Skip to main content
AWER menggesa maklum balas daripada orang ramai mengenai mekanisme tarif air
________________________________________________________________________

Kuala Lumpur : Tidak lama lagi kerajaan akan memulakan langkah awal mengadakan perbincangan dengan pemegang amanah harta di semua peringkat sebelum melaksanakan mekanisme telus untuk menentukan kadar tarif air, kata Persatuan Air dan Pengkaji Tenaga Malaysia (AWER)

AWER, kumpulan pemikir bagi hal berkaitan air dan tenaga menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dalam memberikan maklum balas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai perkhidmatan air daripada pengusaha air. Ini bertujuan untuk membantu pihak suruhanjaya menilai prestasi pengusaha air untuk 'mengetatkan' Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

AWER berkata maklum balas turut mengambil kira gangguan bekalan dan kualiti air.

"Ini adalah saat yang bersejarah, di mana orang awam akan berhubung terus sebelum tarif air diubah suai," kata AWER dalam kenyataannya.

Kumpulan pemikir berkata SPAN akan menjalankan langkah-langkah awal yang membabitkan semua pemegang amanah harta sebelum menentukan kadar tarif air.

Ringkasan mengenai cadangan kadar tarif air yang telah diubah suai dan Indeks Petunjuk Prestasi yang relevan untuk pengusaha perkhidmatan air akan diterbitkan oleh SPAN untuk semua pemegang amanah harta termasuk orang awam untuk maklum balas.

Perkhidmatan air meliputi perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, kata AWER.


Sumber : The Edge
Diterjemah : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...