikan antara sepuluh negara paling banyak rasuah di dunia dan Najib dianggap Menteri Kewangan yang paling tidak cekap.

37) Walaupun Najib mengugut akan menyaman namun sehingga kini belaiu tidak berbuat demikian, malah, Wall Street Journal dan lain-lain surat khabar membuat pendedahan demi pendedahan yang tidak baik mengenainya dan mengenai kerugian 1MDB juga mengenai wang yang terdapat dalam akaun peribadinya. Jumlah yang dilaporkan adalah sebanyak RM4 bilion.

38) Surat khabar Malaysia tidak dibenarkan untuk melapor mengenai 1MDB kecuali melaporakan penjelasan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

39) Kesemua institusi milik Kerajaan yang sepatutnya melindungi kesejahteraan rakyat telah digunakan oleh Dato' Seri Najib supaya orang ramai takut akan institusi ini di mana rakyat sepatutnya berharap pada institusi ini untuk menjaga kebebasan dan kesejahteraan mereka.

40) Ini sebabnya rakyat Malaysia mahu beliau diturunkan.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 14hb Mac 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is