SAGA 1MDB (BAHAGIAN II)
1. 1MDB dikatakan mengikut nasihat penasihat syarikat iaitu Perdana Menteri dan membeli tanah milik Kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga RM60/kps di kawasan di mana tanah berhampiran dijual dengan harga tinggi sebanyak RM7000/-kps. Najib yang juga Menteri Kewangan seharusnya menjual tanah milik Kerajaan dengan harga sehampir dengan harga pasaran. Menjual tanah Kerajaan dengan harga RM60/kps telah menyebabkan Kerajaan kehilangan banyak wang.
2. Secara jelas menunjukkan konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan menjadi Penasihat 1MDB. Jika bukan Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang meluluskannya? Pegawai yang terbabit dalam meluluskan penjualan ini harus didakwa di atas kerugian wang Kerajaan.
3. Tanah ini kemudiannya dinilai semula supaya jumlah aset 1MDB ditambah kepada RM50 bilion Ringgit.
4. Juga, tanah lapangan terbang Sungai Besi dijual kepada 1MDB. Berapa harganya tidak diketahui namun 1MDB ialah pemilik tanah tersebut dan telah membuat persiapan untuk memindahkan pengkalan tentera ke Subang. Menilai semula ini akan meningkatkan aset 1MDB. Sekali lagi, Kerajaan kehilangan banyak wang.
5. 1MDB menjual sebahagian daripada tanah di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 kps. Maka, dana yang dikhususkan untuk menghantar bakal jemaah digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Ini tidak adil kepada bakal jemaah yang kebanyakkan kurang kemampuan.
6. Tanah di Pulau Pinang juga dibeli dengan harga tinggi daripada harga pasaran. Tanah ini diduduki oleh hampir seribu setinggan. Selain itu, Pulau Pinang diperintah oleh parti pembangkang. Tidak mungkin pembangunan yang dirancang untuk tanah ini akan diluluskan.
7. 1MDB akan kehilangan lebih banyak wang dengan pembelian ini.
8. Kesemua pelaburan 1MDB tidak memberi sebarang keuntungan. 1MDB tidak mampu membayar pinjaman sebanyak RM42 bilion. Ini bukti penipuan dan tiada penjelasan mengenai kehilangan wang. Dakwaan bahawa wang tersebut telah dilabur secara bijak dan sedang memberikan keuntungan tidak boleh disahkan. Tiada bukti dokumen yang menunjukkan di manakah wang itu disimpan.
9. Keyakinan bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib adalah daripada 1MDB tidak dinafikan secara kredible.
10. Apa yang nyata adalah Najib tidak menyaman Wall Street Journal yang mendedahkan salah laku oleh 1MDB dan Najib sendiri membuktikan bahawa apa yang didedahkan oleh surat khabar tersebut adalah benar. Maka, kegagalan menyaman Sarawak Reports mengenai 1MDB dan wang sebanyak ASD681 juta dalam akaun peribadinya.
11. Ini hanya sebahagian kisah 1MDB. Terdapat banyak lagi skandal membabitkan 1MDB dibandingkan dengan mana-mana dana dalam sejarah Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada sebab kenapa Najib harus berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 5hb Mei 2016
Link : chedet.cc/?p=2098
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail com
Comments
Post a Comment