Skip to main content

Bagaimanakah alat pemanas air boleh memberi renjatan elektrik dan seterusnya membunuh?


   Sejak lima tahun kebelakangan ini, tujuh orang pengguna alat pemanas air telah mati ketika menggunakannya akibat renjatan elektrik. Kejadian terbaharu adalah pada 12 Ogos melibatkan seorang ahli farmasi berusia 27 tahun. Ini membimbangkan kita kerana rakyat Malaysia gemar mandian air suam panas tetapi tidak mengetahui mengenai alat pemanas air mereka gunakan.

   Menurut Tee Tone Veil, pengerusi Working Group on Heated Appliances, Safety for Electrical Household Appliances Technical Committee di Sirim Bhd, kualiti dan organisasi teknologi industri negara, terdapat tiga sebab utama kenapa produk ini gagal dari segi keselamatan.

   "Dalam kebanyakan kes, naluri kita dapat mengagak ada yang tidak kena dengan alat pemanas air. Akan tetapi, dalam kebanyakan kes juga, kebocoran elektrik berlaku di bahagian luar alat pemanas air dan bukannya di bahagian dalam alat pemanas air itu," kata Tee.

   Penyiasatan ke atas kes renjatan elektrik menunjukkan pemutus litar automatik (automatic circuit breaker) atau pemutus litar arus baki (residual current circuit breaker atau RCCB) tidak berfungsi dan gagal untuk terpelantik (trip), penyambungan ke bumi juga gagal berfungsi atau mangsa menggunakan hos dan kepala pancuran air jenis metalik. Perkara paling mudah dilakukan adalah dengan menukarkan hos dan kepala pancuran air kepada plastik.

Kesalah anggapan yang biasa mengenai alat pemanas air :-

1)  Apabila alat pemanas air ditutup, maka ia adalah selamat


     Dalam kes kebocoran elektrik di rumah, jika penyambungan bumi dan pemutus litar arus baki (RCCB) tidak berfungsi dengan sempurna, wayar bumi akan menerima lebihan elektrik. Maka, terdapat peluang tinggi alat pemanas air menjadi alat yang boleh membunuh walaupun suisnya telah ditutup.

2)   Pemasangan pemutus litar bocor ke bumi (Earth Leakage Circuit Breaker atau ELCB) untuk alat pemanas air.


       Pemasangan pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) dalam rumah adalah bertujuan untuk memberhentikan elektrik apabila terdapat kebocoran elektrik di bahagian dalam alat pemanas air, ia tidak akan melindungi anda daripada kebocoran elektrik yang berlaku di bahagian luar alat pemanas air. Maka, ia hanya berfungsi sebagai pelindung kedua.

3)   Mengikut garis panduan kerajaan


      Dianggarkan 30% alat pemanas air tidak mempunyai penyambungan bumi. Garis panduan Suruhanjaya Tenaga (The Energy Commission) menegaskan harus mempunyai 10mA di bilik air, dapur basah dan alat pemanas air tidak diikuti. Garis panduan yang memerlukan alat pemanas air melebihi 3kW harus mempunyai penyambungan kekal ke 20A/30A penghantaran ke kadar pemutus litar/fius (rated circuit breaker/fuse) dengan suis pemencil (isolator switch) tidak diikuti. Terdapat juga soket mudah alih di bilik mandi.

4)   Jika menggunakan tangki penyimpan pemanas air/solar atau alat pemanas air yang berjenama atau sentiasa menukar alat pemanas air baharu, maka ianya selamat


      Dalam kebanyakan kes, kebocoran berpunca daripada sumber luaran. Pengguna menjadi mangsa akibat daripada arus elektrik yang mengalir menerusi alat pemanas air dan bukannya daripada alat itu. Semua jenis alat pemanas air termasuk tangki penyimpan haba atau pemanas solar mempunyai risiko sama iaitu kesemua alat ini mempunyai penyambungan bumi pada tangki.


Sumber  :  The Heat

Translated by : Teratai Melur
Email : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...