Skip to main content
SAGA 1MDB (BAHAGIAN 1)

1.   1MDB bukanlah dana kekayaan seperti yang digembar-gemburkan, kecuali untuk satu juta Ringgit wang yang disumbangkan oleh Kerajaan, baki sebanyak RM42,000,000,000 (empat puluh dua ribu juta) ialah wang pinjaman. Wang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ia ialah tanggungan yang ditanggung oleh 1MDB atau gagal membayar kembali, Kerajaan terpaksa membayar jumlah wang yang dipinjam bersama-sama dengan faedah yang dikenakan. Jumlah yang harus dibayar balik amat besar dan jika Kerajaan tidak dapat bayar kembali, Kerajaan akan menjadi muflis. Ini yang berlaku kepada Greek.

2.   Kemungkinan ini berlaku meletakkan tanggungjawab besar kepada pengurusan 1MDB dan terlepas pandang oleh Kerajaan serta dengan jelas menunjukkan pihak eksekutif 1MDB dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius.

3.   Shahrol, KPE 1MDB telah meminjam lima bilion Ringgit daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan kelulusan daripada Lembaga Pengarah.

4.   Pinjaman ini melibatkan kadar bunga tinggi. Dalam satu kes, Goldman Sachs dibayar komisen sebanyak 10% kerana berjaya mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 5.9%. Ini bermakna 1MDB memdapat 90% daripada jumlah pinjaman tetapi harus membayar balik untuk jumlah pinjaman sebanyak 100%. Ia sama dengan jumlah pinjaman.

5.   Wang yang dipinjam digunakan untuk membeli loji jana kuasa dengan harga tinggi daripada harga pasaran. Lesen untuk beberapa loji menghampiri tamat tempoh. Jika dibeli selepas tamat tempoh, loji ini dapat dibeli dengan harga rendah pasaran. 

6.   Akan tetapi, pihak pengurusan tidak peduli untuk mendapatkan harga terbaik. Akibatnya, 1MDB menanggung lebih daripada satu bilion Ringgit apabila loji-loji tersebut dijual kepada China.

7.   Terdapat dua kes di mana Shahrol bertindak tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengarah 1MDB. Beliau menandatangani usaha sama (JV) dengan Petro Saudi tanpa menjalankan usaha wajar yang betul dan intensif. Kemudian, sekali lagi tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengarah, beliau melabur ASD 1 bilion ke dalam JV tersebut. 

8.   Pelaburan sebegini besar memerlukan usaha wajar yang mendalam dan meluas sebelum memohon kelulusan daripada Lembaga Pengarah. KPE tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelaburan berjumlah sebegini besar. Akan tetapi, ini yang beliau lakukan.

9.   Tidak dapat dibayangkan, sebanyak tiga kali KPE, Shahrol bertindak sedemikian tanpa mengikut undang-undang syarikat. Dalam memorandum syarikat, Seksyen 117 menyatakan segala urusan harus memperoleh kelulusan daripada Penasihat 1MDB, iaitu oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

10.  Mungkin Shahrol berani bertindak demikian tanpa kelulusan Lembaga Pengarah tetapi tidak dapat dibayangkan beliau berani bertindak demikian tanpa kelulusan Najib. Tanggungjawab yang disebabkan oleh tindakan Shahrol sudah semestinya dibuat selepas, atau di atas arahan Najib, Penasihat syarikat. Jika tidak, sudah pasti beliau dimarah atau dipecat oleh Najib.

11.  Kemudian, 1MDB tidak dapat membayar faedah untuk pinjaman sebanyak dua bilion Ringgit. Pinjaman telah bertambah kepada RM 50 bilion kerana meminjam secara berterusan. Penambahan jumlah pinjaman ini direkodkan dalam laporan PAC.

12.  Kemudian, dilaporkan Najib mempunyai ASD 681 juta bersamaan dengan 2.6 bilion Ringgit Malaysia dalam akaun peribadi dan akaun rahsia dalam AmBank. Perdana Menteri Malaysia tidak harus mempunyai sebegini banyak dalam akaun peribadinya. Beliau seharusnya menolak sebarang hadiah sebegini besar. Walaupun, ia bukan satu jenayah namun secara moral ia adalah salah.

