Skip to main content

  TRAGEDI DAN RAKYAT MALAYSIA 

1.    Di Malaysia,, terdapat rakyat yang fikir bahawa serangan Israel ke atas Gaza adalah perkara yang melibatkan orang Islam. Ini sesuatu yang menyedihkan kerana ia tidak seharusnya dilihat seperti ini. Ini bukan perang di antara Israel dan Palestin. Ini adalah tekanan jenayah pihak berkuasa ke atas orang lemah. Ini adalah jenayah antarabangsa.

2.    Kita benci kes buli di sekolah. Akan tetapi, dalam kes buli ini dilakukan oleh sebuah negara kuat ke atas orang lemah. Ia melibatkan pembunuhan orang lelaki, orang perempuan, kanak-kanak dan bayi. Kutukan kita terhadap kes buli ini harus semakin kuat. Akan tetapi, sesetengah daripada kita tidak berbuat demikian. Kita fikir ini masalah orang Islam. Orang bukan Islam tidak patut ambil kisah.

3.    Tetapi, undang-undang masyarakat kemanusiaan yang bertamadun tidak harus membezakan bangsa atau agama. Undang-undang tertakluk kepada semua orang secara sama rata. Jika anda membunuh seseorang, anda telah melakukan satu jenayah, tidak kira bangsa atau agama.

4.    Apa yang kita lihat di Palestin bukan perang di antara dua buah negara. Apa yang kita lihat adalah cubaan Israel melakukan pembunuhan berama-ramai ke atas rakyat Palestin. Pembunuhan beramai-ramai adalah satu jenayah. Jika ini dilakukan oleh rakyat Palestin ke atas orang Isreal, ia masih satu jenayah.
5.    Jadi, kita semua harus membantah prkara ini. Sama ada kita orang Islam atau Kristian atau seagama seperti orang Yahudi, kita harus protes perbuatan jenayah yang sedang berlaku di Gaza dan Semenanjung Barat.
 
6.    Saya harap rakyat Malaysia tidak kira keturunan, sama ada beragama Islam atau bukan Islam, Kristian atau Buddha atau Hindu tidak harus menganggap ini sesuatu yang berlaku ke atas orang Islam sahaja. Ia berlaku ke atas manusia sejagat. Ingat, jutaan orang Islam mati mempertahankan Jerman serta untuk menamatkan tekanan ke atas orang Yahudi.
7. Kita mendakwa kita semua rakyat Malaysia. Namun, kita mempamerkan pembahagian sesama kita mengenai tragedi kemanusiaan ini.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 
Dis 5, 2023 

Diterjemah: Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com


Jika perlukan khidmat terjemahan, edit dan baca pruf, sila emel ke alamat emel tertera di atas.

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...