NASIB BAIK
Bertahun-tahun seorang petani miskin berusaha untuk menukar kehidupannya. Apa sahaja yang dibuatnya tidak berhasil. Dia masih miskin dan tidak mendapat bantuan. Pada satu hari, ketika bertani, dia terfikir: "Aku telah melakukan segala-gala untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. Kenapa aku tidak boleh tukar hidup aku? Mungkin nasib baik aku sedang tidur di hujung dunia. Lebih baik aku pergi dan kejutkan nasib baik aku. Pasti ini akan tukar hidup aku!. Dia membuat keputusan.
Dia pun meninggalkan kehidupannya untuk mencari Nasib baiknya yang sedang tidur. Hari berganti malam ketika dia meneruskan perjalanannya dengan perasaan tidak sabar untuk mencari nasib baiknya. Dalam perjalanannya, dia terjumpa seekor singa yang sangat lemah. "Awak hendak pergi mana?" tanya singa itu. "Aku hendak kejutkan nasib baik aku yang sedang tidur untuk tukar nasib aku." Lelaki itu menjawab dengan bangga. Singa itu berkata "Aku dah lama sakit. Tolong bagitau pada nasib baik kau mengenai situasi aku dan minta dia berikan sesuatu untuk aku supaya aku boleh sihat semula." Lelaki itu pun bersetuju dan meneruskan perjalanannya.
Setelah lama berjalan, dia bertemu seorang petani sedang duduk di bawah sebatang pokok tua sambil menangis. "Kenapa awak menangis?" Lelaki itu bertanya sambil mendekatinya. Petani itu berkata, "Aku sangat miskin sampai tak mampu menjaga keluarga aku dengan betul. Anak-anak aku sering kelaparan. Aku tak tahu apa akan berlaku kepada mereka pada masa depan. Siapa awak dan nak pergi mana? petani itu bertanya. "Aku pernah berada seperti awak dulu sampai sekarang. Tapi sekarang aku hendak mencari nasib baik aku yang sedang tidur di hujung dunia. Kemudian aku tidak akan susah lagi." Lelaki itu menjawab dengan bangga. Petani itu kemudian meminta lelaki itu menanyakan nasib baiknya mengenai situasinya dan mencarikan jalan keluar daripada kesusahannya. Lelaki itu pun bersetuju dan meneruskan perjalanan.
Dalam perjalanannya, dia memasuki sebuah kampung di mana pemerintahnya ialah seorang yang sangat berumur dan berasa sangat kecewa. Pengawal kampung membawanya menemui pemerintah kerana dia orang asing. Pemuda itu menceritakan perihalnya kepada pemerintah. Baginda berkata, "Beta menganggap diri beta sebagai gagal kerana beta tidak mempunyai anak lelaki yang boleh mewarisi takhta beta. Beta sekarang sangat tua dan rakyat tidak lagi menuruti beta. Tolong beritahu kepada nasib baik awak mengenai masalah beta serta mencarikan jalan keluar." Orang itu pun bersetuju dan meneruskan perjalanannya.
Akhirnya, dia menemui nasib baiknya yang sedang tidur di dalam sebuah pondok usang. Dia mengejutkan nasibnya dengan bersungguh-sungguh dan menerangkan segala-gala kepadanya. "Jangan risau." Nasib baiknya berkata, "Mulai sekarang, aku akan sentiasa bersama awak dan apa saja awak lakukan. Beritahu kepada raja sekiranya dia mengahwinkan anak perempuan tunggalnya, beliau akan melahirkan seorang putra yang sangat pintar dan akan meneruskan pemerintahan baginda. Petani itu pula mempunyai harta karun di bawah pokok yang dia selalu duduk menangis. Singa itu pula mesti makan otak orang bodoh bagi merawat penyakitnya." Setelah pemuda itu mendengar dengan teliti, dia menjadi sangat gembira kerana nasib baiknya sudah terjaga.
Dalam perjalanan pulang, dia menemui raja dan menerangkan semua kepada. "Peluang yang sungguh baik!". Raja itu berfikir, "Orang ini boleh menyelamatkan dinasti beta. Beta akan memintanya mengahwini puteri beta," baginda membuat keputusan. Pemuda itu menolak tawaran raja dan berkata," Aku baru saja mengejutkan nasib baik aku. Aku akan menjadi seorang yang bernasib baik. Aku tidak boleh terkurung di sini! Aku akan mencari masa depan cerah aku."
Kemudian, dia pergi menemui petani dan membantunya menemukan harta karun yang tersembunyi itu. "Mari dan tinggal bersama kami. Kita akan menjadi kaya untuk tinggal gembira bersama," Petani itu berkata sambil menunjukkan harta karun yang baru sahaja ditemukan. Pemuda itu ketawa dan berkata, " Tinggal di sini? Awak bergurau ke! Aku baru sahaja kejutkan nasib baik aku. Aku akan menjadi orang yang sangat bernasib baik.
Akhir sekali, pemuda itu pergi kepada singa dan menceritakan segala-galanya. "Bodoh sungguh orang ini!" Singa itu berfikir, "Dia telah menolak tawaran yang sangat menarik untuk mencari masa depan yang cerah. Aku tak percaya aku akan jumpa orang yang lebih bodoh daripada dia. Kalau aku nak sihat semula, otak orang ini akan penawar terbaik untuk aku!" Singa itu membuat keputusan.
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Inginkan khidmat terjemahan, edit dan baca pruf, sila emel ke alamat emel tertera diatas.
For translation, editing or proofreading services, do email to the above email address.
Comments
Post a Comment