13.  Pada mulanya, Dato Sri Najib menafikan kebenaran laporan tersebut. Beliau berkata beliau bukanlah begitu bodoh sehingga memasukkan sebegini banyak wang dalam akaunnya. Kesemua konco-konconya mengiyakan kata-katanya.

14.  Kemudian beliau mengaku beliau mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya tetapi wang itu adalah hadiah. Kemudian, beliau menerangkan ia adalah derma daripada seorang Arab kerana tindakannya menentang IS dan usaha beliau terhadap agama Islam.

15.  Kemudian orang Arab menjadi seorang putera Arab dan menjadi mendiang Raja Arab Saudi.

16.  Tiada satu penjelasan beliau boleh dipercayai. Tiada siapa sanggup mendermakan sebegini besar wang kepada sesiapa pun walaupun beliau telah melakukan perkara baik untuk agama Islam atau untuk perkara-perkara lain. Apa yang boleh dipercayai ialah wang itu berasal daripada 1MDB, satu-satunya sumber kewangan yang boleh disaluri oleh Najib. Sudah tentu beliau menafikannya tetapi beliau tidak memberikan sebarang bukti dalam bentuk dokumen untuk membuktikan wang itu tidak berasal daripada 1MDB.

17.  Kemudian IPIC yang dilantik sebagai penjamin untuk hutang yang diambil oleh 1MDB membuat kenyataan kepada pihak berkuasa di London bahawa 1.7 bilion yang sepatutnya dibayar kepada mereka tidak dibayar oleh 1MDB maka ia enggan membayar faedah berjumlah RM50 juta untuk hutang yang diambil oleh 1MDB.

18.  1MDB berkata ia telah bayar kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands).

19.  IPIC berkata Aabar PJS Ltd (BVI) bukan syarikat milik IPIC walaupun ia mempunyai sebuah syarikat yang namanya hampir sama iaitu Aabar PJS Ltd dan syarikat ini tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB. IPIC membayangkan 1MDB membuat pembayaran kepada sebuah syarikat yang tidak wujud.

20.  Terdapat cadangan bahawa telah berlaku pernipuan tetapi Arul, KPE 1MDB mengaku mungkin 1MDB telah membuat pembayaran kepada syarikat salah. Akan tetapi, 1MDB menggesa IPIC membayar faedah berjumlah RM50 juta kerana ia adalah penjamin untuk pinjaman tersebut. 1MDB tidak akan bayar.

21.  Penjamin boleh membayar sekiranya 1MDB benar-benar tidak mampu untuk membayar. Akan tetapi, penjamin tidak akan bayar hanya kerana 1MDB enggan bayar. Lagipun, IPIC, sebagai penjamin, tidak dibayar ASD 1.7 bilion yang sepatut diterima.

22.  Kedua-dua IPIC dan 1MDB enggan membayar faedah pinjaman maka akan terdapat keingkaran. Ini akan melibatkan pinjaman lain yang diambil oleh 1MDB. 1MDB dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan maka keingkaran akan melibatkan kewangan Kerajaan. Kerajaan tidak akan dapat membuat sebarang pinjaman lagi.

23.  Pihak Kerajaan akan mengalami kewangan defisit yang akan membawa kepada muflis jika pinjaman tidak dibayar.

24.  Sementara itu, wang di dalam akaun bank Najib dikatakan telah dipindahkan ke bank di Singapura. Singapura dikatakan telah membekukan akaun milik beberapa orang yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram sementara siasatan dilakukan. Walaupun tidak disebut akaun bank yang dibekukan adalah milik Najib namun Singapura sebagai pusat kewangan tidak boleh dilihat sebagai menutup kes pengubahan wang haram.

25.  Bank Negara telah membuat laporan mengenai wang Najib di dalam AmBank dan diserahkan kepada Peguam Negara. Akan tetapi, Peguam Negara telah menolak laporan tersebut dengan mendakwa tiada sebarang salah laku dilakukan oleh Perdana Menteri. Laporan oleh SPRM juga telah ditolak oleh P.N. Kandungan laporan-laporan ini telah dijadikan sebagai rahsia rasmi untuk dihalang dijadikan bacaan umum. Akan tetapi, OSA bukannya untuk melindungi jenayah.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 4hb Mei 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com


    

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is