TRAGEDI DAN RAKYAT MALAYSIA 1. Di Malaysia,, terdapat rakyat yang fikir bahawa serangan Israel ke atas Gaza adalah perkara yang melibatkan orang Islam. Ini sesuatu yang menyedihkan kerana ia tidak seharusnya dilihat seperti ini. Ini bukan perang di antara Israel dan Palestin. Ini adalah tekanan jenayah pihak berkuasa ke atas orang lemah. Ini adalah jenayah antarabangsa. 2. Kita benci kes buli di sekolah. Akan tetapi, dalam kes buli ini dilakukan oleh sebuah negara kuat ke atas orang lemah. Ia melibatkan pembunuhan orang lelaki, orang perempuan, kanak-kanak dan bayi. Kutukan kita terhadap kes buli ini harus semakin kuat. Akan tetapi, sesetengah daripada kita tidak berbuat demikian. Kita fikir ini masalah orang Islam. Orang bukan Islam tidak patut ambil kisah. 3. Tetapi, undang-undang masyarakat kemanusiaan yang bertamadun tidak harus membezakan bangsa atau agama. Undang-undang tertakluk kepada semua orang secar...